Ustaz Auni bin Mohamed dilahirkan pada tanggal 29 Disember 1976 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan seorang guru J-Qaf di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan turut mengajar Al-Quran, Bahasa Arab serta Jawi. Ustaz Auni telah menetap di Pulau Pinang sejak tahun 2017 dan berkelulusan Perundangan Islam dari Univesiti Al Azhar, Mesir (1994-2005).

Telah berkahwin dan dikurniakan sebanyak lima orang cahaya mata. Beliau merupakan seorang pendakwah yang terkenal dengan ilmu eskatologi (ramalan masa hadapan) Islam dan sering memberi ceramah tentang dajjal, teori inspirasi serta Freemanson.

Imej via ecentral

Beliau yang dikurniakan dengan ingatan yang kuat menegaskan bahawa konsep ingatan manusia menyamai computer mapping iaitu hanya pemilik komputer sahaja yang tahu data disimpan di fail mana. Untuk menguatkan ingatan, seseorang itu perlu kerap mengerjakan solat Dhuha dan Tahajud serta mengamalkan bacaan doa antara dua khutbah Jumaat iaitu Surah Yusof ayat 101.

Fakta Menarik Tentang Ustaz Auni

  • Beliau dikurniakan ingatan yang sangat tajam kerana menggunakan kaedah mengingat daripada gurunya sehinggakan boleh menceritakan pelbagai kisah sejarah silam termasuklah sejarah para Nabi, sejarah peperangan, sejarah kitab bible, sejarah freemanson, iluminati dan banyak lagi.
  • Kisah yang beliau sampaikan adalah berasaskan hadis, Al-Quran dan fakta yang mudah difahami ramai
  • Beliau turut digelar sebagai “Ustaz Fotostat” dan “Dr Zakir Naik Malaysia” kerana kebijaksanaan beliau dalam menerangkan serta menyampaikan maklumat sesuatu perkara
  • Mendalami ilmu ketamadunan Islam di Mesir bersama dua orang guru agama
  • Beliau handal dalam menceritakan kisah para Nabi yang berkaitan sejarah atau sirah
  • Sangat meminati ilmu ketamadunan Islam dan melakukan kajian atas kemahuan sendiri.
  • Mula menyampaikan ceramah tentang Tamadun Islam secara berjadual mulai tahun 2004 hingga 2013
  • Sedang menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara

Topik dan Gaya Ceramah

  • Sejak tahun 2004, Ustaz Auni telah mula fokus pada ilmu akhir zaman yang juga dikenali dengan ilmu eskatologi
  • Ilmu eskatologi ini tertumpu kepada kisah Dajjal, Yakjuj-Makjuj, Freemason, Illuminati, isu fitnah serta tsunami akhir zaman
  • Ustaz Auni juga turut membuat analisis filem popular antarabangsa seperti Lord of he Rings dan Titanic berdasarkan perspektif Islam yang berkait dengan symbol serta mesej rahsia
  • Beliau memiliki memori yang sangat baik sehingga digelar sebagai komputer gerak kerana dapat menyampaikan ceramah, fakta serta kisah tanpa membaca skrip atau teks

Tajuk Ceramah Yang Mendapat Perhatian

  • Pembongkaran Siapa Pembina Piramid dan Inilah Teknologi Yang Telah Dilenyapkan oleh Allah
  • “Titanic” Kebetulan @ Dirancang?
  • Freemanson
  • The Da Vinci Code
  • Fitnah Akhir Zaman
  • Kemunculan Dajjal
  • Yakjuj dan Makjuj
  • Daish dan Syiah
  • “Buddha Maitreya Sebenarnya Nabi Muhammad?”

Tajuk Koleksi Buku

  • Konspirasi Babylon – Penjajahan Iluminati Freemanson Ke Atas Dunia
  • Messiah Uthmaniyah – Konspirasi Yahudi, Rothschild & Donme
  • Eskatologi Islam Akhir Zaman
  • Konspirasi Babylon – Legasi Namrud Dalam “New World Order”

Imej via ecentral

Tips Kuat Ingatan

Ustaz Auni turut berkongsi cara menguatkan ingatan antaranya adalah:

  • Solat Tahajud dan Dhuha setiap hari tanpa gagal
  • Mengamalkan bacaan doa antara dua khutbah Jumaat iaitu dengan membaca Surah Yusof ayat 101
  • Hafal dan hadam ilmu yang diperolehi

Strategi Penyampaian Yang Berani

  • Seorang yang agak serius dan kurang bergurau ketika berceramah, namun penyampaiannya mudah difahami – straight to the point
  • Masyarakat menganggap Ustaz Auni seorang penceramah yang kurang menyinggung perasaan orang ramai ketika menyampaikan ceramah

Prinsip Utama Yang Sering Dikaitkan

Teguh pada Tauhid dan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah

  • Sentiasa mengajak umat Islam berpegang pada Iman, menjauhi syirik, khurafat, bidaah serta menekankan pentingnya pemurnian akidah
  • Sering mengkritik aliran pemikiran songsang seperti Freemanson, Syiah dan Liberalisme

Berdakwah Berasaskan Ilmu dan Kitab

  • Sering merujuk kitab lama dan klasik seperti Nihayah fi al-Fitan, Fathul Bari, Muqaddimah Ibn Khaldun dan lain-lain
  • Sangat menekankan tentang sejarah Islam klasik, penggunaan dalil serta teks yang sahih

Gunakan Dunia Moden untuk Dakwah, Tetapi Waspada dengan Isinya

  • Beliau menyeru agar sentiasa berhati – hati terhadap mesej yang tersembunyi sewaktu menggunakan teknologi
  • Contohnya seperti filem Titanic, The Matrix, Lord of The Rings yang memiliki maksud serta agenda tersirat di dalam filem tersebut

Dakwah Tanpa Gurauan Berlebihan

  • Beliau menyampaikan ceramah yang bersifat serius, penuh fakta dan padat agar pendengar insaf serta benar-benar faham dengan apa yang disampaikan
  • Dakwah berunsur jenaka akan mengurangkan keseriusan penyampaian mesej Islam kepada pendengar

Menolak Agenda Globalisasi dan Konspirasi Zionis

  • Beliau tegas untuk mendedahkan agenda sebenar pihak Yahudi Zionis, Dajjal dan Illuminati
  • Ustaz Auni menyarankan agar umat Islam tidak terjebak dengan ekonomi riba, sistem sekular dan mengagungkan pemikiran barat

Amalan Rohani sebagai Asas Kekuatan Ilmu

  • Mengamalkan prinsip ‘Kuatkan hubungan dengan Allah dahulu, kalau nak kuat hafal dan mantap hujah’
  • Bagi Ustaz Auni, punca kekuatan ingatan seseorang adalah dengan mengamalkan solat Tahajjud serta solat Dhuha secara istiqamah

Struktur Analisis Ustaz Auni dalam Tiga Bidang

Analisis Sejarah Dunia dan Islam

  • Ustaz Auni menyusun semula sejarah IslaUstaz Auni menyusun semula sejarah Islam dari zaman Nabi hingga kejatuhan Khalifah Uthmaniyah secara tematik dan kronologi tersendiri
  • Turut membongkar peranan musuh Islam seperti Nasrani Rom, Yahudi Bani Israel, imperialis Barat dan penyebaran ideologi Sekular
  • Menjelaskan peranan tokoh besar serta pengkhianatan dalam umat Islam

Contoh analisis :

  • Kejatuhan Andalusia = bermulanya kemunculan Dajjal moden
  • Mustafa Kamal Ataturk = menjadi boneka Freemanson yang menghancurkan Khalifah Uthmaniyah
  • Perang Dunia = langkah terancang membentuk ‘dunia baru’yang sekular

Simbolisme dalam Budaya Barat dan Dunia Hiburan

  • Ustaz Auni menggunakan ilmu semiotik (kajian simbol) bagi merungkai maksud tersirat dalam logo korporat, filem, muzik serta rekabentuk bangunan moden
  • Mendedahkan unsur Freemason, Dajjal dan Illuminati yang terdapat dalam simbol tersebut

Contoh simbol dan tafsiran:

  • The Eye of Horus / All-Seeing Eye = logo syarikat serta wang dolar menggunakan lambang dajjal
  • The Lord of The Rings = simbolik terhadap dajjal yang mempunyai kuasa untuk mengawal dunia
  • Titanic = memperlihatkan penghinaan terhadap Tuhan, di mana manusia kononnya tidak memerlukan perlindungan Tuhan
  • Binaan pelik = obelisk, patung serta piramid moden yang menggambarkan simbol kuasa gelap dalam peradaban moden

Eskatologi Islam (Ilmu Akhir Zaman)

  • Pendekatan Ustaz Auni adalah berdasarkan hadis sahih terutamanya dalam Sahih Muslim iaitu Sunan Abu Dawud dan Fitan Nuaim bin Hammad
  • Fokus kepada tanda-tanda besar dan kecil kiamat serta kaitannya dengan geopolitik semasa
  • Penekanan terhadap konsep sistem dajjal yang berkembang sebelum dajjal sebenar muncul
  • Isu yang sering dibahaskan:
  • Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal = bersangkutan dengan krisis Timur Tengah serta runtuhnya sistem dunia
  • Yakjuj & Makjuj = bukan makhluk mitos, tetapi sistem global atau kuasa besar yang merosakkan dunia
  • Freemason dan Zionis = dianggap sebagai Dajjal untuk menyebarkan sekularisme dan melemahkan umat Islam
  • Teknologi moden = AI, serta realiti maya, sistem pengenalan wajah semuanya dikaitkan dengan pemantauan akhir zaman

Kesimpulan

Ustaz Auni merupakan insan biasa yang hanya mahu menegakkan kebenaran. Beliau mengakui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan. Malah, Ustaz Auni juga memiliki ilmu ketamadunan Islam yang tinggi serta memiliki fakta ceramah yang luar biasa.

Beliau berkebolehan menghubungkan fakta sejarah, agama serta filem dengan akhir zaman. Fakta ini disampaikan secara mudah tanpa memerlukan teks yang rapi. Sering menyampaikan perspektif yang unik serta turut mencetus perbincangan ilmiah bersama para pengikutnya.

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.