Main kutu amat popular dalam kalangan wanita dewasa terutamanya makcik dan mak kita! Bukan itu sahaja, main kutu juga giat dilakukan secara online.

hukum main kutu
Imej via [ohmedia]

Aktiviti Main Kutu Berlaku

Dalam aktiviti main kutu ini, biasanya seorang ketua akan dilantik untuk menjaga wang-wang kutu ini. Setiap ahli akan memberi wang dalam jumlah tertentu setiap bulan dan akan mendapat wang terkumpul apabila tiba gilirannya.

Namun, masih terdapat ahli lain yang turut sama menunggu giliran untuk mendapatkan wang tersebut. Jadi, bayarlah dengan penuh disiplin dan jangan pernah lari dari tanggungjawab dan komitmen untuk membayarnya setiap bulan.

Kumpulan duit kutu juga ditubuhkan untuk membeli barangan yang berjenama dan juga barangan perhiasan. Semakin hari, semakin ramai yang telah menubuhkan kumpulan ini baik secara online mahupun secara offline.

Tidak dapat dinafikan bahawa duit kutu sangat membantu seseorang untuk mengurangkan beban hidup. Ia juga membantu untuk membeli sesuatu yang diidam-idamkan.

hukum main kutu
Imej via [muftiwp]

Isu Dan Hukum Main Kutu

Main kutu juga mempunyai hukumnya yang tersendiri. Mari kami terangkan hukum main kutu mengikut beberapa pandangan ulama Islam.

Pada asalnya bermain kutu ialah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan mengandungi unsur-unsur yang boleh mendatangkan haram. Bermain kutu adalah amalan sebahagian masyarakat Islam khasnya dimainkan oleh wanita di Timur Tengah, Afrika dan Malaysia.

Isu Syariah ialah mensyaratkan hutang dibalas dengan hutang yang membawa maksud, jika seseorang itu memberi hutang kepada sahabatnya, maka sahabatnya juga akan memberikan hutang kepadanya. 

hukum main kutu
Imej via [inikisahtia]

Main Kutu Umpama Hutang Bersyarat

Kebanyakan Fuqaha tidak membenarkan hutang bersyarat sebegini kerana ianya mempunyai unsur yang mengambil manfaat dari hutang tersebut. Perlu juga dipertimbangkan, manfaat daripada hutang yang diharamkan disisi Islam yang dikhususkan memberi manfaat kepada pemberi hutang.

Ada pun manfaat kepada peminjam, hukumnya adalah diharuskan mengikut beberapa pandangan mazhab lain. Dalam konteks kutu, semua ahli akan memperolehi manfaat. 

Konteks Kutu Bagi Setiap Ahli

Dalam mazhab Imam Maliki pula membenarkan mewaqafkan duit secara bertempoh melalui dana waqaf yang menyediakan khidmat pinjaman hutang kepada ahli atau sesiapa yang memerlukan dana tersebut.

Dalam konteks kutu, seolah-olah duit simpanan bulanan ini dikumpulkan kemudian diberi pinjam kepada ahli secara bergilir-gilir. Berdasarkan pandangan Mazhab Imam Maliki membenarkan berhutang dari waqaf. 

Ianya harus berkonsepkan kerjasama, persepakatan dan persetujuan di antara ahli peserta kutu tanpa melibatkan bayaran riba, atau apa-apa skim pelaburan. Ramai yang berpandangan bahawa ia adalah harus. Namun dalam konteks undang-undang, ianya  perlu dipertimbangkan.

Konteks Undang-Undang Main Kutu

Secara dasarnya, pengurusan aturan kutu ini adalah harus namun keharusan ini telah dibataskan oleh beberapa akta. Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang seperti menabung.

Cuma keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara ‘in advance’. 

Pembayaran ‘In advance’ ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah kepada ahli kumpulannya. Ianya bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan dikembalikan kepadanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikan ianya halal, kita harus memastikan bahawa semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi menjaga kemaslahatan semua.

Tanpanya, permainan kutu ini boleh terdedah kepada penipuan atau disebut gharar. Jom kita lihat antara beberapa hujah mengenai hukum main kutu.

hukum main kutu
Imej via [dianarashid]

Hujah Hukum Main Kutu

1. Harus

Menurut konsep Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395 bermaksud “kamu meminjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak”.

Menurut mazhab imam Maliki, konsep ini dianggap makruh. Namun, apabila memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu hukum tadi menjadi haram. Jika ianya membawa manfaat kepada peminjam, ia adalah harus.

Jadi kita lihat dalam kes main kutu ini, ianya membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Justeru ianya diharuskan.

2. Tidak Termasuk Dalam Bentuk Faedah Yang Dilarang Oleh Islam

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tindakan main kutu adalah harus di sisi Syariah Islam. Atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh hukum Syariah.

Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa dan menjadikannya tiada lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram. Namun jika ia membawa manfaat kepada satu pihak, ia boleh dipanggil sebagai satu penindasan.

Begitulah menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Malahan diperjelaskan lagi dalam Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, halaman 230.

3. Diharamkan Jika Menyebabkan Perbuatan Zalim Yang Berlaku Ke Atas Satu Pihak

Tiada sebarang kezaliman berlaku sekiranya kedua-dua pihak mendapat jumlah yang sama dan tempoh yang sama. Cuma ia diperoleh dalam waktu yang berbeza sahaja.

Tetapi sekiranya main kutu ini membawa kemudaratan atau kezaliman kepada pihak yang lain, hukum main kutu adalah diharamkan. Ibn Qayyim pernah berkata “Syariah melarang riba disebabkan oleh kezaliman yang terdapat padanya” (‘I’lam al-Muwaqqi’en, 1/386).

4. Diharamkan Jika Tanpa Akad Lafaz Hutang

Mengikut pandangan Ustaz Azhar Idrus pula hukum main kutu boleh jatuh hukum haram sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada ahli kumpulan kutu yang lain.

Jika kesemua akad-akad ini dilafazkan, hukumnya menjadi harus kerna dengan bermain kutu ini ibarat membantu sesama insan yang lain. Pahala pun akan dapat juga jika ia dilakukan dengan cara yang betul.

Kesimpulannya,

Main kutu sememangnya digalakkan dalam islam kerana dapat membantu antara satu sama lain. Namun mengikut undang-undang negara, ia salah disisi undang-undang. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Jom baca juga cara simpan duit kahwin, hukum makan harta pusaka, cara buka akaun cds dan pelaburan emas.

Rujukan

  1. Hukum Main Kutu Moden. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1673-hukum-main-kutu
  2. Main kutu bukan saja salah dari segi undang-undang tapi. https://www.vanillakismis.my/main-kutu-bukan-saja-salah-dari-segi-undang-undang-tapi-dalam-islam-jatuh-haram-jika/
  3. Apakah hukum bermain duit kutu? Ramai main tapi tak tahu cara sebenar yang dianjurkan dalam islam. https://www.kifarahmedia.com/apakah-hukum-bermain-duit-kutu-ramai-main-tapi-tak-tahu-cara-sebenar-yang-dianjurkan-dalam-islam/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.