Kemeruapan tersirat atau istilah bahasa Inggerisnya, “implied volatility (IV)” merupakan satu metrik yang mengambil paparan pasaran tentang kemungkinan perubahan dalam harga sekuriti yang diberikan. Para pelabur boleh menggunakan IV untuk merancang langkah masa depan dan penawaran dan permintaan. Para pelabur juga biasanya menggunakan IV untuk meletakkan harga kontrak-kontrak opsyen.

IV tidak sama seperti kemeruapan bersejarah (historical volatility), yang juga dikenali sebagai kemeruapan direalisasikan (realized volatility) dan kemeruapan berstatistik (statistical volatility). Angka kemeruapan bersejarah akan mengukur perubahan pasaran yang lalu dan hasil sebenar pasaran itu.

Dalam erti kata lain, IV merupakan ramalan pasaran berkenaan kemungkinan pergerakan di dalam harga sesebuah sekuriti. Ianya merupakan satu metrik yang digunakan oleh para pelabur untuk menganggarkan turun naik (kemeruapan) harga sesebuah sekuriti pada masa depan berdasarkan faktor-faktor ramalan tertentu.

IV yang ditandakan dengan simbol σ (sigma), sering dianggap sebagai satu wakil kepada risiko pasaran. Ianya sering dinyatakan menggunakan bentuk peratusan dan sisihan piawai ke atas skop masa yang ditetapkan.

Apabila digunakan untuk pasaran saham, IV pada umumnnya menaik dalam pasaran bear (bear market), apabila para pelabur percaya harga-harga ekuiti akan jatuh dari masa ke semasa. Manakala IV menurun di dalam pasaran bull (bull market), di mana para pelabur percaya bahawa harga-harga ekuiti akan meningkat dari masa ke semasa. Pasaran bear dianggap pasaran yang tidak digemari, justeru lebih berisiko kepada kebanyakan pelabur ekuiti.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.