Sekarang semakin ramai yang membuat pelaburan di ASB Financing. Ia adalah satu tindakan yang bijak kerana melabur di ASB Financing dan bukannya melabur kepada pelaburan yang tidak pasti. Melabur di ASBF adalah satu pelaburan yang selamat dan duit yang dilaburkan itu akan disimpan dengan selamat dan bertambah semakin tahun.

ASB akan mengeluarkan jumlah dividen setiap tahun. Setiap tahun dividen ASB berlainan, ada kala tinggi ada kala rendah ada kal biasa dan sama je setiap tahun. Apabila dividen yang dikeluarkan oleh ASB rendah, mula lah orang risau dan berfikir ‘betul ke apa aku buat ini’. Jangan risau, ia bukan satu tindakan yang salah dalam membuat pelaburan di ASBF.

Banyak soalan-soalan lazim yang ditanya oleh orang ramai mengenai ASBF. Soalan ini pasti akan terus ditanya jika tidak mendapat kepastian. Apakah soalan-soalan berikut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 soalan lazim yang selalu ditanya mengenai ASBF. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via majalahlabur

10 Soalan lazim yang selalu ditanya mengenai ASBF.

Antara soalan biasa orang tanya:

1. Soalan: Saya bercadang nak ambil personal loan RM20K. Lepastu, nak buat LASB RM200K. Ok ke?

Jawapan: Melabur ikut kemampuan kewangan je la. Kalau mampu simpan RM600 bulanan, buat ASB Financing RM100K dulu. Tahun depan tambah lagi. Berhutang buat pembiayaan peribadi ni nak buat pembiayaan perumahan nanti susah. Jadi individu berisiko dimata bank nanti. Saya tak galakkan.

2. Soalan: Kalau kita ada apply ASBF RM100K, ada juga simpanan. Dividen akan dikira sekali ke?

Jawapan: Ya sekali. Baki terendah bulanan pada bulan itu berapa dan baki itu lah dikira.

3. Soalan: Dah ada ASB Financing RM100K tahun depan nak tambah ASB2 Financing RM50K pula. Ok ke?

Jawapan: Jangan buat ASB2 Financing dulu jika ASB Financing tak penuh lagi RM200K. Bagi max ASBF dulu. Dividen ASB lagi mantap daripada ASB2.

4. Soalan: ASB Financing ni boleh ke terminate sesuka hati? Bukan ada perjanjian ke?

Jawapan: Ya memang ada perjanjian. Tapi ASB Financing sekarang ada “no lock in period” jadi kau tak terikat pun 25-30 tahun tu. Boleh terminate jika kau dah nampak matlamat yang jelas. Jaga-jaga dengan shortfall.

5. Soalan: Shortfall ni apa?

Jawapan: Macam kau ada ambil pembiayaan ASB RM50K lepastu ada nilai takaful dalam seribu lebih. Belum cukup setahun kau dah terminate. Lepas tu kena la bayar lagi sebab takaful cover seluruh premium jumlah pembiayaan tu.

6. Soalan: Kenapa ansuran bulanan murah. ASBF RM50K hanya RM272. Saya buat terlalu tinggi. Dalam tiga ratus lebih.

Jawapan: Mungkin ASBF korang buat tu termasuk takaful. Tempoh pembiayaan pula mungkin 25 tahun sahaja. Ansuran bulanan juga bergantung pada profit rate. Tak tengok letter offer lettew.

7. Soalan: Lepas 3-5 tahun perlu ke terminate? Saya nak buat jangka panjang.

Jawapan: Saya bagi contoh je. Kalau matlamat kau jangka panjang kau buatlah. Itu jika terminate sebab nak dapatkan nilai prinsipal @ surrender value lepas terminate. Untuk kau turunkan komitmen bulanan jika kau nak beli rumah.

Kalau nak main tempoh panjang. Maksimum pembiayaan ASB RM200K. Buat sijil RM50+RM50K+RM100K misalnya. Volume besar penting.

8. Soalan: Perlu ke ikat 30 tahun. Saya kalau boleh taknak buat lama-lama. Nak buat 10 tahun je.

Jawapan: Kita ikat 30 tahun sebab nak dapat ansuran bulanan murah. Ikat je 30 tahun. Lepastu terminate tahun ke 10. Lagi untung. Ansuran bulanan pun murah. Saya boleh ajarkan cara kira.

9. Soalan: Perlu ke ambil takaful ASBF ni?

Jawapan: Ikut korang la. Kalau korang niat nak terminate tak perlu pun takpe. Kalau nak buat 2-3 tahun tak perlu pun takpe. Kalau nak buat long term sampai 30 tahun bagus ambil lah. Dah ada perlindungan takaful medikal card kan. Kalau apa jadi pun waris tak perlu sambung bayar.

10. Soalan: Saya tak ada penyata gaji boleh ke buat ASBF ni?

Jawapan: Nak buat ASBF ni perlu ada pendapatan. Prove of income kena ada. Kalau kerja sendiri perlu akaun bank syarikat. Kalau masih belajar, boleh tumpang penyata gaji abang ke, kakak ke, ayah ke, ibu ke.

*Berikut adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya. Soalan-soalan berikut telah dijawab oleh Encik Amir dan jawapannya juga jelas dan mudah difahami. Jika masih ragu-ragu lagi tentang ASBF ini, banyakkan buat selidik dan cari maklumat di google. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.