Tokoh Kewangan Islam. Dilahirkan pada 28 Januari 1939 di Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang Empat.  Kemudian menyambung pelajarannya di Al-Maahad Al-Mahmud (Maktab Mahmud). Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya ke tingkatan enam pada tahun 1960 hingga 1961 di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (SAHC). Pada tahun 1965, Dato’ Dr. Abdul Halim meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang ekonomi.

tokoh kewangan islam

Imej via Merdeka Award

Seterusnya pada tahun 1966, beliau berangkat ke England untuk mengikuti pengajian di University of Oxford, England di dalam bidang Ekonomi sehingga memperolehi ijazah Doktor Falsafah.

Datuk Dr. Abdul Halim merupakan anak Melayu pertama yang berjaya menjadi graduan Universiti Oxford, United Kingdom (UK) di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi.

Tokoh Kewangan Islam Malaysia dan Antarabangsa

Pada tahun 2001, beliau dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam oleh Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM) atas pencapaian yang berterusan dalam bidang kewangan Islam. Memberi sumbangan besar dalam memperkembangkan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dalam bidang-bidang pengurusan, perancangan, perundangan, penyelidikan dan pembangunan.

Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama dinobatkan sebagai penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam. Bersempena Forum Kewangan Islam Antarabangsa (GIFF) pada tahun 2014.

Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah berprestij ini adalah tepat. Berdasarkan pencapaian dan jasa yang disumbangkan terhadap kemajuan industri kewangan Islam negara dan antarabangsa.

Abdul Halim juga merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada tahun 2004.

Bagi menghargai sumbangan dan jasanya, beliau telah dianugerahkan darjah kebesaran Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dari KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

Datuk Dr. Abdul Halim Ismail juga dikenali sebagai Bapa Perbankan Islam Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia pertama dinobatkan sebagai penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bersempena Forum Kewangan Islam Antarabangsa (GIFF) 2014.

Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah berprestij ini adalah tepat berdasarkan pencapaian dan jasa yang disumbangkan terhadap kemajuan industri kewangan Islam negara dan antarabangsa.

Sumbangan Besar Dalam Bidang Perbankan

Beliau juga telah dilantik sebagai Pengarah Urusan pertama Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam). Di bawah kepimpinannya, bank tersebut membangun pesat dan unggul di peringkat antarabangsa.

Pengalaman berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1975, Abdul Halim dilantik sebagai Ketua Unit Perancangan bagi Perunding Bersatu Bhd. sebelum berkhidmat di Bank Bumiputra Malaysia Bhd. sebagai Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Jabatan Perancangan dan Pembangunan.

Di samping mempunyai ilmu yang luas dalam bidang pengurusan ekonomi, beliau juga berkeupayaan dalam ilmu syariah yang mana banyak institusi kewangan Islam melantik beliau sebagai penasihat syariah termasuk pihak pengawal selia seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Selain menjadi Pengarah Urusan pertama Bank Islam, Abdul Halim juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Iaitu syarikat takaful pertama di negara ini. Dan turut membantu menubuhkan BIMB Securities Bhd. (BIMB Securities), syarikat broker saham Islam pertama di Malaysia.

Di bawah bimbingan beliau, industri takaful dan institusi kewangan Islam berkembang pesat di negara ini. Yang kemudiannya menjadikan kewangan Islam sebagai alternatif yang semakin menarik dan pelengkap kepada kewangan konvensional.

Antara hasil kajian dan tulisan Abdul Halim yang telah diterbitkan adalah BIMB: Penubuhan dan Operasi yang diterbitkan BIMB. The Role of Islamic Instruments in Deepening Equity Markets pada tahun 1999. The Capital Market Masterplan: A Roadmap for Sustainable Growth & Development (2002).

Sumber :

Bank Muamalat

YADIM

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.