Resume adalah cara untuk anda menarik perhatian majikan dan memberikan anda peluang yang lebih baik untuk menonjol dan dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan yang anda inginkan. Terdapat pelbagai cara menulis resume dan salah satu cara yang mudah ialah dengan menggunakan Microsoft word. Jom kami kongsikan cara buat resume guna Microsoft Word sebagai panduan buat anda.

Sumber: Templatemonster

Kelebihan menulis resume dengan menggunakan Microsoft Word

Dalam banyak-banyak cara untuk menulis resume, Microsoft Word mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya pilihan yang terbaik untuk anda iaitu:

  • Mudah untuk anda  akses dan kemaskini resume dari semasa ke semasa memandangkan kebanyakan komputer dan laptop mempunyai Microsoft Word.
  • Jika anda membuat resume dengan menggunakan Microsoft Word, ia membolehkan anda  menukar format .doc kepada .pdf yang lebih kemas pada bila-bila masa sahaja.
  • Dengan Microsoft Word, anda boleh sembunyikan garisan pada jadual supaya resume anda kelihatan lebih kemas.
  • Dengan Microsoft Word, anda boleh tebalkan (bold) tajuk-tajuk utama.
  • Dengan Microsoft Word, anda boleh gunakan fungsi Poin bernombor (numbered list) atau tanpa nombor (bullet list) sebagai turutan isi agar resume anda lebih kemas.

Struktur resume menggunakan Microsoft Word

Berikut adalah struktur resume menggunakan Microsoft Word yang boleh anda jadikan sebagai panduan. Tiada skema resume yang betul, dan tiada skema yang salah. Berikut adalah struktur resume yang boleh anda sediakan mengikut turutan:

  • Maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi.
  • Pendidikan. Pada ruangan ini anda perlu senaraikan kelayakan anda dengan yang tertinggi pada bahagian atas. Masukkan sekali keputusan peperiksaan penting seperti SPM dan GPA akhir di university.
  • Pengalaman bekerja. Masukkan semua pengalaman bekerja anda dengan meletakkan yang terkini di bahagian paling atas.
  • Jawatan & deskripsi tugas yang ringkas dan padat. Seterusnya masukkan jawatan yang anda pernah sandang beserta deskripsi tugas yang ringkas dan padat.
  • Maklumat gaji. Masukkan juga gaji terkini anda dan gaji yang dipohon.
  • Masukkan kenderaan dan lesen yang dimiliki.
  • Sertakan juga tarikh anda boleh mula bekerja.
  • Akhir sekali masukkan rujukan & nombor telefon.

Terdapat banyak template yang menarik dan elegan yang boleh anda dapati secara online. Anda boleh muat turun template dalam bentuk .doc dan masukkan maklumat anda di dalamnya.

Sumber: Gervee

Tips menulis resume yang mantap dan menarik perhatian majikan

Berikut adalah beberapa tips menulis resume yang mantap dan menarik perhatian majikan yang boleh anda praktiskan agar meningkatkan peluang untuk anda mendapat pekerjaan yang dipohon:

  • Pastikan resume anda tidak melebihi dua mukasurat

Elakkan daripada menulis resume yang terlalu panjang dengan mukasurat yang banyak melebihi dua mukasurat.

  • Reka bentuk resume bersaiz A4

Pilih format saiz A4 bagi memudahkan kerja mencetak resume anda tanpa pelu menukar saisnya.

  • Resume yang kemas

Pastikan resume anda disusun dengan susun atur yang kemas dan tidak berserabut agar mudah bagi majikan untuk membaca resume anda.

  • Tidak mempunyai terlalu banyak warna

Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak warna didalam resume anda. Elakkan juga daripada menggunakan warna yang terang seperti merah. Maksimum warna ialah tiga tona warna yang sama sahaja.

  • Font yang kemas dan terang

Pilih font yang kemas, terang, dan kelihatan profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12.

  • Objektif kerja yang spesifik

Jangan lupa untuk memasukkan objektif kerja yang spesifik dan sesuai dengan jawatan yang anda mohon. Pastikan objektif anda ringkas dan padat.

  • Isikan maklumat yang penting dan berkenaan sahaja

Tidak perlu masukkan maklumat yang tidak berkaitan seperti hobi, makanan kegemaran, dan sebagainya jika ia tidak berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

  • Pencapaian akademik tertinggi di bahagian atas

Semasa mengisi maklumat akademik, pastikan pencapaian akademik yang tertinggi diletakkan di bahagian paling atas.

  • Penggunaan kata kunci yang sesuai

Masukkan kata kunci yang sesuai didalam resume anda. Sebagai contoh, jika anda memohon kerja sebagai seorang pegawai kebajikan, gunakan kata kunci yang berkaitan dengan kebajikan.

  • Isi yang padat dan ringkas

Pastikan resume anda padat dan ringkas, bukannya panjang meleret tanpa isi penting.

  • Penggunaan emel peribadi yang formal
  • Profil foto yang kemas, formal dan nampak profesional
  • Rujukan yang sesuai

Anda boleh letakkan nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah.

  • Maklumat untuk berhubung yang lengkap
  • Pengalaman bekerja mengikut turutan.

Letakkan pekerjaan terkini anda di bahagian paling atas.

  • Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
  • Elakkan berlebih-lebihan dalam menulis
  • Isikan maklumat yang tepat dan benar

Elakkan daripada memasukkan maklumat yang tidak tepat dan tidak benar.

  • Minta gaji yang munasabah

Jangan letakkan gaji yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, pastikan jumlah yang diletakkan adalah munasabah.

  • Tonjolkan kelebihan diri

Tujuan resume ialah untuk menonjolkan kelebihan dan kekuatan anda, oleh itu gunakan peluang ini sebaiknya.

Sumber: Forbes

Itulah dia info  tentang cara buat resume guna Microsoft Word yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang contoh resume cara buat resume dan cara DIY gambar passport.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.