Sebanyak mana sekali pun gaji kita jika kita tidak dapat buang 4 tabiat buruk ini, duit simpanan kita tidak akan berkembang. Apakah tabiat-tabiat buruk tersebut? Adakah ia dapat memburukkan lagi duit simpanan kita?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 tabiat buruk diri yang perlu diubah demi kebaikan kewangan diri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

4 Tabiat buruk yang perlu diubah

ubah tabiat buruk
Imej via Facebook

1) Buat yang masih merokok

Belajar mengurangkan jumlah rokok yang dihisap. Bukannya berhenti terus tetapi kurangkan merokok. Bina satu tempoh yang kekal dan berhenti. Rokok itu mahal, jadi jika dapat kurangkan hisap rokok atau berhenti, pasti duit simpanan akan berkembang.

2) Buat yang masih gilakan kopi mahal

Kurangkan jumlah cawan kopi mahal yang diminum. Cuba kurang kan jumlah daripada seminggu 3 kali kepada seminggu sekali sahaja. Ubah ketagih kepada rasa baru mint atau minuman sendiri yang lebih murah dan sihat.

3) Buat yang masih susah menabung

Belajar kumpul duit RM5 dahulu sebagai permulaan. Setiap kali jumpa atau dapat tukaran wang RM5 terus masuk ke dalam tabung. Buat arahan tetap potongan gaji masuk ASB atau tabung haji. Tiap kali gaji, simpan 10% gaji atau masih bujang usahakan simpan 35%-40% gaji kita.

4) Buat yang gila shopping online

Mulakan buang semua apps online dalam telefon kita. Tinggalkan satu atau dua yang kita dan keluarga perlukan. Belajar kawal arus, ketika flash sale dijalankan dan cabar diri untuk tidak terlibat. Buat sikit-sikit dan limitkan jumlah perbelanjaan online sebulan.

*Cuba buang 4 tabiat buruk ini demi kebaikan kewangan kita. Cuba mulakan dengan perlahan-lahan agar anda tidak rasa terbeban. Anda mungkin tidak biasa tetapi lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.