Ibnu Sina atau nama inggerisnya Avicenna merupakan salah seorang ilmuan islam yang ikonik dan menjadi sebutan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Beliau merupakan bapa perubatan moden dan banyak hasil kajiannya yang masih digunakan dalam teknologi perubatan moden pada hari ini.

Beliau merupakan ilmuan yang pakar dalam banyak bidang namun salah satu bidang yang paling menyerlah ialah bidang perubatan. Hari ini kami akan kongsikan info tentang sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan.

Latar belakang dan riwayat hidup Ibnu Sina

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Al Husin Bin Abdillah Bin Al Hasan Bin Ali Bin Sina. Beliau dilahirkan pada tahun 370 Hijrah atau 980 Masihi di Afshanan Bukhara, Turkistan. Menurut catatan sejarah, bapa Ibnu Sina adalah seorang pengawas Harmaisan (خرميثن) di Bukhara. Apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 390 Hijrah atau 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizmi sebelum berpindah sekali lagi ke beberapa tempat seperti Jarjan, Rai dan Hamazan.

Semasa berumur 10 tahun, Ibnu Sina sudah berjaya menghafal al-Quran dan menguasai ilmu agama islam dengan baik. Beliau bukan sahaja seorang ilmuan malah seorang yang sangat pakar dalam ajaran islam. Ibnu Sina mula mempelajari ilmu perubatan semasa berumur 16 tahun dan menurut rekod mula mengubati pesakit semasa berumur 17 tahun.

Semasa berumur 17 tahun beliau berjaya mengubati penyakit yang dihidap oleh Perdana Menteri kerajaan Saman. Semasa berumur 18 tahun, Ibnu Sina berjaya menguasai pelbagai ilmu naqli (agama) dan mula melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk bidang perubatan. Sepanjang hidupnya Ibnu Sina telah berjaya menghasilkan 116 buah karya dengan fokus kepada bidang perubatan. Hasil tulisan Ibnu Sina masih digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini.

Selain pakar dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga merupakan pakar dalam bidang:

  • Falsafah
  • Astronomi
  • Sains politik
  • Fizik
  • biologi
  • Kimia

Avicenna College di Hungry telah diberi nama sempena nama beliau bagi menghargai jasa Ibnu Sina dalam bidang perubatan. Ibnu Sina pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan juga pernah dilantik sebagai penasihat agung untuk Amir Ala’Daulah di Asfahan. Beliau meninggal dunia di Hamazan pada tahun 428 Hijrah atau 1037 Masihi.

Sumber: Kamikamu

Penemuan dalam bidang sains perubatan oleh Ibnu Sina

Terdapat pelbagai penemuan dalam bidang saind perubatan oleh Ibnu Sina dan di antara yang paling terkenal ialah seperti berikut:

  • Qanun Fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) adalah karya beliau yang paling agung dan dianggap sebagai ensiklopedia lengkap dalam bidang perubatan. Buku ini mempunyai 14 jilid. Ia member penerangan lengkap tentang 760 jenis ubat serta jenis penyakit yang melibatkan anggota badan manusia. Qanun Fi al-Tibb juga turut membincangkan tentang penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh. Buku hebat tulisan Ibnu Sina ini menjadi rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 Masihi dan telah diulang cetak sebanyak 16 kali. Qanun Fi al-Tibb telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Latin, Sepanyol dan Itali.
  • Ibn Sina adalah manusia pertama di dunia yang menemui teori anatomi dan fisiologi. Teori-teori ini boleh dibaca dalam buku tulisan beliau. Di antarav teori yang paling popular ialah terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun maka manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan mempunyai 12 tulang sendi. Menurut Ibnu Sina, hati adalah raja dalam tubuh manusia sementara paru-paru adalah menterinya. Leher pula merupakan jendela badan, manakala hempedu berfungsi sebagai markas pusat. Limpa dan perut berfungsi sebagai bumbung sementara usus adalah sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
  • Penemuan penyakit baru dan puncanya. Ibnu Sina mengkaji dan berjaya menemui beberapa penyakit baru yang belum pernah diketahui oleh dunia dan dalam masa yang sama berjaya mengenal-pasti apakah punca penyakit tersebut. Sebagai contoh, beliau adalah manusia yang menemui penyakit tibi serta punca jangkitan virusnya, penyakit Rubella, alahan, cacar, sakit jiwa dan sebagainya.
  • Pengaruh kuman dalam penyakit. Ibnu Sina menemui bahawa terdapat beberapa penyakit yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kumah, bukannya virus.
  • Ibnu Sina juga berjaya menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik
  • Ubat bius yang digunakan di klinik dan hospital pada hari ini adalah hasil penemuan Ibnu Sina pada beribu tahun yang lalu.
  • Ibnu Sina juga berjaya membangunkan teknologi perubatan. Di antara teknologi perubatan ciptaan beliau yang dikembangkan dan digunakan dalam dunia perubatan moden pada hari ini ialah benang mejahit luka pembedahan dan picagari.
  • Beliau telah memperkenalkan Method Pemerhatian dan Analisis yang telah dikembangkan dan menyumbang kepada kemajuan dalam bidang perubatan moden pada hari ini.
  • Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina telah mempengaruhi kaedah perubatan moden seperti penggunaan x-ray dan ultrasound dalam mengesan penyakit yang dialami oleh seorang pesakit.
  • Dalam sistem pendidikan hari ini, bidang perubatan sangat penting dengan wujudnya fakulti perubatan hampir di seluruh university. Fakulti perubatan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada pemikiran Ibnu Sina.

Itulah dia info tentang riwayat hidup Ibnu Sina dan sumbangannya dalam bidang perubatan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tokoh ekonomi islam dan tokoh kewangan Islam

Rujukan:

1. Riwayat Hidup Ibn Sina. 5tokoh

2. Sumbangan Ibnu Sina. Juhaimimajid

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.