Biodata Hafiz Jantan

Siapa Hafiz Jantan di kalangan rakyat Malaysia ? Beliau merupakan seorang pelari kompetitif Malaysia yang sering bertanding dalam acara larian 100 meter hingga 400 meter. Beliau berjaya mencatat masa terpantas dalam acara 100 meter iaitu 10.18 saat. Malah, turut mencatat rekod junior kebangsaan Malaysia terbaik dalam larian 200 meter iaitu dengan catatan masa 21.01 saat sahaja.

Imej via Facebook

Latar Belakang Hafiz Jantan

Nama sebenar beliau ialah Khairul Hafiz bin Jantan. Beliau telah dilahirkan pada tanggal 22 Julai 1998 di Merlimau, Melaka dan merupakan anak jati Kampung Berangan Enam, Umbai. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussain di Bukit Katil, Melaka. Seterusnya beliau bersekolah di tiga sekolah lain pada peringkat sekolah menengah. Antaranya adalah SMK Bukit Baru, Melaka dan SMK Seri Kota Melaka (sekolah sukan). Seterusnya beliau bersekolah di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar di Johor Bahru.

The Speedy Jantan, The Flying Youth

Beliau juga turut dikenali dengan nama jolokan The Speedy Jantan, The Flying Youth. Nama jolokan ini diberi oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Idris Haron kerana beliau telah berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara 100m semasa Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak. Beliau juga turut menjadi ikon golongan muda dalam bidang sukan olahraga.

Hafiz Jantan juga telah berjaya memecahkan rekod pelari pecut Malaysia iaitu Watson Nyambek setelah 18 tahun Watson memegang rekod tersebut dengan memenangi acara 100 m semasa SUKMA 2016 di Sarawak. Selain itu, kemenangan beliau dalam acara 100 m dalam Sukan SEA 2017 telah menjulang nama beliau sebagai pelari terpantas di Asia Tenggara dengan catatan masa 10.38 saat sekali gus memenangi tempat pertama.

Kejayaan Hafiz Jantan dalam acara 100 meter menempatkan beliau sebagai pelari keempat negara selepas Nazmizan Muhammad, Gunaratnam Rajalingam dan M.Jegathesan.

Imej via malaymail

Kecederaan Bukan Penghalang

Hafiz pernah mengalami kecederaan sebelum ini telah membuatkan prestasinya kian merudum dan kurang mendapat perhatian peminat sukan negara. Namun, beliau telah diberi peluang untuk beraksi di Sukan SEA 2023 dalam acara 4x100m lelaki.

Walau pun hanya berjaya merangkul tempat ketiga, Hafiz tetap merasa bangga dengan kejayaan yang dicapai bersama pasukannya. Kemenangan tempat ketiga ini seakan memberi semangat baru untuk beliau meneruskan program latihan dengan lebih mantap lagi bagi memastikan dirinya sentiasa bersedia dan relevan dalam kem olahraga negara.

Keluarga Pendorong Utama

Kedua ibu bapa Hafiz tidak pernah menghalang minat Hafiz sejak kecil. Malah, mereka sentiasa memberi dorongan dan galakan kepada Hafiz untuk sentiasa memberikan aksi yang terbaik biarpun jaguh pecut negara ini jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga disebabkan jadual Latihan serta pertandingan yang sentiasa padat.

Malah, bapanya yang merupakan seorang pengawal keselamatan sering memberi dorongan dan sanggup mengambil cuti rehat kerana ingin memberi semangat kepada Hafiz. Keluarga ini juga pernah berhari raya bersama Hafiz pada hari raya pertama Sahaja kerana Hafiz terpaksa berlepas ke Poland bagi menyertai Kejohanan Remaja Dunia.

Walaupun Hafiz gagal ke peringkat akhir kejohanan di Poland, namun beliau telah berjaya membawa pulang pingat emas negara dengan catatan 10.36s di Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh, Vietnam yang lalu.

Pencapaian Terbaik :

  • Pingat emas 100m, perak 200m dan perak 4x100m bagi Kejohanan Olahraga Asia 2016
  • Pingat emas 200m bagi Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017
  • Pingat emas 100m bagi Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand 2017
  • Pingat emas 4x100m (39.62s) bagi Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017
  • Pemegang rekod Malaysia bagi 100m (10.18 s) di SUKMA Sarawak 2016
  • Pemegang rekod Malaysia bagi 200m (20.90s) di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017
  • Pemegang rekod Malaysia bagi 4x100m (39.62s) di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017
  • Pingat emas SUKMA Sarawak 2016 bagi 100m
  • Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 4x100m
  • Pingat emas Sukan SEA 2017 bagi 100m (10.38s)

Jemput baca biodata Fadza Anuar dan biodata ustaz Don

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.