“Economic Profit (or Loss)” atau bolek diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai untung (atau rugi) ekonomi merujuk kepada perbezaan di antara hasil yang diterima melalui penjualan sesuatu keluaran (output) dengan kos yang digunakan (opportunity cost) untuk penghasilan (input)“Economic Profit (or Loss)” ini juga kadang-kadang disebut sebagai nilai tambah ekonomi atau istilah bahasa Inggerisnya, “economic value added (EVA)”.

Namun begitu, “economic profit” tidak boleh disamakan dengan untung perakaunan (accounting profit), yang mana kebanyakan individu maksudkan apabila merujuk kepada keuntungan. Dalam menghitung “economic profit”, “opportunity cost” ditolak daripada hasil perolehan. “Opportunity cost” merupakan pulangan yang tidak disedari dengan menggunakan input-input pilihan. Hasilnya, mungkin akan terdapat “economic profit” yang penting dengan tiada “economic profit”.

Sebagai contoh, katakan anda melabur sebanyak RM100,000 untuk memulakan sebuah perniagaan dan dalam masa setahun anda telah memperoleh keuntungan sebanyak RM120,000. Oleh itu, “accounting profit” anda adalah RM20,000. Namun begitu, katakan bahawa pada tahun yang sama, daripada memulakan perniagaan tersebut, anda sepatutnya bekerja dengan orang lain dan boleh memperolehi keuntungan RM45,000, maka anda mempunyai “economic loss” sebanyak RM25,000, di mana (RM120,000 – RM100,000 – RM 45,000).

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.