Jika dibual mengenai saham, sudah pasti ramai yang terbayang-bayang lelaki berpakaian sut segak yang sedang memantau turun naik harga saham. Tidak semestinya bermain saham ini adalah orang kaya sahaja, ramai yang tak sedar bahawa sesiapa pun layak memulakan saham.

Walaupun mempunyai sedikit wang sahaja, wang tersebut pasti akan bertambah dengan adanya teknik bermain saham yang betul. Kunci untuk membina kewangan yang kukuh adalah mengembangkan wang dengan menyimpan dan melabur wang setiap bulan secara berkala.

Jadi, tak salah untuk anda mula melabur. Berikut adalah 11 cara bermain saham untuk mereka yang baru bermula.

cara main saham
Imej via [liputan6]

1. Memilih Syarikat Broker Atau Bank Pelaburan Pilihan

Cara bermain saham bagi anda yang baru ingin bermula adalah anda harus memilih terlebih dahulu syarikat broker atau bank pelaburan yang menjadi pilihan terbaik.

Antara syarikat pelaburan yang paling terkenal di negara kita adalah Malacca Securities Sdn Bhd, RHB Investment Bank Berhad dan sebagainya. Pilih syarikat yang berpotensi maju, lebih untung dan banyak buat duit.

2. Buka Akaun CDS

Setelah anda memilih syarikat broker atau bank pelaburan yang anda inginkan, anda hendaklah membuka akaun CDS dengan pihak tersebut. Setelah akaun CDS dibuka, anda akan menerima penyata bagi pembelian dan penjualan saham.

Biasanya penyata tersebut akan diemelkan kepada emel yang didaftarkan dengan akaun CDS anda. Biasanya emel tersebut akan diterima pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.

3. Guna Trading Platform

Tahukah anda, cara bermain saham di negara kita amat mudah diuruskan kerana transaksi dibuat secara online menggunakan trading platform. Nama dan kata laluan akan diberikan oleh syarikat broker ataupun pihak bank pelaburan selepas anda membuat akaun CDS.

Selain itu, anda juga akan diberikan seorang pembantu oleh syarikat broker yang telah anda pilih. Mudah sungguh!

4. Pastikan Tidak Menggunakan Duit Hutang Semasa Bermain Saham

Penting sekali, cara bermain saham adalah buat simpanan terlebih dahulu untuk digunakan melabur. Jangan sesekali menggunakan duit dari hasil berhutang untuk bermain saham.

Ia adalah untuk mengelakkan anda daripada terbelenggu dengan bebanan hutang yang banyak kerana keuntungan saham selalunya adalah dalam jangka masa yang panjang. Jadi, seelok-eloknya menggunakan wang daripada lebihan gaji anda sahaja.

cara main saham
Imej via [smartinvest101]

5. Mulakan Dengan Modal Rendah

Pemain saham akan bermain saham dengan modal yang rendah terlebih dahulu. Ini adalah salah satu kunci kejayaan cara bermain saham yang bijak. Bak kata pepatah orang lama, sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.

Ramai pelabur saham mengesyorkan kepada pemain saham yang baru ingin bermula untuk mula melabur dengan modal yang rendah. Ia merupakan cara bermain saham yang selamat.

6. Perlu Menguasai Teknik Ilmu Saham Utama

Tanpa teknik ilmu saham yang utama atau asas, pastinya permainan atau pelaburan saham anda menjadi bermasalah akibat tidak mempunyai ilmu tertentu. Tahukah anda, apakah ilmu saham tersebut? Jika belum, di sini kami ringkaskan sedikit mengenai ilmu saham tersebut.

Ilmu yang kami maksudkan adalah ilmu ‘Fundamental Analysis’ dan Technical Analysis. Ilmu ini amat penting dalam situasi jual beli saham nanti. Ilmu ini juga akan menjawab soalan anda iaitu bilakah waktu sesuai membeli saham dan waktu mahu menjualnya.

Fundamental Analysis ibarat proses suai kenal dengan syarikat yang tersenarai di dalam pasaran saham. Teknikal Analysis pula boleh dikatakan seperti analisa pergerakan harga. Jadi, ilmu ini amat perlu dikuasai oleh anda yang ingin bermain saham.

7. Perlu Pandai Baca Pergerakan Turun Naik Pasaran Saham

Satu lagi cara bermain saham untuk para pemula adalah perlu pandai untuk membaca pergerakan turun naik pasaran saham. Selalunya ia dilampirkan dalam bentuk graf kepada anda. Jadi, jangan ketinggalan untuk mempelajari ilmu bacaan pergerakan graf pasaran saham.

8. Kekalkan Posisi Kedudukan Anda Dalam Jangka Masa Yang Lama

Dengan modal yang kecil untuk para pemula saham, secara amnya kita tahu bahawa pulangannya juga boleh dikatakan amatlah kecil. Namun, cara bermain saham ini biasanya memerlukan “compounding effect”.

Componding effect ini adalah ibarat satu tindakan dimana pulangan pelabur boleh berganda dalam masa yang lama jika mengekalkan posisi tersebut.

Namun apa yang pasti, dengan modal yang kecil pasti memerlukan tempoh yang lama namun hasil pulangannya pasti berbaloi. Cara bermain saham ini juga digunakan oleh Warren Buffet semasa penglibatan awalnya dengan dunia saham.

cara main saham
Imej via [diadona]

9. Perlu Kawal Emosi Ketika Bermain Saham

Kawalan emosi merupakan perkara yang sangat penting bagi anda yang berminat untuk bermain saham. Oleh kerana sifat pasaran saham yang kerap turun dan naik yang tidak boleh diramal, anda perlulah mempunyai ketahanan emosi yang tinggi. Tanpa kawalan emosi yang tinggi, pasti akan menjejaskan cara bermain saham anda.

10. Perlu Ada Matlamat

Apabila menjadi seorang pelabur saham, anda juga harus mempunyai matlamat anda yang tersendiri. Jadi, dalam jual beli saham tidak disyorkan untuk mengikut 100% cara atau pandangan orang lain. Kerana perkara tersebut pasti akan menjejaskan kehidupan kita sekiranya berlaku kerugian akibat tindakan yang mengikut cara orang lain.

11. Perlu Mengetahui Jenis Saham Yang Ada

Sebagai seorang pemula dalam dunia saham, penting untuk kita tahu jenis saham yang ada di Bursa Malaysia. Pastikan saham tersebut adalahdari sumber yang patuh syariah serta bukan dari sumber yang melibatkan riba. Jika anda memilih dari sumber yang tidak patut syariah, ianya pasti akan mendatangkan hasil pulangan wang yang haram kepada anda.

Kesimpulannya, cara bermain saham perlu dipandang serius bagi anda yang baru bermula dalam bidang pelaburan saham. Ingatlah bahawa tanpa ilmu dan cara bermain saham yang betul, pasti ia akan mendatangkan masalah kepada anda.

Jom baca juga cara tuntutan perkeso, harimau malaya dan cara buka akaun KWSP.

Rujukan

  1. Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil https://www.mahersaham.com/trade-saham-guna-modal-kecil/

2. Cara Buka Akaun Main Saham Sendiri di Bursa Malaysia https://pakdi.net/cara-bukak-akaun-main-saham-di-bursa-malaysia/

3. Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil https://aliff.co/cara-bermain-saham-dengan-modal-kecil/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.