Pada tanggal 1 Januari 1971, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dilahirkan di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza (gabungan nama penuh beliau berserta nama bapanya) merupakan seorang penulis, pensyarah, pendakwah dan juga perunding Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik menjadi Mufti Perlis buat kali pertamanya pada 1 November 2006 hingga 30 November 2008 dan dilantik buat kali kedua pada tahun 2015. Dr Maza telah pun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya dan diserikan dengan kehadiran lima orang cahaya mata iaitu Talhah, Intisor, Ibtihal, Dihyah dan Irwa’.
Imej via Facebook
Dr Maza telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agam Al-Irsyad, Seberang Perai. Beliau telah menyambung pengajian di Kolej Islam Klang sebelum meneruskan pengajian di Universiti of Jordan peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah. Seterusnya, Dr Maza telah menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia, PhD Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan lima Ijazah Hadis Bersanad melalui jalur ulama India. Beliau juga dilantik menjadi Fellowship di Oxford Centre for Islamic Studies, Universiti Oxford.
Dr Maza mulakan karier sebagai kolumnis di akhbar Mingguan Malaysia (Mac 2007 hingga sekarang) secara tetap dan aktif sebagai komentar tentang Islam dan isu keagamaan. Beliau turut menjadi kolumbis bagi Sinar Harian. Sejak tahun 2003 beliau telah aktif menulis serta berjaya menghasilkan lebih dari 21 buah buku menerusi pelbagai penerbitan. Dr Maza turut aktif menghasilkan kertas kerja sejak tahun 2004 hingga 2006 berjumlah 44 judul kertas kerja.
Buku hasil penulisan beliau merupakan keprihatinnya terhadap fanatisme terhadap mazhab (aliran fikah), kritikan terhadap pemalsuan hadis, celaan terhadap Syiah dan beberapa praktikal Sufi. Beliau sering merujuk kepada orang-orang tertentu yang mengikut mazhab Salafi seperti Ibnu Taimiyyah (khusus dalam masalah kehidupan manusia dan hak asasi manusia) serta terima idea-idea dari mazhab Salafi.
Selain itu, beliau merupakan seorang professor tetap di Universiti Sains Malaysia ketika masih menjadi Mufti Perlis.
Imej via azhan
Dr Maza pernah dituduh menganut Wahabisme dan tidak menerima Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai ulama besar dan menganggapnya sebagai ulama progresif dan moderat. Beliau juga menganjurkan Islam untuk mengamalkan lebih dari satu mazhab secara bersamaan dalam aliran Islam Sunni, iaitu mazhab Hanbali, Syafi’I, Maliki dan Hanafi.
Beliau adalah seorang yang sangat lantang bersuara, terutamanya dalam isu agama dan politik di Malaysia. Malah, berani mengkritik pelabelan parti non-Muslim tertentu parti Aksi Demokratik (DAP) sebagai kafir harbi dan berupaya mengubah Undang-Undang Pengadilan Syariah tahun 1965 yang mengizinkan hukuman hudud tertentu diterapkan di bahagian tertentu di Malaysia.
Jemput baca biodata Syamsul Debat dan biodata Ustaz Kazim Elias