Tahukah Siapa Gerard J. Arpey ?
Gerard J. Arpey merupakan seorang rakan kongsi untuk Emerald Creek Group LLC, sebuah syarikat ekuiti swasta. Beliau merupakan CEO AMR Corporation dan…

Fakta Ringkas
- Nama Penuh
- Gerard J. Arpey
- Peranan
- Rakan kongsi Emerald Creek Group LLC, bekas CEO AMR Corporation dan American Airlines
- Dikenali Kerana
- Menjadi CEO AMR Corporation dan American Airlines dari 2003 hingga 2011
- Tarikh Lahir
- 1958 · Bandaraya New York
- Pekerjaan Semasa
- Rakan kongsi Emerald Creek Group LLC
- Kelulusan
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (1980) dan Master Pentadbiran Perniagaan (1982) dari Universiti Texas di Austin
- Penyertaan American Airlines
- Menyertai pada tahun 1982 sebagai penganalisis kewangan
- Jawatan Terdahulu di AMR
- Presiden dan ketua pegawai operasi, naib presiden kanan kewangan dan perancangan, ketua pegawai kewangan
- Pengerusi Lembaga Pengarah AMR
- 2004 sehingga 2011
- Kelayakan Penerbangan
- Juruterbang swasta dengan Penilaian Pelbagai Enjin Pesawat FAA (FAA Multi-Engine Instrument Rating) dan pengajar penerbangan yang disahkan
- Keahlian Lembaga Pengarah Lain
- Naib pengerusi SC Johnson & Son Inc., pemegang amanah Dana Beacon Amerika, ahli lembaga pengarah The Home Depot
Pencapaian
- Dilantik sebagai pegawai korporat pada 1989.
- Menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif American Airlines pada 2003.
- Menjadi pengerusi lembaga pengarah AMR dari 2004 sehingga 2011.
- Mengalihkan strategi syarikat kepada bandar-bandar utama seperti Dallas-Fort Worth, Miami, Chicago dan New York.
- Menyertai Emerald Creek Group bersama Larry Kellner pada tahun 2011.
Gerard J. Arpey merupakan seorang rakan kongsi untuk Emerald Creek Group LLC, sebuah syarikat ekuiti swasta. Beliau merupakan CEO AMR Corporation dan American Airlines dari tahun 2003 sehingga tahun 2011 dan merupakan pengerusi lembaga pengarah dari tahun 2004 sehingga tahun 2011. Sebelum menjadi CEO, beliau merupakan presiden dan ketua pegawai operasi, naib presiden kanan kewangan dan perancangan dan ketua pegawai kewangan.
Beliau menyertai American Airlines pada tahun 1982 sebagai seorang penganalisis kewangan dan dinamakan sebagai pegawai korporat pada tahun 1989. Beliau meletakkan jawatan dari AMR Corporation selepas syarikat tersebut membuat pengisytiharan muflis.
Latar Belakang Gerard J. Arpey
Gerard J. Arpey dilahirkan pada tahun 1958 di Bandaraya New York. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1980 dan Master Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1982. Kedua-dua anugerah tersebut adalah daripada Universiti Texas di Austin. Beliau juga merupakan seorang juruterbang swasta dengan Penilaian Pelbagai Enjin Pesawat FAA (FAA Multi-Engine Instrument Rating) dan seorang pengajar penerbangan yang disahkan.
Arpey menyertai American Airlines pada tahun 1982 sebagai penganalisis kewangan, jawatan yang hanya beliau pegang untuk selama satu tahun. Dari tahun 1983 sehingga ke penghujung dekad tersebut, Arpey dinaikkan pangkat sebagai pengarah analisis dan perancangan kewangan. Pada tahun 1990-an, beliau dinaikkan pangkat kepada kepimpinan kanan, di mana beliau bermula sebagai naib presiden analisis dan perancangan kewangan. Pada pertengahan dekad tersebut, beliau dijadikan ketua pegawai kewangan. Pada tahun 2000, beliau mengambil alih tugas sebagai ketua pegawai operasi, dan pada tahun 2003, beliau menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif.
Serangan pengganas pada 11 September 2001 memberikan kesan dramatik dan negatif terhadap industri penerbangan umumnya. Namun begitu, di saat pesaing-pesaing AMR seperti Delta Airlies Inc., Northwest Airlines Corp, US Airways Group Inc., dan UAL Corp menjadi muflis untuk mengurangkan tanggungjawab hutang mereka dan mengurangkan tenaga kerja mereka, Arpey pula enggan berbuat demikian di mana tindakan tersebut meletakkan AMR pada kos kerugian yang dianggarkan bernilai $800 juta setahun.
Sebagai tambahan kepada peristiwa 9/11, AMR juga menderita akibat kesilapan yang berlaku sebelum serangan tersebut. Pada bulan April 2001, Donald Carty, CEO sebelum Arpey telah membelanjakan sejumlah besar wang syarikat untuk membeli Trans World Airlines Inc., sebuah syarikat yang pernah mengungguli industri kewangan yang diasaskan oleh Howard Hughes yang telah jatuh pada waktu kemelesetan.
Pada tahun 2002, Carty telah meminta pekerja untuk menerima potongan gaji dan faedah yang banyak bagi membantu syarikat mengelakkan kebankrapan, namun secara berahsia, beliau telah merancang untuk semua eksekutif utama yang termasuk diri beliau dan Arpey, diberikan bonus yang besar dan pembahagian persaraan. Apabila kesepakatan Carty itu diketahui yang seterusnya membawa kepada pemberontakan oleh kesatuan itu dan perletakan jawatan Carty yang seterusnya menyebabkan Arpey diminta untuk menggalas jawatan teratas itu.
Arpey menjadikan urusan dengan kesatuan dan para pekerja lebih telus dan beliau bekerja keras untuk meningkatkan tahap kepercayaan dan budaya syarikat dalam tempoh selama lapan tahun. Beliau juga mengalihkan strategi syarikat daripada penerbangan domestik dan lapangan terbang yang kecil, dan memberi tumpuan kepada bandar-bandar utama di Amreika seperti Dallas-Fort Worth, Miami dan pasaran-pasaran besar seperti Chicago dan New York.
Keengganan beliau untuk mengisytiharkan syarikat AMR sebagai muflis tidak dipandang dengan baik oleh para penganalisis pasaran saham dan industri. Walaupun beliau sangat dihormati di AMR, namun, ketika kebanyakan kuasa-kuasa di bahagian pasaran berpakat untuk menjatuhkan AMR, akhirnya, syarikat tersebut mengumumkan tentang muflis pada 23 November 2011. Arpey mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk bersara daripada syarikat tersebut.
Selepas meninggalkan Amr, Arpey menyertai bekas CEO Continental Airlines, Larry Kellner, di dana ekuiti swasta, Emerald Creek Group pada tahun 2011. Beliau juga menjadi naib pengerusi lembaga pengarah SC Johnson & Son Inc., pemegang amanah Dana Beacon Amerika dan merupakan seorang ahli lembaga pengarah untuk The Home Depot.
Jemput juga baca artikel tentang:
Rujukan
- Gerard J. Arpey - Investopedia. https://www.investopedia.com/terms/g/gerard-j-arpey.asp
Rujukan
Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.