Grill rumah adalah salah satu komponen yang penting dalam pembinaan sesebuah rumah. Grill bukan sahaja dipasang untuk tujuan mencantikkan rumah malah dalam masa yang sama ia juga dipasang atas tujuan keselamatan iaitu untuk menghalang kemasukan penceroboh ke dalam rumah dan mengelakkan penghuni rumah terjatuh atau terkeluar dari rumah. Hari ini kami akan kongsikan jenis grill rumah dan cara memilih grill rumah yang terbaik.

Sumber: Recommend

Tips memilih grill rumah yang terbaik

Terdapat pelbagai jenis grill rumah yang ada di pasaran untuk anda pilih. Pastinya anda rambang mata dengan pilihan yang ada. Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk memilih grill rumah yang terbaik buat anda:

  • Bajet. Ia adalah perkara paling penting yang perlu anda ambil kira. Grill yang cantik dan moden biasanya berharga agak mahal berbanding grill biasa dengan design lama. Begitu juga dengan mterialnya, lebih kut dan tahan grill tersebut, makin mahal harganya. Pilihlah grill yang sesuai dengan bajet anda.
  • Reka bentuk. Kemudian pilih reka bentuk grill rumah yang sesuai dengan tema rumah anda. Jika rumah anda berkonsepkan moden, pilihlah gril yang kelihatan moden. Untuk rumah yang lebih bergaya tradisional, ada gril yang lebih tradisional untuk anda.
  • Ketahanan grill. Untuk maklumat anda, grill yang dipasang di bahagian luar rumah akan lebih mudah berkarat memandangkan cuaca di Malaysia yang selalu berhujan dan berpanas. Pilih material grill yang tahan cuaca sepeti besi keluli.
  • Kekuatan grill. Jika anda mahukan grill yang kuat untuk tujuan keselamatan, pilih grill rumah yang lebih kuat seperti besi keluli.
  • Berat grill rumah.  Berat gril juga adalah penting. Untuk pintu masuk utama yang akan dibuka dan ditutup dengan kera, pilihlah grill yang ringan tapi kuat.

Jenis-jenis grill rumah yang ada di Malaysia

Sekarang pastinya anda ingin tahu apakah jenis grill rumah yang boleh anda pilih. Pesanan kami pilihlah jenis grill yang sesuai untuk rumah anda dari segi kecantikan, keselamatan, dan bajet. Berikut adalah jenis gril rumah yang ada di Malaysia:

  • Gril Invisible

Ini adalah jenis grill rumah yang terkini dan menjadi pilihan ramai kontraktor. Rupanya sangat cantik dan moden. Malah dari segi keselamatan, anak kecil tidak dapat memanjat grill jenis ini. Malah binatang kesayangan seperti kucing dan anjing juga tidak boleh memanjat atau naik ke atas grill rumah jenis ini.Ia kelihatan invisible atau lutsinar menjadikannya kelihatan sangat moden.

Ia diperbuat daripada dawai keluli tahan karat yang nipis dan dipasang pada pendakap sama ada secara melintang atau menegak. Seperti namanya, gril ini tidak mudah dilihat terutamanya jika dipandang dari jauh. Ia biasanya dipasang pada balkoni bangunan bertingkat tinggi kerana mudah dipotong dengan pemotong dawai menjadikannya kurang selamat dari diceroboh.

  • Grill besi tuang (cast iron)

Grill jenis ini adalah sangat kuat dan tahan lama. Harganya juga tidak terlalu mahal. Namun ia mempunyai satu kekurangan iaitu sangat mudah berkarat. Jadi anda perlu menjaga grill jenis ini dengan teliti.

Sumber: Impiana
  • Grill kayu

Grill kayu biasanya digunakan di rumah bercirikan tradisional. Ia kelihatan cantik namun tidak begitu berfungsi untuk melindungi rumah anda daripada diceroboh masuk. Ia juga memerlukan penjagaan rapi memandangkan cuaca di Malaysia akan membuatkan kayu mudah rosak dan reput.

Grill kayu biasanya dipilih untuk tujuan estetik kerana ia tidak memberikan sebarang perlindungan. Kayu sukar dijaga terutamanya dalam iklim Malaysia yang panas dan lembap. © Mark Winfrey/ 123RF

  • Grill besi

Grill besi menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang kuat tetapi murah. Ia juga boleh ditempa mengikut design dan rekaan yang dikehendaki. Namun ia mempunyai satu kelemahan iaitu sangat mudah berkarat dan perlu dicat dengan kerap untuk kelihatan kemas dan cantik.

  • Grill keluli lembut

Grill rumah dari keluli lembut biasanya dijual dengan harga yang lebih murah dan mempunyai design yang ringkas. Seperti grill besi, ianya mudah berkarat dan perlu dicat selalu. Untuk mengurangkan kekerapan mengecat, anda boleh gunakan teknik pengecatan kering atau powder coated.

  • Grill keluli

Selain keluli lembut, anda juga boleh memilih gril rumah dari material keluli. Ia adalah grill yang sangat kuat berbanding gril rumah yang lain. Ia juga tahan karat dan tahan hakisan. Harganya juga lebih murah berbanding keluli tahan karat. Apa yang lebih penting, grill jenis ini tidak mudah patah dan tidak mudah dipotong.

  • Grill keluli tahan karat

Grill rumah dari jenis keluli tahan karat tidak akan berkarat dan sangat mudah untuk dibersihkan. Ia juga tahan lasak dan sukar untuk dipotong. Walau bagaimana pun harganya adalah lebih mahal berbanding besi yang lain.

  • Grill besi tempa (wrought iron)

Grill rumah yang seterusnya ialah dril dari besi tempa. Ia menjadi pilihan ramai kerana tahan lama dan mempunyai pelbagai design dan warna. Ia juga sangat kuat dan jika dijaga dengan baik akan tahan lama. Anda tidak perlu mengecat gril jenis ini.

  • Grill aluminium

Jenis grill rumah yang terakhir ingin kami kongsikan ialah grill aluminium. Ia adalah grill yang lembut  dan mudah dipotong maka kurang berfungsi untuk melindungi rumah anda daripada dicerobohi. Namun ia adalah grill rumah yang sangat ringan dan tidak mudah berkarat.

Sumber: Rumahteres.net

Itulah dia info  tentang jenis grill rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pelan rumah terbaik dan tips jimat duduk rumah sewa

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.