Seperti belajar untuk menunggang basikal, cara terbaik untuk belajar bagaimana untuk menulis novel adalah dengan belajar menulisnya. Menulis novel biasanya memerlukan komitmen dan ketabahan yang tinggi.

Jom kami kongsikan 15 tips menulis novel untuk mereka yang baru bermula. Wajib anda baca sekiranya benar-benar serius ingin mula menulis novel.

tips menulis novel
Imej via [liputan6]

1. Membangunkan Watak Utama

Membangunkan watak utama adalah merupakan tips menulis novel yang sangat penting bagi seorang pengarang untuk menggambarkan watak novel mereka kelihatan. Berikut adalah beberapa panduan dalam menggambarkan watak utama:

  • Matlamat: Apakah watak anda mahu?
  • Motivasi: Mengapa watak anda mempunyai matlamat ini

Sebaik sahaja anda mempunyai elemen ini, anda boleh mula meneroka aspek lain watak anda.

2. Menetapkan Konteks Penulisan

Kunci utama tips menulis novel di sini adalah konteks. Konteks biasanya akan menetapkan segala-galanya mengenai dari watak, plot, konflik, dan seterusnya.

Jika anda merancang untuk menulis novel di luar konteks pengetahuan anda sendiri, pastikan anda melakukan penyelidikan yang mencukupi. Jika novel anda adalah mengenai sejarah, pastikan anda membuat penyelidikan sejarah sebelum memulakan penulisan.

3. Menulis Dalam Genre Anda

Sekiranya mahu novel anda nampak menarik kepada bakal pembaca, anda perlu terlebih dahulu memahami bagaimana untuk berfikir seperti pembaca.

Terdapat banyak sebab mengapa masa yang dihabiskan untuk membaca adalah berbaloi untuk pengarang yang bercita-cita tinggi. Antaranya:

  • Anda akan mempunyai pemahaman tentang apa yang dimahukan oleh pembaca dan boleh memberi tumpuan kepada mencipta sesuatu yang baru.
  • Anda akan memahami apa yang telah terbukti popular dalam genre yang diterbitkan dan akan tahu apa jenis pembaca yang dijangkakan.
  • Ia menyeronokkan. Jika anda tidak suka membaca buku, mengapa anda mahu menulis mereka?

4. Pilih Sudut Pandangan Buku Anda

Memilih sudut pandangan novel adalah tips menulis novel yang sangat penting dalam memulakan novel anda. Ia juga akan memberi impak yang besar kepada jalan cerita tersebut.

tips menulis novel
Imej via [amazine]

5. Tetapkan Tema Cerita

Menetapkan tema cerita biasanya bukanlah sesuatu yang mudah. Jika anda sedang bergelut untuk mendapatkan idea, jangan risau. Terdapat banyak sumber yang anda boleh dapatkan di luar sana. Sebagai contoh, gunakan plot generator.

Namun, sekiranya anda telah mendapat tema cerita tetapi menghadapi masalah untuk meneruskannya, cuba menulis satu atau dua baris tentang tema novel anda. Dengan adanya mesej disebalik tema tersebut, pasti idea-idea bernas akan datang kepada anda.

6. Pilih Struktur Cerita

Pilih struktur cerita anda merupakan salah satu tips menulis novel yang terbaik perlu anda cuba.

Walaupun kesemua cerita mempunyai permulaan, pertengahan, dan pengakhiran, anda secara drastiknya boleh mengubah bagaimana pembaca menyedari novel anda dengan mengubah struktur jalan cerita anda.

Contoh struktur yang pelbagai, salah satunya adalah mungkin anda boleh buat cerita tersebut sebagai ending di hadapan dan sebagainya.

7. Mewujudkan Konflik Dan Kepentingan

Sebuah novel tanpa konflik adalah ibarat seperti hanya satu laporan yang panjang. Tips menulis novel terbaik adalah dengan mencipta konflik dan kepentingan sesuatu matlamat.

Konflik biasanya akan membuat laluan watak anda untuk mencapai matlamat mereka kepada pembaca. Biasanya konflik ini akan memainkan peranan di dalam jalan cerita sesebuah novel. 

8. Cipta Garis Penulisan

Garis penulisan juga memainkan peranan dan merupakan tips menulis novel yang terbaik untuk pemula. Antara garis penulisan yang boleh dicipta adalah dengan membuat peta minda, sinopsis, rangka karangan dan sebagainya.

Dengan adanya garis penulisan, novel anda pasti akan kemas dari segi penulisan dan menarik. Ia adalah bentuk subtopik yang anda kecilkan supaya lebih banyak idea menarik yang diperoleh.

tips menulis novel
Imej via [kaskus]

9. Cipta Gaya Penulisan Anda Tersendiri

Tidak semua orang yang akan membaca buku anda. Jadi anda harus fikirkan tentang ‘apa yang diperlukan oleh pembaca?’, ‘apa minat mereka?’ dan sebagainya.

Salah satu tips menulis novel untuk menarik pembaca adalah dengan mencipta gaya penulisan anda sendiri. Dengan keunikan gaya penulisan anda, pasti ianya akan menarik lebih ramai pembaca untuk mendapatkan buku anda.

10. Mewujudkan Rutin Bertulis

Kita semua tahu bahawa untuk menjadikan penulisan kita lebih maju adalah dengan sentiasa mewujudkan rutin bertulis. Rutin bertulis adalah salah satu cara untuk mengukur skill penulisan serta merupakan salah satu tips menulis novel yang perlu kita semua buat.

Jadi dengan adanya rutin bertulis, kita akan mengetahui setakat mana kemajuan yang telah kita capai.

11. Buat Keputusan Bagaimana Menulis Novel Anda

Bagi mendapatkan penulisan yang bagus, anda harus membuat keputusan yang jelas mengenai bagaimana cara menulis novel anda. Pastikan anda selesa dengan peralatan penulisan dan ia terbaik buat anda.

Keputusan dalam menulis novel juga merupakan salah satu faktor penentu kualiti penulisan novel anda. Ada penulis yang menggunakan pen dan kertas, komputer dan sebagainya. Yang pasti, wajib ada workstation tersendiri.

12. Menyemak Semula Penulisan

Untuk memastikan anda tidak terperangkap dalam kitaran cerita yang tidak berkesudahan, pastikan anda tidak mengedit segala-galanya sekaligus.

Tips yang terbaik dalam menulis novel adalah dengan menyemak semula cerita anda dengan setiap kali menulis sesuatu bahagian atau topik sesuatu cerita.

Dengan membuat semakan dari bahagian ke bahagian cerita, ia akan menjimatkan masa dan memberikan kualiti yang mantap dalam penulisan. Ia juga dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu semak semuanya sekaligus.

tips menulis novel
Imej via [pelayananpublik]

13. Pertimbangkan Menggunakan Teknik Kata-Kata Kesusasteraan Melayu

Tips menulis novel yang mudah untuk menarik pembaca adalah dengan menggunakan teknik kata-kata kesusasteraan Melayu. Ramai orang akan tertarik hanya dengan adanya teknik tersebut.

Anda boleh menambahkan ayat-ayat tertentu untuk penulisan anda. Nak lagi mantap, anda perlu sering merujuk di Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. Mengupah Editor Profesional

Salah satu bahagian yang paling penting untuk menjadikan novel anda bersedia untuk penerbitan adalah dengan mengupah editor. Ia bukanlah pelaburan yang paling murah, tetapi apabila anda sudah menghabiskan banyak masa dalam menulis novel anda, editor profesional sememangnya diperlukan.

Kos editor profesional akan bergantung kepada jenis penyuntingan yang anda perlukan. Biasanya, mereka akan membantu anda dari segi modal yang anda ada. Jadi, makin mahal bayarannya, makin banyaklah yang akan mereka bantu. 

15. Bekerja Dengan Pembaca Beta

Pembaca Beta adalah seseorang yang membaca manuskrip sebelum ia diterbitkan, dengan tujuan memberikan maklum balas pengarang dari sudut pandangan pembaca.

Biasanya, pembaca Beta adalah rakan, ahli keluarga atau mungkin seseorang yang anda temui melalui komuniti penulisan. Dengan adanya pembaca Beta, ia akan membantu anda untuk memperbaiki kelemahan. Justeru ia merupakan salah satu tips menulis novel yang paling berkesan patut dicuba. 

Bekerja dengan pembaca Beta juga penting kerana semasa proses penulisan boleh jadi terlepas pandang kepada isu-isu tertentu seperti plot, kesinambungan dan sebagainya. Pembaca Beta akan membantu menutup kelemahan penulisan anda sebelum novel anda diterbitkan.

Menjadi penulis novel bukanlah senang. Ia memerlukan masa persediaan dan jadual penulisan yang sistematik. Kuncinya adalah sentiasa menulis dan jangan pernah berhenti.

Jom baca juga Prof Ungku Aziz, Tengku Amir Shah, ikan jerung megalodon dan air teh ais.

Rujukan

  1. How to write a novel in 15 steps https://blog.reedsy.com/how-to-write-a-novel/
  2. 10 tips for writing a novel. https://thinkwritten.com/novel-writing-tips/
  3. Tips menulis novel. http://teratakp3na.blogspot.com/2018/02/tips-menulis-novel.html

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.