Kadar pulangan dalaman atau dalam bahasa Inggerisnya, “internal rate of return (IRR) merupakan kadar diskaun yang sering digunakan dalam peruntukan modal yang menjadikan nilai kini bersih (net present value) kesemua aliran tunai daripada satu projek tertentu menyamai sifar (equal to zero).

Kebiasaannya, semakin tinggi kadar pulangan dalam sesebuah projek, semakin kuat kemungkinan projek itu untuk dijalankan. Oleh itu, IRR boleh digunakan untuk menarafkan projek-projek yang berpotensi. Dengan andaian semua faktor lain adalah sama, projek yang memiliki IRR tertinggi akan dianggap yang terbaik dan akan dijalankan terlebih dahulu. IRR juga kadang-kadang disebut sebagai kadar pulangan ekonomi (economic rate of return / ERR).

Individu boleh mentaksirkan IRR sebagai kadar pertumbuhan sesebuah projek itu dijangka untuk hasilkan. Walaupun keputusan sebenar mungkin berbeza daripada kadar anggaran IRR, sesebuah projek dengan nilai IRR yang jauh lebih tinggi daripada pilihan lain yang tersedia, masih akan memberikan peluang yang lebih baik untuk pertumuhan yang kukuh.

Selain itu, IRR juga boleh dibandingkan dengan kadar pulangan semasa di dalam pasaran sekuriti. Sekiranya sesebuah syarikat tidak dapat mencari sebarang projek dengan IRR yang lebih tinggi berbanding pulangan yang yang boleh dihasilkan di dalam pasaran kewangan, syarikat tersebut boleh memilih untuk melaburkan pendapatan simpanan di dalam pasaran.

Jemput baca tentang panduan saham dan buku saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.