Mahkamah boleh mengisytiharkan anda muflis jika anda mempunyai hutang melebihi RM 50,000 dan tidak mampu membayar ansuran melebihi 6 bulan.

Paling tinggi sekali peratus bankrap ialah :

  • Pinjaman sewa beli kenderaan
  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman peribadi

Itu sebabnya anda perlu beli kereta sesuai kemampuan. Beli kereta ikut penyata gaji anda. Jangan beli kereta ikut penyata gaji bos anda. Pinjaman sewa beli kereta paling mudah lulus.

Pinjaman perumahan anda mampu bayar ansuran bulanan tapi selepas itu bank pula lelong rumah anda. Ada kes yang beli rumah undercon lepas itu tak mampu bayar. Rumah tak siap lagi. Apa lah nasib.

Pinjaman peribadi ini paling feveret anak muda. Mahu kahwin saja mesti buat pinjaman peribadi. Mahu modified kereta pun ada buat pinjaman peribadi. Pesen suka berhutang benda bukan-bukan.

muflis anak muda

Imej via Investmentstylist

Antara Penyebab Utama Anak Muda Muflis Ialah :

1. Pengurusan Kewangan Yang Lemah

Beli kereta separuh daripada gaji, terlebih belanja. Kad kredit sampai tiga atau empat. Terlalu terikut dan termakan nasihat kawan suruh berbelanja besar, beli itu beli ini.

2. Gaya Hidup Mewah

Kereta mahu yang import mewah, telefon pintar, pakaian semua ingin yang up-to-date. Bila gaji naik, pendapatan meningkat tapi tak juga dapat menyimpan. Sebab apa? Sebab anda hidup melebihi kemampuan.

3. Kos Perubatan

Kemalangan tidak dijangka, penyakit yang mungkin tiba tanpa kita sedar. Masa itu menyesal pun sudah tak berguna. Sudah la suka hisap vape. Takde takaful insurans pulak tu.

4. Tidak Menyimpan

Tiada langsung simpanan. Tabung kecemasan apalagi. Mulakan menyimpan sekarang!

5. Pelaburan Skim Cepat Kaya

Ramai mahu kaya, mahu cepat kaya. Tapi malas berusaha. Kalau anda kaya terlalu cepat, anda akan jatuh tersungkur, rebah di pintu kemiskinan dengan cepat. Lagi 4 tahun masuk 2020 dan anda masih percaya dengan mitos skim cepat kaya, kasihan. Baik anda berhenti mimpi di siang hari dan berusaha sedaya mungkin.

6. Tiada Ilmu Pengurusan Kewangan

Nak berjaya di dunia kena ada ilmu. Nak berjaya di akhirat pun kena ada ilmu. Ada orang yang berpendapatan besar, gaji RM 3000 ke atas tapi tak mampu menyimpan dan tak ada aset hartanah.

7. Pembiayaan Peribadi

Buat pembiayaan peribadi dengan bank dalam jumlah yang besar. Contohnya, buat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kalau nak kahwin mesti megah dan meriah. Maklumlah, sekali seumur hidup.

Ada yang sanggup buat pembiayaan peribadi sampai RM 50K untuk majlis perkahwinan habis dalam masa sebulan. Tapi, kena tanggung hutang sampai 10 tahun. Buat majlis biasa-biasa bukan dosa pun.

Kesimpulannya, perancangan hari ini akan memberi kesan pada masa depan anda nanti. Jadi, fikir-fikirkan lah.

 

Penulis: Amir Syahir

Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.