Intermittent fasting atau singkatannya IF adalah cara menguruskan badan yang menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Malah semakin ramai yang tertarik untuk mencuba diet cara intermittent fasting setelah pelakon Lisa Surihani mendedahkan rahsia beliau kekal langsing walau pun sudah bergelar seorang ibu, iaitu dengan melakukan intermittent fasting. Nak tak kalau kami kongsikan cara intermittent fasting jimat duit serta kebaikan dari sudut sains?

Sumber: Lifespan

Apa itu intermittent fasting?

Pastinya anda ingin memahami apakah yang dimaksudkan dengan Intermittent Fasting (IF). Bila dah faham, pastinya anda akan berasa lebih yakin untuk melakukannya. Bukan apa, sebarang jenis diet yang kita amalkan pastinya akan memberikan kesan kepada tubuh-badan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita betul-betul memahami apakah diet yang kita amalkan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesan sampingan yang tidak diingini pada kemudian hari.

 Intermittent fasting boleh digambarkan sebagai berpuasa di mana anda akan mengamalkan kombinasi berpuasa dan diselang-selikan dengan rutin pemakanan anda yang biasa. Seperti puasa dibulan Ramadhan dimana anda akan berpuasa untuk beberapa jam, dan dibenarkan makan dalam tempoh tertentu. Sama sahaja konsepnya. Namun begitu, puasa  intermittent fasting adalah puasa makan sahaja, anda masih boleh minum jika anda memilih untuk melakukan wet fasting.

Jika anda memilih untuk melakukan dry fasting, anda perlu berpuasa daripada makan dan minum selama tempoh anda berpuasa. Berapa lama tempah anda perlu berpuasa? Kami akan terangkan kemudian.

Bagaimanakah cara untuk melakukan intermittent fasting?

Terdapat beberapa cara melakukan intermittent fasting yang boleh anda pilih mengikut kemampuan dan keselesaan anda. Apa yang paling penting ialah jangan memaksa diri. Lakukan setakat yang termampu. Di antara cara untuk melakukan intermittent fasting adalah seperti berikut:

1. Kaedah 16/8

Ini adalah kaedah intermittent fasting yang paling mudah untuk anda lakukan iaitu berpuasa selama 16 jam dan makan selama 8 jam. Nak lagi mudah? Berpuasalah pada waktu malam kerana semasa tidur kita tidak akan berasa lapar. Sedar-sedar dah pagi. Dan cuma perlu tunggu selama beberapa jam sebelum boleh berbuka puasa.

Katakan anda berhenti makan pada pukul 6 petang, pada pukul 10 pagi keesokan paginya anda sudah boleh berbuka puasa dan makan dalam tempoh 6 jam sebelum mula berpuasa semula. Mudah saja kan? Apabila anda sudah biasa dengan kaedah 16/8, anda boleh naikkan tempoh berpuasa sehingga menjadi 20/4. Lagi lama anda berpuasa semakin banyak kalori yang terbakar. Maka lebih cepat anda kurus.

2. Eat-Stop-Eat

Jika anda memilih untuk melakukan intermittent fasting dengan cara ini, anda akan berpuasa selama 24 jam untuk 1-2 hari seminggu. Maksudnya, ada 7 hari dalam seminggu, anda cuma perlu pilih 2 hari untuk berpuasa selama 24 jam. Katakan anda memilih untuk berpuasa pada hari isnin & khamis, maka berpuasalah selama 24 jam pada 2 hari tersebut. Pada hari-hari lain anda boleh makan seperti biasa.

Sumber: Medicalnewstoday

3. Diet 5:2

Kaedah intermittent fasting yang ini adalah sedikit berbeza di mana anda tidak perlu berpuasa sebaliknya perlu mengurangkan jumlah pengambilan makanan. Melalui kaedah ini anda perlu mengurangkan kadar makan sehingga  25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa. Kadar kalori yang perlu diambil ialah 500 kalori sehari untuk perempuan dan 600 kalori sehari sahaja untuk lelaki dalam tempoh dua hari dalam seminggu. Lima hari yang lain anda boleh makan seperti biasa. Mudah?

Apakah kelebihan intermittent fasting dari sudut sains?

Kajian menunjukkan bahawa intermittent fasting sememangnya memberikan pelbagai kesan positif kepada tubuh badan mereka yang mengamalkannya. Di antara kesan positif yang akan anda rasai ialah:

  • Menurunkan berat badan.
  • Anti penuaan. Ini adalah berita gembira untuk anda. Intermittent fasting akan menyebabkan tubuh badan melalui proses autofagi dimana sel tubuh badan akan menjadi muda semula.
  • Mengurangkan risiko kanser. Apabila anda merehatkan perut selama tempoh berpuasa, ia bukan sahaja menguruskan badan anda malah dalam masa yang sama akan mengurangkan risiko kanser.
  • Meningkatkan kesihatan jantung. Penyakit jantung adalah di antara pembunuh utama di seluruh dunia. Oleh itu adalah sangat baik jika anda mampu meningkatkan kesihatan jantung sambil berjaya menguruskan badan. 2 dalam 1.
  • Mengurangkan peratusan lemak dalam badan. Kegemukan biasanya dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan salah satu daripadanya ialah masalah lemak tepu. Dengan mengamalkan intermittent fasting, peratusan lemak tepu dalam tubuh badan akan berkurangan.
  • Mengurangkan selera makan dan mudah rasa kenyang. Intermittent fasting akan membuatkan anda kurang selera makan dan dalam masa yang sama akan membuatkan anda cepat berasa kenyang. Ia adalah berita baik untuk anda, bukan!
  • Mengekalkan struktur otot dalam proses penguraian. Biasanya kita dengar orang gemuk yang kurus secara mendadak akan mengalami masalah kulit menggelebeh. Dengan intermittent fasting, struktur otot anda akan kekal dan tidak mengalami masalah gelebeh.
  • Memperbaiki kandungan gula dalam darah. Intermittent fasting juga akan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah anda.
  • Meningkatkan fungsi kognitif.
Sumber: Yajewishla

Itulah dia info  tentang cara intermittent fasting jimat duit serta kebaikan dari sudut sains yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca khasiat ulam-ulaman dan tis mengurangkan stress

Rujukan:

  1. The rohani

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.