Teknologi dunia semakin canggih. Setiap tahun pasti ada saja teknologi yang baru diperkenalkan seperti alatan mengemas rumah elektrik, penapis air, telefon pintar, komputer dan lain-lain lagi. Kebaikan teknologi ini dapat menjimatkan masa kita untuk membuat kerja dan memudahkan kehidupan seharian kita.

Pada musim kini di mana keadaan di seluruh dunia agak tidak terlalu sihat bagi anda untuk keluar rumah membeli barang atau makanan di luar. Oleh sebab itu, penggunaan website seperti window shopping, Shopee, Lazada dan lain-lain dapat memudahkan ramai orang untuk membeli secara online tanpa perlu keluar rumah.

Website ini memudahkan semua orang dan keselamatan orang ramai yang tidak perlu keluar rumah pada musim pandemik ini. Tetapi apa yang tidak elok tentang window shopping ini adalah ia dapat meningkatkan nafsu membeli kerana harganya yang murah dan banyak diskaun yang diberikan. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai wang yang banyak di akaun bank.

Maka, anda perlu elakkan lakukan 3 perkara ini semasa wang anda sedang banyak.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai jangan lakukan 3 perkara ini semasa duit kita sedang banyak. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Jangan lakukan 3 perkara ini semasa duit kita sedang banyak

Elak 3 perkara ketika ada duit
Imej via Ilabur.com

Jangan lakukan 3 perkara ini. Antaranya :

1) Buka Shopee atau Lazada tetapi tiada apa mahu beli

Percayalah kita akan tergoda dengan sesuatu yang kita tidak perlukan. Belajar ‘add to cart’ selama 7 hari dan lihat jika kita masih memerlukannya.

2. Window Shopping atau bercuti tanpa sebarang bajet

Akhirnya kita akan berbelanja tanpa batas dan berbelanja secara berlebihan. Kita akan rasa duit yang ada patut digunakan untuk keseronokkan diri.

3. Mengabaikan pengeluaran kecil

Semasa duit sedang banyak, kita selalu mengabaikan perbelanjaan kecil kerana rasa ada duit. Kadang-kadang perbelanjaan kecil seperti RM49.90 kita rasa murah tetapi tanpa sedar kita boleh habiskan RM100 dalam masa sehari sahaja.

*Berikut adalah 3 perkara yang kita patut elakkan daripada melakukannya. Perkara ini bukanlah benda senang yang kita boleh ubah dalam sekelip mata tetapi cuba lakukan sedikit demi sedikit. Jika selalu berbelanja seminggu RM300, minggu depan cuba kurangkan kepada RM250. Lama kelamaan anda pasti boleh berjimat.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.