Indeks merupakan satu ukuran statistik tentang perubahan di dalam sesebuah ekonomi atau sesebuah pasaran sekuriti. Dalam konteks pasaran kewangan, sesebuah indeks merupakan sebuah portfolio sekuriti yang menunjukkan pasaran tertentu atau satu bahagian sesebuah pasaran.

Setiap indeks mempunyai kaedah pengiraannya sendiri dan biasanya dinyatakan dalam bentuk satu perubahan daripada nilai asas. Oleh itu, peratusan perubahan adalah lebih penting daripada nilai angka sebenar. Sesetengah indeks pasaran saham dan bon digunakan untuk mengeluarkan indeks dana bersama dan dana didagangkan bursa (exchange-traded funds / ETFs) yang mana portfolio menggambarkan komponen-komponen indeks tersebut.

Standard & Poor’s 500 Index merupakan salah sebuah indeks terkenal yang terbaik di dunia dan penanda aras yang paling sering digunakan untuk keseluruhan pasaran saham. Antara indeks-indeks yang terkenal termasuklah DJ Wilshire 5000 (kesemua pasaran saham), MSCI EAFE (saham asing di Eropah, Australasia (kesemua negara Oceania), dan Timur Jauh), dan Lehman Aggregate Bond Index (kesemua pasaran bon).

Secara teknikalnya, seseorang individu itu tidak dapat membeli sesebuah indeks, namun seseorang individu itu boleh membeli dana bersama indeks dan dana didagangkan bursa yang membolehkan para pelabur untuk melabur di dalam sekuriti yang mewakili indeks pasaran luas.

Jemput juga baca tentang zakat saham dan saham blue chip

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.