Surat perletakan jawatan penting dalam menunjukkan komitmen dan kerjasama anda dalam sesebuah pekerjaan yang anda berkecimpung selama ini. Tetapi tak ramai yang tahu cara buat surat perletakan jawatan yang betul.

Ayat-ayat yang anda tulis dalam surat perletakan jawatan perlulah sesuai dan selari dengan apa yang anda sampaikan. Bagi memudahkan urusan anda, jom lihat contoh surat perletakan jawatan boleh anda contohi.

Perkara penting yang perlu ada dalam surat perletakan jawatan adalah nama syarikat, alamat syarikat, maklumat diri anda, sebab letak jawatan, kata penghargaan, terima kasih dan lain-lain lagi.

Jom lihat contoh surat perletakan jawatan sekali dengan format yang boleh anda ikuti.

Contoh Surat Perletakan Jawatan #1

contoh surat perletakan jawatan
Imej via [academia]

Antara Ayat Penting Yang Digunakan Adalah:

  • Memaklumkan nama dan alamat yang anda telah berkhidmat: Saya seperti nama dan alamat di atas telah berkhidmat di restoran di bawah seliaan pihak tuanmulai Ogos 2012 sebagai pekerja di bahagian dapur. 
  • Maklumkan perletakan jawatan: Sehubungan dengan ini saya ingin memaklumkan perletakan jawatan saya dari menjadi pekerja di restoran pihak tuan mulai 1 September 2014 atas sebab mendapat tawaran kerja di tempat lain.
  • Beri penghargaan kepada majikan: Segala jasa baik pihak tuan terhadap diri saya selama saya bekerja di restoran pihak tuanamatlah saya hargai dan kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan diatas peletakan jawatan saya iniamatlah saya kesali.

Contoh Surat Perletakan Jawatan #2

contoh surat perletakan jawatan
Imej via [maukerja]

Antara point penting yang digunakan dalam contoh surat perletakan jawatan ini adalah maklumat diri seperti nama, jawatan. Diikuti dengan sebab berhenti kerja, penghargaan, harapan dan ucapan terima kasih.

Dalam contoh surat perletakan jawatan ini, penulis surat memperkenalkan dirinya dengan nama dan jawatan. Kemudian memaklumkan tujuan surat adalah untuk memaklumkan mengenai perletakan jawatan.

Sebab letak jawatan yang dinyatakan dalam surat ini adalah kerana penulis surat sudah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Kemudian beliau menyatakan perasaan sepanjang berkhidmat dengan pihak hotel dan juga memberi penghargaan.

Contoh Surat Perletakan Jawatan #3

contoh surat perletakan jawatan
Imej via [maukerja]

Contoh surat perletakan jawatan di atas adalah kerana ingin menyambung pelajaran di universiti. Pastikan tarikh letak jawatan adalah sama seperti tarikh notis berhenti iaitu sebulan, seminggu atau 24 jam bergantung kepada situasi anda atau pekerjaan anda.

Penghargaan juga diberikan atas tunjuk ajar atau bimbingan yang diberikan selama anda bekerja di syarikat tersebut. Selain itu, anda juga boleh memberi penghargaan kerana mendapat kerjasama ramai dalam menyiapkan projek dan sebagainya.

Surat perletakan jawatan tidak perlulah terlalu panjang. Boleh jadi surat yang pendek asalkan lengkap akan perkara yang ingin anda sampaikan.

Contoh Surat Perletakan Jawatan #4

contoh surat letak jawatan
Imej via [kini]

Contoh surat perletakan jawatan di atas adalah dalam bahasa inggeris. Format dan struktur ayat sama sahaja seperti contoh surat perletakan jawatan dalam bahasa Melayu.

Berikut adalah contoh surat perletakan jawatan dalam tempoh 1 bulan notis. Jangan lupa catatkan tarikh anda letak jawatan supaya tidak menjadi kekeliruan antara anda dan majikan.

Bahasa inggeris kelihatan lebih formal, namun bergantung kepada anda dan syarikat anda untuk menggunakan bahasa mana pun. Bahasa melayu juga boleh digunakan asalkan maksud ayat jelas dan baik.

Contoh Surat Perletakan Jawatan #5

contoh surat perletakan jawatan
Imej via [beritasemasa]

Contoh surat perletakan jawatan di atas adalah berbahasa inggeris yang menyatakan perletakan jawatan dalam tempoh 2 bulan lagi. Namun, beritahu juga tarikh tersebut dengan lengkap.

Kemudian, ceritakan bahawa sebab anda ingin letakkan jawatan dan penghargaan kepada syarikat anda. Majikan akan rasa lebih mudah berunding dengan anda sekiranya surat perletakan jawan ini ditulis dengan lengkap sebaiknya.

Contoh surat perletakan jawatan tersebut menunjukkan 3 atau 4 perenggan atau point yang boleh anda tulis. Cuma tukarkan kepada maklumat nama, alamat, tempat kerja anda dan syarikat, nama majikan, sebab ingin berhenti kerja dan lain-lain lagi maklumat berkaitan.

Tips Tulis Surat Perletakan Jawatan

Sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja pada masa yang anda mahukan, sila rujuk terlebih dahulu kontrak pada surat tawaran masuk kerja. Sekiranya kesilapan berlaku dimana anda tidak dibenarkan berhenti kerja dalam tempoh tertentu, kemungkinan anda perlu membuat sejumlah bayaran kepada syarikat anda.

#1 Kontrak Syarikat

Selain semak kontrak, anda juga perlu memastikan bahagian kerja anda selesai dengan baik dan tidak menyebabkan syarikat kerugian kelak. Adakala syarikat akan meminta untuk anda menunggu sementara mereka mencari pengganti.

Namun, sekiranya tidak menjadi isu kepada syarikat dan majikan anda, tidak mengapa. Pastikan surat perletakan jawatan ditaip dengan keadaan yang baik. Bahasa yang mudah difahami dan lengkap dengan isi suratnya.

#2 Sebab Yang Munasabah

Pastikan anda memberikan sebab berhenti kerja yang munasabah dan boleh diterima semua. Elakkan menulis sebab yang terlalu menyinggung perasaan syarikat atau majikan.

Namun, kejujuran dalam berhenti kerja juga perlu ada supaya syarikat lebih mudah menguruskan hal berkaitan pekerjaan anda.

#3 Penghargaan Buat Syarikat

Jangan lupa ucapkan terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam majikan dan kumpulan anda sepanjang bekerja di sini. Anda juga boleh menyatakan permohonan maaf sepanjang ada salah silap selama bekerja di sini.

#4 Ayat Mudah Difahami

Ayat yang mudah difahami seperti contoh surat perletakan jawatan di atas boleh anda contohi dan ikuti. Tiada masalah sekiranya menggunakan ayat yang pendek, asalkan ia mudah difahami penerima dan membawa maksud yang ingin anda sampaikan.

Itulah dia contoh surat perletakan jawatan boleh anda contohi. Jom baca juga contoh notis berhenti kerja, kisah benar inspirasi, bilik tidur lelaki dan pelamin simple.

Rujukan:

  1. Contoh surat berhenti kerja. https://www.beritasemasa.com.my/contoh-surat-berhenti-kerja-rasmi
  2. Contoh surat berhenti kerja. https://listikel.com/4-contoh-surat-berhenti-kerja/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.