Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Kenali Hasso Plattner, Usahawan Berjaya Dari Jerman

Hasso Plattner adalah pengasas bersama perisian korporat multinasional, Systems, Applications & Products in Data Processing (SAP AG). Plattner telah…

EkonomiKemas kini terakhir: 6 Februari 2022oleh safwanrazaliDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Hasso Plattner, pengasas bersama SAP AG

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Hasso Plattner
Peranan
Pengasas bersama SAP AG
Dikenali Kerana
Mengasaskan perisian korporat multinasional, SAP AG
Tarikh Lahir
21 Januari 1944 · Berlin
Jawatan di SAP
Pengerusi lembaga penyeliaan SAP sejak 2003
Kerjaya awal
Bekerja untuk IBM dalam sistem perisian sebelum menubuhkan SAP
Syarikat ditubuhkan
Systemanalyse und Programmentwicklung (SAPD) pada Jun 1972
Anugerah
Anugerah Kepimpinan untuk Integrasi Global oleh Magazine
Pengiktirafan
Majalah Time menyenaraikan beliau sebagai individu paling berpengaruh dalam teknologi pada 2001
Filantropi
Sumbangan besar dalam memerangi HIV dan AIDS di Afrika
Institut ditubuhkan
Institut Hasso Plattner di Universiti Postdam dan California pada tahun 1998
Dana modal teroka
Menubuhkan Hasso Plattner Ventures pada tahun 2005

Pencapaian

  • Pengasas bersama SAP AG
  • Menerima Anugerah Kepimpinan untuk Integrasi Global dan dimasukkan ke dalam Hall of Fame
  • Disenaraikan oleh majalah Time sebagai individu paling berpengaruh dalam teknologi (2001)
  • Mengasaskan Institut Hasso Plattner (1998)
  • Menubuhkan Hasso Plattner Ventures (2005)

Hasso Plattner adalah pengasas bersama perisian korporat multinasional, Systems, Applications & Products in Data Processing (SAP AG). Plattner telah berkhidmat sebagai pengerusi lembaga penyeliaan SAP sejak dari tahun 2003 iaitu selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi SAP.

Plattner Dan SAP

Plattner dilahirkan pada 21 Januari 1944 di Berlin. Pada awal 1970-an, beliau bersama-sama dengan Kalus Tschira dan tiga orang lagi jurutera Jerman yang lain, bekerja untuk IBM dalam sistem perisian seluruh perusahaan sebelum mereka diberitahu bahawa divisyen itu akan ditutup. Selepas daripada itu, mereka memutuskan untuk meninggalkan IBM dan memulakan syarikat sendiri.

Pada bulan Jun 1972, mereka menubuhkan syarikat “Systemanalyse und Programmentwicklung” atau dalam bahasa Inggerisnya, “System Analysis and Program Development (SAPD)” sebagai sebuah perkongsian persendirian. Mereka mula membangunkan program-program kerangka utama komputer untuk perakaunan perniagaan dan penggajian, yang mana disimpan di dalam pangkalan data elektronik dalam masa sebenar / “real time”. Oleh sebab itu, terdapat huruf “R” pada setiap perisian SAP.

Kejayaan syarikat muncul pada awal 1990-an dengan perisian versi R3 mereka, yang meletakkan alat pengurusan pada komputer-komputer walaupun untuk syarikat-syarikat kecil. Pada bulan Ogos 1988, SAP menjadi sebuah syarikat awam yang dinamakan SAP AG, telah berdagang di dalam Bursa Saham Jerman. Pada tahun 2014, SAP bertukar daripada AG kepada sebuah syarikat Eropah, (Societas Europaea or SE).

Plattner Selain SAP

Plattner telah lama mempunyai komitmen terhadap usaha-usaha sains dan ekonomi dan telah menerima banyak penghormatan untuk hasil kerja beliau. Sebuah majalah Jerman, Magazine, mengurniakan beliau Anugerah Kepimpinan untuk Integrasi Global, dan juga memasukkan beliau kedalam Hall of Fame. Pada tahun 2001, majalah Time menyenaraikan beliau sebagai individu paling berpengaruh dan penting dalam bidang teknologi.

Plattner juga amat dikenali kerana usaha-usaha kebajikan beliau dan memberikan sumbangan besar dalam memerangi HIV dan AIDS di Afrika. Beliau juga benar-benar berdedikasi dalam pendidikan. Sejak bersara daripada SAP, beliau telah bertindak sebagai penaung dalam bidang penyelidikan teknologi. Pada tahun 1998, Plattner telah mengasaskan Institut Hasso Plattner yang berpusat di Universiti Postdam dan juga di California.

Pada tahun 2005, Plattner telah menubuhkan Hasso Plattner Ventures, sebuah dana modal teroka (venture capital fund), di mana tujuan utama penubuhan tersebut adalah untuk menyokong para usahawan pada masa tersebut dan pada masa akan datang. Sehingga tahun 2009, dana itu mempunyai hampir 20 syarikat dalam portfolio syarikat.

Jemput juga baca artikel tentang:

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.