Model Penentuan Harga Aset Modal atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, “Capital Asset Pricing Model (CAPM)” merupakan satu model yang menunjukkan hubungan di antara risiko dan pulangan yang dijangka. Model ini digunakan untuk harga sekuriti. Secara umumnya, idea CAPM ini adalah pelabur perlu diberi ganjaran kerana melabur wang tunai mereka dengan dua cara iaitu nilai masa wang dan risiko.

Nilai masa wang diwakili oleh kadar bebas risiko “risk-free (rf)” dalam formula CAPM dan membenarkan pelabur unutk melaburkan wang dalam sebarang bentuk pelaburan dalam satu tempoh masa. Manakala risiko pula mengira jumlah ganjaran yang diperlukan oleh pelabur untuk mengambil risiko tambahan. Ini dikira dengan mengambil ukuran risiko (beta) / “risk measure (rm) yang membandingkan pulangan aset kepada pasaran dalam satu tempoh masa dan kepada pasaran premium (rm – rf).

CAPM atau Model Penentuan Harga Aset Modal menyatakan bahawa pulangan yang dijangkakan untuk sekuriti dan portfolio mestilah sama dengan kadar pada sekuriti bebas risiko (bon Perbendaharaan A.S / U.S. Treasury bond) ditambah dengan risiko premium.

Sekiranya pulangan yang dijangkakan ini tidak menepati atau melebihi pulangan yang diperlukan, pelaburan tersebut tidak boleh dilaksanakan. Kebanyakan pasaran sekuriti memaparkan hasil CAPM untuk semua risiko (beta)  yang berbeza. Dengan menggunakan model CAPM berdasarkan andaian ini, seseorang boleh mengira pulangan yang dijangkakan daripada sesebuah saham. Sebagai contoh andaian tersebut adalah;

Sekiranya kadar bebas risiko (rf) = 3%, dan ukuran risiko (beta / risk measure (rm) saham = 2, dan pulangan pasaran yang dijangkakan untuk satu tempoh masa = 10%, maka pulangan saham yang dijangkakan adalah 17%. Ini berdasarkan pengiraan: [3% + 2(10% – 3%)] = 17%.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.