Anda pernah dengar tentang Robo Advisor? Ia adalah sejenis platform pelaburan secara atas talian yang semakin mendapat tempat dihati para pelabur di Malaysia. Anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang Robo Advisor di Malaysia? Jom kami kongsikan info tentang Robo Advisor Malaysia dan aplikasi yang ada di Malaysia sebagai panduan buat anda.

Apa itu Robo Advisor?

Sumber: Maishince

Seiring dengan perkembangan teknologi, Robo Advisor adalah platform yang memberikan nasihat kewangan dan pengurusan pelaburan secara online. Apa yang menarik, kesemua nasihat kewangan dan pengurusan pelaburan yang anda perolehi adalah datang dari robot dan bukannya manusia. Menarik kan?

Hampir keseluruhan urusan dalam Robo Advisor adalah melibatkan robot termasuklah proses:

  • Pembukaan akaun
  • Penghantaran dokumen
  • Verifikasi dokumen
  • Kemasukkan duit ke akaun
  • Laporan pelaburan
  • Asset allocation
  • Pengeluaran wang

Kesemua urusan yang dinyatakan boleh dilakukan secara online dan diuruskan oleh robot tanpa penglibatan manusia. Secara ringkasnya Robo Advisor adalah platform yang menawarkan nasihat kewangan dan pengurusan pelaburan secara robotic tanpa melibatkan tenaga manusia.

3 jenis aplikasi Robo Advisor yang ada di Malaysia

Sehingga artikel ini ditulis terdapat 3 aplikasi Robo Advisor yang ada di Malaysia iaitu:

  • Stash Away yang mula beroperasi di Malaysia pada November 2018
  • MyTheo yang mula beroperasi di Malaysia pada 1 Julai 2019
  • Wahed Invest yang mula beroperasi di Malaysia pada 30 Oktober 2019

Stash Away dan MyTheo adalah penasihat kewangan dan pengurusan pelaburan yang bersifat konvensional manakala Wahed Invest adalah penasihat kewangan dan pengurusan pelaburan yang berlandaskan islam dan patuh syariah. Maka jika anda seorang yang beragama islam mungkin anda berminat untuk memilih Wahed Invest.

StashAway adalah platform yang beribu pejabat di Singapura dan dilancarkan pada tahun 2016. Ia hanya diperkenalkan di Malaysia pada November 2018 dengan ibu pejabat Malaysia terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Untuk membuka akaun anda perlu membayar deposit dengan minimum sebanyak RM100.

Sumber: Dribbble

Untuk portfolio pelaburan, para pelabur tidak diberikan hak untuk membuat pilhan. StashAway yang terus menyediakan portfolio pelabur untuk pelabur berdasarkan maklumat dan kecenderungan pelaburan kita. Anda tidak berpeluang untuk memilih pelaburan mana yang ingin anda ambil.

MYTHEO pula adalah platform yang diasaskan di Japan pada tahun 2016 dengan nama THEO. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun 2019 dengan nama MYTHEO di bawah syarikat GAX MD yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya. Untuk membuka akaun anda perlu membayar deposit dengan minimum sebanyak RM100.

Terdapat 3 jenis potfolio pelaburan yang ditawarkan oleh MYTHEO iaitu:

  • Growth dengan risiko yang tinggi
  • Income dengan risiko pertengahan
  • Inflation Hedge dengan risiko yang rendah

MYTHEO akan mencadangkan cadangan pelaburan buat pelabur termasuk berapa peratus yang pelabur perlu laburkan dalam ketiga-tiga potfolio berdasarkan maklumat dan kecenderungan pelaburan kita. Ini bermakna kita sebagai pelabur berpeluang untuk melabur dalam ketiga-tiga portfolio dan boleh memilih pelaburan dan membuat perubahan mengikut kehendak masing-masing.

Wahed Invest pula diasaskan di Amerika Syarikat pada tahun 2015 dan telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2019. Cawangan di Malaysia terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Untuk membuka akaun anda perlu membayar deposit dengan minimum sebanyak RM100.

Apa yang menarik, Wahed Investment menawarkan 7 potfolio pelaburan iaitu:

  • Very Aggressive
  • Aggressive
  • Moderately Aggressive
  • Moderate
  • Moderately Conservative
  • Very Conservative
  • Gold

Jika anda memilih gold investment, anda akan melabur dalam pembelian emas. Ianya adalah sangat menarik sekali.

Pengalaman melabur dalam Wahed Invest

Kami tertarik dengan pengalaman yang dikongsikan di lawan web Pakdi.net berkenaan pengalamannya dalam menggunakan platform Wahed Invest. Menurutnya, beliau tertarik untuk melabur dengan Wahed Invest kerana yakin dengan kawal selia yang telah ditetapkan oleh regulators seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Berdasarkan pengalaman beliau:

  • Selesai membuka akaun dalam masa sehari sahaja
  • Modal permulaan cuma RM 100. Boleh tambah ikut kemampuan masing-masing
  • Kemudian anda perlu lakukan risk profile assessment.
  • Semua urusan dilakukan melalui aplikasi Wahed Invest tanpa melibatkan manusia

Nasihat beliau, sebagai pelabur kita perlu faham bahawa profil pelaburan yang lebih agresif lazimnya akan memberikan pulangan yang lebih tinggi namun dalam masa yang sama anda akan menanggung risiko yang tinggi. Jika anda memilih profil yang lebih sederhana dan konservatif, untungnya adalah berbeza jika melabur dengan time frame yang sama.

Menurut beliau, Wahed Invest tidak membeli kaunter saham secara individu sebaliknya membuat pelaburan dalam exchange traded fund (ETF) yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dan ia  dilaburkan dalam unit trust sukuk yang merupakan strategi pelaburan pasif dan bukan aktif.

Apa yang menarik, Robo Advisor mengenakan kos perkhidmatan yang lebih rendah berbanding menggunakan khidmat penasihat kewangan dan pengurusan pelaburan manusia. Namun ada juga kekurangan iaitu memandangkan ia tidak mempunyai sebarang ejen, tidak ada tempat untuk anda rujuk jika ada perkara yang tidak anda fahami atau keliru.

Itulah dia info tentang tentang apa itu Robo Advisor Malaysia beserta 3 Jenis Aplikasi yang ada di Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang belajar saham panduan saham dan jenis pelaburan selamat di Malaysia.

Rujukan:

1. Facebook

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.