Perolehan atau pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan atau dalam bahasa Inggerisnya, “Earnings Before Interest, Taxes, Depreciation, And Amortization (EBITDA)”, merupakan satu ukuran prestasi kewangan sesebuah syarikat. EBITDA dikira berdasarkan formula berikut;

EBITDA = Hasil (revenue) − Perbelanjaan (expenses) yang tidak termasuk cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan.

Selain itu, EBITDA boleh digunakan untuk menganalisis dan membandingkan tahap keuntungan di antara syarikat-syarikat dan industri-industri kerana ianya menolak kesan-kesan keputusan kewangan dan perakaunan. Walau bagaimanapun, EBITDA bukanlah satu ukuran prinsip perakaunan yang diterima umum atau dalam bahasa Inggerinya, “non Generally Accepted Accounting Principles (non-GAAP)”, yang membenarkan keleluasaan yang lebih besar berkenaan dengan apa yang dimasukkan atau tidak dimasukkan di dalam pengiraannya.

Dalam erti kata lain, ianya juga bermakna syarikat-syarikat biasanya menukar butiran-butiran yang dimasukkan di dalam pengiraan EBITDA mereka daripada satu tempoh laporan kepada satu tempoh laporan yang lain.

Untuk lebih jelas lagi, EBITDA telah mula digunakan semasa pembelian leverage boom (leveraged buyout boom) 1980-an, apabila EBITDA telah digunakan untuk menunjukkan keupayaan sesebuah syarikat untuk khidmat hutang. Seiring berlalunya waktu, EBITDA menjadi semakin terkenal di dalam industri-industri yang mempunyai aset-aset yang mahal yang perlu untuk dicatatkan untuk tempoh yang lama. Pada hari ini, EBITDA digunakan oleh kebanyakan syarikat, terutamanya syarikat-syarikat di dalam sektor teknologi, walaupun ianya tidak mempunyai jaminan.

Namun demikian, EBITDA sering kali disalah anggap sebagai penunjuk perolehan tunai. EBITDA merupakan satu metrik yang baik untuk menilai tahap keuntungan, tetapi bukan untuk menilai aliran tunai. Tambahan lagi, EBITDA juga tidak mengira jumlah tunai yang diperlukan untuk membiayai modal kerja dan penggantian kelengkapan-kelengkapan lama, yang mana mungkin boleh menjadi penting.

Hasil daripada salah anggap tersebut, EBITDA sering digunakan oleh sesebuah syarikat sebagai satu muslihat kewangan untuk menambah baik butiran perolehan sesebuah syarikat. Oleh itu, para pelabur tidak boleh hanya melihat kepada EBITDA sahaja, tetapi perlu juga melihat kepada pengukur prestasi yang lain untuk mengenal pasti sama ada syarikat tersebut menyembunyikan sesuatu di dalam keputusan EBITDA-nya.

Rujukan

 

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.