Dah nak masuk 2019, pasti ada yang nak pindah rumah baharu, Dah nak pindah mesti sediakan bajet untuk pindah rumah baharu. Kebanyakan dari kita hanya memasukkan bajet untuk menyiapkan sebiji rumah.

Kadang-kadang kita lupa bajet selepas rumah siap dibina. Ada yang terpaksa menangguh untuk masuk ke rumah baharu kerana kekurangan wang. Terpaksa mengumpul wang semula supaya dapat berpindah.

bajet untuk pindah rumah

Imej via Pixabay

Senarai Bajet Untuk Pindah Rumah yang Perlu Diberi Perhatian

Perabot dan Perkakasan Elektrik

Jangan habiskan gaji anda untuk membayar semua benda. Sudahlah anda perlu membayar rumah sewa atau bulanan rumah sedia ada yang anda duduk sekarang, belanja pula banyak dihabiskan untuk rumah baharu yang baru siap dibina.

Mungkin setiap bulan misalnya anda boleh bajet untuk membeli lampu dan kipas terlebih dahulu. Anda perlu memastikan ruang mana yang perlu menggunakan lampu mahal dan ruang mana perlu dipasang lampu merah.

Bagi perabot pula, anda tidak perlu membeli sekaligus. Mungkin anda beli yang mana perlu dahulu. Jika yang lama masih boleh digunakan, bawa sahaja ke rumah baharu.

Barang yang wajib dibeli terlebih dahulu seperti peti sejuk, mesin basuh dan tilam.

Upah Untuk Pindah Rumah

Jangan berpindah masuk sehelai sepinggang hanya kerana anda mampu membeli barangan baharu. Anda juga perlu fikir bajet untuk pindah rumah baharu. Jika rumah yang dibina terletak di kampung halaman anda dan anda tinggal jauh di bandar, mungkin kos untuk berpindah tinggi.

Namun anda juga boleh meminta bantuan rakan-rakan untuk mencari lori ditempat kerja yang tidak memerlukan kos tinggi.

Jika anda enggan menyewa menyewa sebuah lori untuk berpindah akan kerana kosnya, anda mungkin perlu mengangkut barangan anda berkali-kali sebelum siap mengangku kesemuanya. Perkara ini mungkin akan terlintas di fikiran orang yang rumah baharunya tidak berapa jauh dari rumah sekarang.

Tetapi anda perlu ingat bahawa kos perjalanan berkali-kali akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan sekali perjalanan dengan lori sewa.

Jangan Lupa Langsaikan Kesemua Bil

Sebelum berpindah ke rumah baharu anda yang baru siap, jangan lupa untuk membayar semua bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, bil ASTRO dan lain-lain lagi. Elakkan dari menyusahkan tuan rumah lama anda.

Kos Luar Jangka

Walaupun anda sendiri yang mengupah kontraktor untuk membina rumah idaman anda, jangan fikir semuanya sempurna. Mungkin ada beberapa perkara yang terlepas pandang.

Hari ini anda berpuas hati mungkin selepas lama tinggal ada benda yang ingin ditukar. Mungkin perabot atau mungkin ada ingin membuat pengubahsuaian. Antara kos yang perlu diambil kira ialah kos pemasangan perabot, membuka ruang dapur atau bilik air dan lain-lain jika diperlukan.

Oleh yang demikian, anda harus membuat perancangan yang baik sebelum berpindah ke rumah baharu. Paling penting kena ada checklist untuk memudahkan urusan anda nanti.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.