Perniagaan makanan merupakan pilihan utama perniagaan bagi generasi Y dan sebelumnya. Dengan berniaga makanan, keuntungan akan lebih mudah dan cepat diterima, dalam erti kata lain, setiap hari pasti ramai yang akan membeli makanan.
Namun tidak lupa juga dengan generasi X kini yang sudah mula berniaga makanan dari rumah atas konsep food delivery. Sebenarnya, perniagaan makanan sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh dan grow dengan lebih cepat lagi.
Cuba lihat, banyak sahaja restoran besar sekarang yang dahulunya bermula hanya berniaga di rumah atau gerai tepi jalan sahaja. Tak susah nak mula bisnes makanan, ikut sahaja cara memulakan perniagaan makanan yang bakal kami kongsikan ini.
Terdapat banyak jenis makanan pilihan untuk anda berniaga. Pilihlah makanan yang anda minat, mudah untuk berniaga dan anda sanggup fokus. Apabila anda suka dan sentiasa fokus, pasti perniagaan makanan ini akan berkembang dengan lebih efektif.
Antara jenis makanan yang boleh dipilih adalah seperti sandwich, pai, kek, muffin, bun, satay, burger, nasi berlauk, nasi berlauk untuk orang pantang dan banyak lagi.
Tentukan jenis makanan yang anda ingin jual adalah langkah pertama bagi cara memulakan perniagaan makanan yang berjaya. Keputusan dan pilihan di tangan anda.
Apabila sudah tahu apa jenis makanan yang ingin dijual, buat kiraan kos untuk perniagaan makanan tersebut. Kiraan kos tersebut termasuklah jumlah modal yang dikeluarkan dan jumlah keuntungan bagi setiap makanan yang dijual.
Selain itu, kos packaging, delivery, sewa tapak dan lain-lain lagi juga perlu diberi perhatian. Buat kiraan secara jelas dan detail.
Perniagaan makanan memerlukan bahan mentah, basah atau kering. Oleh itu, mencari supplier atau pembekal amat penting supaya kita dapat mengira kos bajet dengan tepat sekali.
Cara memulakan perniagaan makanan ini wajib dilakukan supaya ada masa untuk kita fikirkan apakah jenis bahan makanan yang kita perlukan untuk hasilkan produk makanan kita ingin jual.
Jika jual dodol, orang lain pun jual dodol. Jadi, apa sahaja kita jual perlu kita bandingkan harga pasarannya dahulu. Dengan membandingkan harga pasaran dan melihat nilai yang diberikan oleh perniagaan lain, anda boleh mengagak berapa harga yang akan anda jual untuk nilai anda berikan.
Cara memulakan perniagaan makanan adalah anda perlu ambil tahu siapa saingan anda. Siapa yang menjual produk makanan sama seperti anda. Kenal pasti juga apa yang mereka lakukan dan tidak lakukan.
Dengan mengenali hal tersebut, anda akan membaiki dan mencipta sesuatu yang terbaik untuk perniagaan makanan anda. Kenali stregth and weakness (SWOT Analisis) anda untuk baiki proses perniagaan ini dengan lebih baik.
Kalau orang lain jual char kuew teow guna resepi tu, kita boleh cipta resepi yang lain yang lebih sedap lagi. Buatlah research terlebih dahulu untuk cipta sesuatu yang lebih baik dan sedap daripada makanan yang sedia ada di pasaran sekarang.
Dengan resepi baru yang anda cipta, beri kepada sebilangan orang untuk merasainya. Bukan sahaja-sahaja nak bagi, tapi ini adalah proses untuk anda dapatkan feedback atau testimoni.
Dengan menggunakan testimoni terawal ini, anda boleh pasarkannya kepada orang ramai. Testimoni ini akan membantu untuk sasaran pelanggan lebih percaya dengan perniagaan makanan anda.
Sudah ada resepi makanan, cara memulakan perniagaan makanan wajib anda lakukan adalah dengan mencipta brand anda sendiri. Selain itu, tagline dan USP sangat penting bagi membawa perniagaan lebih maju.
USP atau unit selling point adalah kelebihan perniagaan atau produk anda berbanding orang lain. Apa yang anda ada tetapi orang lain tak ada.
Perniagaan makanan tidak sah kalau tak ada tempatnya. Dimana anda akan menjual? Jangan risau, anda sendiri yang akan tentukannya. Sekiranya anda berniaga secara online atau food delivery sahaja, lokasi memasak adalah di rumah anda.
Jika ingin buka kedai makan, cari tempat yang sesuai dan dapatkan lesen perniagaan untuk berniaga di tempat tersebut.
Cara memulakan perniagaan makanan yang paling penting sekali adalah mendapatkan suntikan thypoid dan juga mendaftar perniagaan anda. Daftar SSM secara online sahaja lebih mudah, namun tak salah jika nak ke pejabat SSM untuk mendaftar.
Siapkan rancangan perniagaan walaupun anda tidak berniat nak buat pinjaman. Rancangan perniagaan atau kertas kerja akan digunakan untuk panduan dan rujukan anda sendiri dalam mengembangkan perniagaan ini.
Sangat mudah jika anda merancang dari sekarang. Apakah strategi marketing yang akan anda gunakan untuk membuatkan perniagaan anda dikenali ramai.
Distribution Chanel merupakan medium yang akan anda gunakan untuk gerakkan proses perniagaan anda. Sebagai contoh, makanan yang perlukan penghantaran akan menggunakan khidmat siapa untuk sampai dengan selamat di tangan pelanggan?
Kuasa viral adalah cara memulakan perniagaan makanan yang sangat berkesan. Dengan viralkan perniagaan makanan anda, pasti ramai yang kenal dan akan merasa makanan anda. Untung sangat kan!
Itulah dia 13 cara memulakan perniagaan makanan yang boleh kita semua ikuti. Jom baca juga deco dapur kecil, insta famous Malaysia, Azizul Hasni Awang dan tips menulis novel.