Jom baca artikel kes murtad di Malaysia yang pernah popular di Malaysia. Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 217 yang berbunyi:

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)

Sumber: Mlstudios

Kita berkali-kali digemparkan oleh kes murtad berprofil tinggi di Malaysia. Hari ini kami akan kongsikan kes murtad yang membabitkan bangsa melayu sebagai pengajaran buat kita semua.

1. Lina Joy

Sebut sahaja kes murtad di Malaysia, pastinya nama Lina Joy akan terlintas difikiran. Kes Lina Joy adalah kisah seorang anak melayu murtad yang paling popular dan mendapat perhatian ramai.  Pada tahun 1997, Azlina Jailani yang berumur 42 tahun memohon untuk bertukar nama kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak kerana alasan telah bertukar agama Kristian tidak diterima.

 Pada tahun1999 sekali lagi beliau memohon untuk menukar nama kepada Lina Joy dan kali ini tiada alasan pertukaran nama diberikan dan ianya telah diluluskan namun pada bahagian agama masih tertulis islam. Menurut Lina Joy, beliau telah keluar dari islam dan menganut agama kristian katolik sejak tahun 1990. Beliau telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah.

Pengesahan agama kristian bermaksud perkataan islam dalam kad pengenalan ditukar kepada kristian. Beliau mahukan agamanya dalam kad pengenalan ditukar kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang bergama kristian.

2. Nyonya Tahir

Nyonya Tahir meninggal dunia akibat sakit tua namun mendatangkan kekeliruan kerana salinan kad pengenalan beliau jelas menunjukkan bangsa Melayu dan beragama Islam sedangkan sepanjang hayatnya beliau mengamalkan agama Budha dan cara hidup masyarakat cina. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya memohon Mahkamah Syariah menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha. Lantaran itu mayatnya tidak dapat dituntut oleh ahli keluarga dan disemadikan mengikut cara agama Budha.

Anak bongsu beliau yang bernama Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha. Mahkamah Tinggi Syariah akhirnya memutuskan bahawa Nyonya Tahir adalah wanita Melayu beragama Islam tetapi bukan beragama Islam semasa kematiannya lalu membenarkan mayatnya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin diserahkan kepada keluarganya untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

3. Kisah anak Yusof bin Abdullah

Yusof Bin Abdullah adalah seorang mualaf yang baru memeluk agama islam.  Nama asal Hindunya ialah Santana. Isterinya kekal beragama Hindu sementara anak lelaki mereka Sanjay turut masuk islam dan namanya bertukar kepada Mohamad Syazani bin Yusof. Mereka tinggal di Alor Setar sementara bekas isterinya tinggal bersama teman lelaki di Kuala Lumpur. Selepas dua tahun bekas isterinya melarikan anak mereka dan dibawa tinggal di Kuala Lumpur.

Yusof meminta Mahkamah Syariah Alor Setar mengeluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya dan beliau berjaya. Lalu beliau pergi ke Kuala Lumpur untuk mengambil anaknya. Namun bekas isterinya pergi ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menuntut hak jagaan lalu berjaya lalu ingin mengambil semula anaknya.

Apabila gagal mendapat anaknya, ibu tadi membuat laporan polis. Akibatnya Yusof direman selama 8 hari sementara hak penjagaan anaknya diberikan sepenuhnya kepada si ibu. Kini anak tadi kembali ke agama Hindu dan murtad.

4. Hartina Haji Kamaruddin

Hartina pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja namun 9 bulan kemudian pulang semula ke kampung dalam keadaan beragama Hindu. Beliau memakai tanda nandek di dahinya dan berpelukan dengan teman lelaki beragama Hindu. Ayahnya yang berang telah menakek tengkok teman lelaki Hartina. Sebagai tindak balas, kawan-kawan teman lelaki Hartina membelasah ayah dan adiknya.

Hartina membuat laporan polis kerana ayahnya menyerang teman lelakinya. Ayah dan adik Hartina ditahan selama 14 hari dan mendapat saman sebanyak RM3 juta. Tidak lama kemudian Hartina menukar nama kepada Nivasni Rajeswari dan agamanya juga ditukar kepada Hindu.

5. Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim yang berumur 29 tahun dilahirkan sebagai India Muslim. Pada  usia 20 tahun beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau beragama Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai. Tiada permohonan pertukaran agama dibuat di Mahkamah Syariah. Pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Namun perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana beliau masih beragama islam dalam kad pengenalan.

Sumber: Muafakatmalaysia

Itulah dia info  tentang kes murtad di Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca tentang bahaya syabu dan jenis-jenis dadah

Rujukan:

1. Facebook

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.