Dana tertutup atau “closed-end fund” merupakan sebuah syarikat pelaburan yang diniagakan secara awam yang mengeluarkan satu jumlah yang tetap daripada modal melalui tawaran awam awal atau “initial public offering (IPO)”. Dana itu kemudiannya menerbitkan saham-saham yang disenaraikan dan diniagakan sebagai sebuah saham di bursa saham. Dana tertutup juga turut dikenali sebagai pelaburan tertutup (closed-end investment) atau dana bersama tertutup (closed-end mutual fund).

Walaupun mempunyai nama yang sama, dana tertutup hanya mempunyai sedikit persamaan dengan dana bersama konvensional, yang mana secara teknikalnya dikenali sebagai dana terbuka atau (open-end fund). Dana tertutup hanya mengeluarkan satu jumlah modal yang telah ditetapkan sekali sahaja melalui IPO dengan menerbitkan satu jumlah yang tetap daripada saham, yang mana yang telah dibeli oleh pelabur-pelabur di dalam dana tertutup sebagai saham.

Tidak seperti saham biasa, dana tertutup mewakili faedah di dalam satu portfolio yang telah dikhaskan daripada sekuriti-sekuriti yang diuruskan secara aktif oleh penasihat pelaburan dan kebiasaannya tertumpu kepada satu industri, kawasan geografi dan sektor yang tertentu. Harga saham dana tertutup berubah-ubah mengikut kuasa pasaran iaitu permintaan dan penawaran, begitu juga dengan perubahan nilai sekuriti di dalam saham dana.

Jemput baca artikel:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.