Nak tahu pekerjaan di Malaysia yang popular? Seperti negara-negara di seluruh dunia, Malaysia turut terkesan dengan ancaman pandemik Covid-19 yang bermula dengan serius sejak bulan Mac 2020. Sejak itu, banyak sektor terjejas dan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.

Kini, kita sudah memasuki tahun kedua dalam sama-sama memerangi pandemik ini dengan pelbagai langkah intervensi dan strategi menjadikan Covid-19 sebagai endemik dalam hidup kita.

Sehubungan dengan itu, melalui laporan yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada September 2021 yang menandakan perancangan dan perangkaan buruh di Malaysia bagi penggal tahun ketiga, beberapa objektif pekerjaan dan perburuhan disenaraikan untuk dicapai oleh Malaysia, antaranya:

  • Mereformasi pasaran buruh dengan meningkatkan produktiviti buruh, memberi pampasan pekerja kepada hasil KDNK, dan memperkenalkan gaji pertengah bulanan.
  • Menambah baik kecekapan buruh
  • Mengkaji semula Undang-undang Perburuhan dan Akta berkaitan
  • Meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan pekerjaan supaya menghasilkan buruh yang berkualiti
  • Mengambil lepasan SPM ke aliran TVET
  • Menggalakkan jalinan antara industri dan academia supaya lebih kukuh
  • Memberikan pekerjaan kepada lepasan TVET dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian mereka

Peluang Pekerjaan di Malaysia Mengikut Industri

Berikut ialah pecahan pekerjaan mengikut sektor bagi tahun 2021 mengikut data daripada Kementerian Sumber Manusia:

  1. Perkhidmatan (77.2%)
  2. Pertanian, Perhutanan, Ternakan dan Perikanan (9.7%)
  3. Pembuatan (8.7%)
  4. Pembinaan (5.6%)
  5. Perlombongan dan Perkuarian (1.2%)

Hal ini menjadikan terdapat 15.67 juta tenaga buruh (9.55 juta lelaki dan 6.11 juta perempuan). Manakala hampir 0.71 penduduk Malaysia menganggur dengan 0.42 juta lelaki dan 0.29 juta perempuan. Sementara itu, seramai 0.53 juta penduduk Malaysia sudah bersara dengan 0.35 juta lelaki dan 0.18 juta perempuan.

Imej via iLabur

Seterusnya, artikel ini akan membincangan trend pekerjaan di Malaysia yang popular bagi tahun 2021. Pemilihan pekerjaan ini adalah berdasarkan statistik permohonan dan kapasiti pekerja yang dilaporkan.

Pekerjaan di Malaysia yang popular tahun 2021 ini tidak mengambil kira tahap pendidikan atau jumlah pendapatan. Antara faktor pemilihan pekerjaan di Malayisa tahun 2021 dalam keadaan ekonomi sekarang adalah untuk survival dan tidak boleh memilih demi kelangsungan hidup.

Top 5 Pekerjaan di Malaysia yang Popular

Data daripada Jabatan Statistik Negara melalui Institut Analisis dan Maklumat Pasaran Buruh Malaysia telah menyenaraikan Top 5 pekerjaan yang popular di Malaysia, iaitu:

  1. Operator Mesin dan Perkilangan
  2. Eksekutif Pengiklanan dan Pemasaran
  3. Penasihat Kewangan dan Pelaburan
  4. Kerani pejabat
  5. Ketua Eksekutif dan Pengarah Pengurusan

Selain itu, jawatan pekerjaan yang popular di Malaysia pula telah dikenal pasti seperti yang berikut:

  • Operator pengeluaran
  • Operator mesin
  • Operator mesin berkuasa berat
  • Ketua pemasangan (line leader)
  • Pengurus barisan pemasangan (automated assembly line leader)
Imej via iLabur

Top 10 Industri Pekerjaan di Malaysia

Akhir sekali, berikut dikongsikan senarai 10 teratas industri yang aktif mengambil pekerja pada tahun 2021. Beserta peluang pekerjaan yang dibuka, walaupun keadaan ekonomi yang tidak kukuh. Jadi, 10 industri ini boleh difokuskan oleh mereka yang ingin mencari pekerjaan atau panduan kepada adik-adik yang ingin menyambung pelajaran:

  1. Sektor Pembuatan
  2. Pentadbiran dan Aktiviti Perkhidmatan Sokongan
  3. Aktiviti Perkhidmatan Lain-lain
  4. Pembinaan
  5. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Pentadbiran Awam dan Pertahanan; Keselamatan Sosial
  6. Aktiviti Badan dan Organisasi Luar Wilayah
  7. Perusahaan Runcit dan Gudang; Bengkel Kenderaan Motor dan Motorsikal
  8. Aktiviti Profesional, Saintifik dan Teknikal
  9. Aktiviti Kerja Sosial dan Kesihatan Manusia

Jemput juga baca artikel tentang:

Rujukan

  1. Institut Analisis dan Maklumat Pasaran Buruh Malaysia
  2. Kementerian Sumber Manusia
Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.