Pada hari gaji masuk, kebiasaannya kita akan mula berbelanja sakan. Semua benda yang kita teringin mahu beli dapat juga akhirnya. Lebih-lebih apabila tiba hari perayaan seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Deepavali, Tahun Baru Cina dan pelbagai lagi. Majlis kenduri juga banyak mengeluarkan kos perbelanjaan.

Hari-hari tersebut, kita banyak mengeluarkan wang untuk membeli barang persediaan dan makanan. Waktu itu mesti kita mahu bergembira dengan keluarga, jadi duit banyak habis pun tidak fikir. Selepas tamat je majlis kenduri atau sambutan hari perayaan, waktu itu baru kita sedar banyak wang kita yang sudah habis.

Waktu itu, menyesal pun tidak boleh. Jadi, kita perlu membaik pulihkan semula kewangan kita agar kembali seperti biasa. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 tips untuk membaik pulih kewangan selepas berbelanja banyak. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via iluvislam

7 Tips untuk membaik pulih kewangan

1. Turunkan Taraf Hidup

Kalau dulu, setiap dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, biarlah selepas menyimpan dan bayar hutang.

Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.

2. Tahan Nafsu Berbelanja

Walaupun tak ada duit, tapi nak juga membeli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai.

Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

3. Simpan Sebelum Berbelanja

Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan 10% gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau. Sebagai force saving. Jadi, selebihnya kau berbelanja lah.

4. Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, ambil upah jadi runner atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah cari pendapatan sampingan.

5. Buat Bajet & Ikut

Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting.

6. Jangan Membazir

Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Baju, kasut yang elok lagi tak perlu beli baru. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.

7. Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Paling senang, bawa bekal ke pejabat. Sarapan tu dekat rumah atau dekat pejabat je. Tapayana makan kat kedai makan. Buat sendiri air milo pastu cicah roti. Simple. Makan kat rumah je untuk sebulan dua ni. Tak payah makan kat luar.

*7 Tips ini yang dikongsikan oleh encik Amir dapat membantu untuk memulihkan semula kewangan. Tips no. 7 itu paling menarik dan bagus. Lebih baik bawa bekal ke tempat kerja kerana dapat mengurang kos makan di luar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.