Kita selalu dengar calon suami yang bagus adalah seseorang yang boleh membimbing keluarganya ke arah kebaikan. Tidak dinafikan lagi, ciri-ciri ini perlu ada dalam setiap diri lelaki. Tetapi tahukah anda, ada lagi ciri-ciri lain yang bagus jika ada dalam diri seorang lelaki.
Ciri-cirinya adalah pandai menguruskan kewangan diri. Selain kuat beribadah, pandai menguruskan kewangan juga adalah ciri bonus yang ada dalam diri. Begitu untung sekali jika dapat lelaki seperti ini.
Apakah ciri-ciri lelaki yang bagus dalam menguruskan wang?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 ciri lelaki yang bagus dalam menguruskan wang. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.
Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Si dia tak suka bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
Pakai baju bundle pun takde hal. Tak pentingkan jenama je. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.
Kalau kesihatan dia pun dia jaga, hati awak apatah lagi. Cewahhh. Mesti dia jaga baik punya. Daripada duk bakar duit je, baik dia menyimpan duit untuk masa depan korang kan.
Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.
Lepak kedai biasa saja untuk berjimat. Ini tidak, tiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu.
Dia banyak membaca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukan duk baca buku tentang kereta mahal dan motosikal besar je manjang. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.
Dia mempunyai pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada rumah sendiri tu kira bonus dah. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak ada niat nak buat pinjaman peribadi untuk kahwin nanti.
*7 ciri-ciri ini jika ada dalam diri seorang lelaki, memang bagus dan masalah kewangan tidak akan berlaku. Para wanita jika terjumpa ciri-ciri lelaki seperti ini amat bertuah kerana dia akan mengajar kita cara untuk menguruskan wang dengan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.