Nah, ini usahawan berjaya di Malaysia yang boleh dijadikan idola anda.

Sebagai seorang usahawan, pastinya anda setiasa mencari sumber inspirasi sebagai perangsang untuk anda terus bermotivasi dan mengekalkan momentum yang ada sekarang. Kebanyakan dari kita memilih untuk menjadikan usahawan berjaya dari luar negara sebagai idola seperti Donald trump, Bill Gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckemberg.

Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya terdapat ramaia usahawan berjaya di Malaysia yang mempunyai kisah yang penuh inspirasi dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai idola. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai usahawan berjaya di Malaysia yang boleh menjadi sumber inspirasi anda.

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Sumber: Malaymail

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari adalah seorang ikon usahawan berjaya di Malaysia yang menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia. Setakat artikel ini ditulis, nilai bersih harta yang dimiliki oleh beliau ialah sebanyak USD$2.7 bilion atau RM9.7 bilion. Siapa yang tak kenal dengan tokoh usahawan melayu yang bermula dari bawah ini? Beliau datang dari keluarga yang miskin di mana semasa kecilnya beliau membantu ibunya  menjual sayur-sayuran di pasar, menjual roti canai, menternak lembu serta menjual daging di pasar.

Pada hari ini beliau adalah bumiputra paling kaya di Malaysia dan memilik perniagaan dalam bidang berikut pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata, dan kejuruteraan.

Anda suka makan roti Gardenia? Ia adalah jenama milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Beliau memulakan perjalanan sebagai seorang usahawan pada tahun 1970 dengan perniagaan menjual daging. Kemudian pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A.

Perniagaan beliau terus berkembang maju apabila mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA. Dengan wang pinjaman tersebut beliau membeli 2 buah lori Mercedes 911LS dan memulakan perniagaan beras pula.

Pada tahun 1975, beliau menubuhkan syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas. Dari situ perniagaan beliau terus berkembang dan terus berkembang sehingga menjadikan beliau seorang jutawan. Apa yang lebih membanggakan, beliau menubuhkan sebuah badan khas yang diberi nama Yayasan Al Bukhary. Berikut adalah sedikit biodata beliau:

Nama: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhari

Tahun dilahirkan: 1951

Tempat lahir: Alor Setar, Kedah

Anak: Anak ketiga daripada 7 orang adik beradik

Pendidikan : Tamat tingkatan 5 di Sekolah Saint Micheal’s

2. Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali

Sumber: Remaja

Anda selalu membeli-belah di Mydin? Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali adalah pemilik pasaraya borong yang terkenal di seluruh Malaysia itu. Beliau adalah seorang ikon usahawan runcit tempatan. Sebuta sahaja Pasaraya Mydin, pastinya semua terbayangkan barangan berkualiti yang dijual dengan harga yang murah di sana. Menurut sejarah, pengasas Pasar Borong Mydin ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Perniagaan ini bermula pada tahun 1957 apabila beliau membuka sebuah kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan dengan menggunakan simpanan sendiri.

Kemudiannya, perniagaan tersebut mula mendapat pinjaman daripada institusi kewangan dan akhirnya berkembang menjadi 200 kedai, 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka dan 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Selepas pengasan Mydin meninggal dunia, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin mengambil alih sebagai Pengarah Utusan Mydin.

Dibawah naungan beliau, Pasaraya Borong Mydin terus berkembang maju dengan pembukaan cawangan lain di Malaysia. Malah Kumpulan Mydin telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi operator KR1M (Kedai Rakyat 1 Malaysia). Berikut adalah sedikit maklumat tentang latar belakang hidup beliau:

Nama: Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali

Tarikh Lahir: 4 Jun 1956

Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan

Jawatan : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd

Pendidikan: Masters in International Business, Sonoma State University, California

Pengalaman: Pernah berkhidmat di Arab Malaysian Merchant Bank selama 8 tahun

3. Haji Ismail dari Haji Ismail Group

Sumber: Ariffmac

Setiap kali kita bercuti ke Pulau Langkawi pastinya akan terbayang coklat, periuk belanga, dan barang kelengkapan rumah yang dijual dengan murah di sana. Salah satu daripada destinasi membeli-belah yang menjadi pilihan ramai ialah Haji Ismail Group.

Tak sah percutian ke Langkawi jika tidak membeli-belah di sini. HiG Langkawi Holdings Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah diperbadankan secara rasmi pada 16 Nov 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. Ia diasaskan oleh Haji Ismail.

Setakat hari ini, HiG mempunyai 3 anak syarikat dan 1 syarikat berkaitan pengarah iaitu:

1. Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd

2. HiG Property Sdn Bhd

3. HiG Travel & Tours Sdn Bhd

Mungkin kita hanya mengenali Haji Ismail Group sebagai sebuah pusat membeli-belah di Langkawi, dan menyangka bahawa syarikat ini hanya mempunyai perniagaan tersebut sahaja. Namun yang sebenarnya, HiG juga terlibat dalam industri hartanah dan juga perlancongan. Terdapat banyak pembangunan hartanah di Pulau Langkawi yang dibangunkan oleh HiG dan dalam masa yang sama HiG juga berkembang pesat dalam industri perlancongan, sesuai dengan Pulau Langkawi yang menjadi pusat perlancongan.

Kesimpulan

Selain 3 orang usahawan berjaya yang kami kongsika di atas, yang sebenarnya ada ramai lagi usahawan berjaya di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi. Malah ramai usahawan kita yang sudah berjaya bergelar jutawan malah billionair.

Itulah dia info tentang usahawan berjaya di Malaysia boleh jadi inspirasi anda yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang usahawan wanita Malaysia dan juga kisah usahawan beras Faiza

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.