Kewajipan gadai janji bercagar atau “Collateralized Mortgage Obligation (CMO)” merupakan satu jenis sekuriti yang disokong gadai janji yang menghasilkan kumpulan-kumpulan kadar serah-semua (pass-through rates) untuk pelbagai kelas pemegang bon dengan kematangan berbeza, yang dikenali sebagai bahagian. Pembayaran semula daripada kumpulan sekuriti serah-semua digunakan untuk menamatkan bon dengan susunan yang tepat yang ditetapkan oleh prospektus bon (bond’s prospectus).

CMO berfungsi seperti berikut;

Para pelabur CMO akan dibahagikan kepada tiga kelas iaitu kelas pelabur A, B dan C. Kemudian setiap kelas menerima bayaran pokok dalam susunan yang berbeza, namun menerima bayaran faedah setelah pembayaran pokok diselesaikan sepenuhnya.

Kelas pelabur A adalah yang pertama yang akan dibayar dengan bayaran pendahuluan dan pembayaran semula sehingga selesai. Selepas itu adalah giliran kelas pelabur B dan seterusnya diikuti kelas pelabur C. Justeru, dalam kes ini, kelas pelabur A akan menanggung risiko bayaran pendahuluan paling tinggi dan kelas pelabur C menanggung risiko bayaran pendahuluan yang paling rendah.

Perbezaan CMO Dan CDO

Seperti CMO, kewajipan hutang bercagar atau “Collateralized Debt Obligation (CDO)” terdiri daripada sekumpulan pinjaman yang digabungkan bersama dan dijual sebagai pembawa pelaburan. Walau bagaimanapun, CMO hanya merangkumi gadai janji, CDO pula merangkumi pelbagai pinjaman seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman komersial dan juga gadai janji.

Kedua-dua CDO dan CMO telah memuncak pada tahun 2007 sebaik sebelum daripada krisi kewangan global, dan nilai-nilai CDO dan CMO menurun dengan ketara selepas itu. Sebagai contoh, semasa CDO dan CMO berada pada waktu puncaknya pada tahun 2007, pasaran CDO bernilai $1.3 trilion berbanding hanya $850 juta pada tahun 2013.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.