Mungkin ramai yang tengah berfikir bila masa sesuai membeli rumah. Ada juga masih menunggu bila untuk membeli rumah.

Sebenarnya tidak ada masa yang paling sesuai untuk membeli rumah. Bak kata seorang blogger hartanah

“SETIAP HARI ADALAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBELI”

Tak kiralah sama ada ekonomi meleset ke atau pun mencanak naik.

masa sesuai membeli rumah

Imej via Pixabay

Kebanyakan masyarakat masih bersikap menunggu rumah dibuat daripada mula membelinya atas alasan kegawatan ekonomi. Sikap berkenaan sukar diubah kerana ramai berpendapat keadaan ekonomi ketika ini yang agak suram. Situasi ini menyebabkan timbul persepsi sekarang bukan masa sesuai untuk membeli hartanah.

Sekarang Masa Sesuai Membeli Rumah

Kepada bakal pembeli rumah pertama,sesuaikah membeli rumah waktu sekarang?

Ramai kata jangan beli,ekonomi teruk.

Harga rumah akan jatuh.

Banyak orang nak jual,bukan beli.

Tunggu dulu,orang beli,baru kita beli.

Rumah sekarang mahal-mahal.

Betul apa yang diperkatakan.Rugi beli sekarang. Tambah-tambah rumah baru.Harga mahal.

Subsale pun sama.Rumah2nd hand.Buruk.Tak ada jaminan.Tapi mahal.

Tapi pernahkan harga rumah jatuh atau turun?

Dulu rata-rata harga rumah kawasan Semenyih untuk Double Storey 20×70 dalam RM180-220 ribu. Tapi sekarang RM400 ribu ke atas. Kalau dapat 380 ribu pun sudah dikira bertuah.

Apartment 750sqft dulu boleh beli dgn harga RM130 ribu. Sekarang rata-rata sudah RM250 ribu dan keatas bergantung kepada kawasan. Lagi ramai yang nak beli di kawasan itu, lagi tinggi harganya. Tidak kira freehold atau leasehold. Namun yang penting sebelum beli mesti ada ilmu.

Ada yang sebelum ini beli RM80 ribu sekarang dah mencecah Rm200 ribu. Ada yang beli RM 300 ribu sekarang sudah sampai Rm 700 ribu. Terutamanya dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Beli Sekarang Tak Perlu Tunggu

Pada waktu inilah orang ramai perlu membeli rumah di projek perumahan tertentu yang dijangka siap dua atau tiga tahun lagi. Ia bermakna jika mereka beli rumah dalam sesuatu projek perumahan, maka sekitar 2019 barulah mereka akan terima kunci untuk mendudukinya.

Harus diingat disebabkan kelembapan ekonomi, pemaju hartanah tidak mampu untuk meletakkan harga yang tinggi bagi sesuatu perumahan. Maka, harga sesuatu rumah itu masih berpatutan. Dan apabila projek perumahan itu siap, maka ekonomi dijangka pulih, sekali gus harga rumah diunjur naik.

Anda tidak perlu menunggu rumah dibina kerana pada waktu ini, banyak projek perumahan dijalankan. Ditambah pula dengan skim atau pelan perumahan anjuran kerajaan seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) serta Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA).

Apa yang dilihat sekarang ramai merungut kononnya projek perumahan tidak cukup. Walhal banyak perumahan dibina termasuk rumah mampu milik yang dijual dengan harga berpatutan.

Survey Kawasan dan Pembiayaan

Kawasan yang akan berlaku pembangunan hartanah aktif bergantung kepada kemudahan infrastruktur dan akses yang baik serta banyak peluang pekerjaan. Semua lokasi kediaman boleh dibeli tetapi perlu membeli dengan harga yang betul. Permintaan meningkat untuk memiliki pangsapuri berharga RM300,000 yang memiliki tiga bilik mempunyai kemudahan infrastruktur. Ada juga lokasi kediaman yang mempunyai harga tinggi. Oleh itu pembeli perlu melihat kepada kemampuan diri untuk membiayai kediaman yang ingin dimiliki.

Jadi, anda sepatutnya merebut kesempatan ini untuk mula merancang pembelian rumah idaman. Pelbagai insentif yang dilihat polisi serata tanpa mengira kaum dilihat adil. Malahan, kesedaran untuk memiliki rumah dalam kalangan generasi muda memacu perkembangan industri itu. Langkah kerajaan untuk meluaskan skim pembiayaan berperingkat bersyarat akan membantu pembeli rumah. Khususnya, mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan kemudahan pinjaman bagi rumah pertama.

Ada sesetengah pihak beranggapan pinjaman perumahan sukar diluluskan bank menyebabkan mereka tidak dapat membeli rumah. Memang sukar, jika anda mempunyai tunggakan hutang yang bertahun tidak diselesaikan sehingga menyebabkan mereka disenaraihitamkan.

Anda perlu menahan diri anda daripada membuat pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman untuk kenderaan, kad kredit dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai banyak hutang kemungkinan besar syarat kelayakan anda bagi pinjaman perumahan tidak dapat diluluskan oleh pihak bank.

Anda harus menjelaskan atau melakukan penstrukturan semula bayaran tunggakan. Seperti hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mengikut kemampuan supaya pinjaman perumahan dapat diluluskan. Langsaikan hutang yang ada dengan secepat yang mungkin. Bila hutang dah tak ada baru hati rasa lega sebab satu beban dah kurang.

Pastikan anda melabur pada hartanah yang harganya berbaloi dengan lokasi kawasan yang anda ingin beli. Ingat anda boleh beli rumah pada bila-bila masa sahaja asalkan beli pada harga yang betul dan berbaloi.

Untung Beli Rumah Sekarang

Sebenarnya kalau anda bijak,anda perlu melawan arus. Beli sekarang, banyak tawaran untuk unit baru. Apabila membeli rumah baru, luar dalam rumah tersebut adalah baru. Daripada cat luaran yang kita nampak, sehinggalah pendawaian dalaman yang kita tak nampak.

Bila semuanya baru, rasa lebih selesa dan yakin bahawa ianya akan tahan lama. Biasa kan kita dengar beli rumah baru, dapat penghawa dingin percuma, dapat kabinet dapur percuma. Dapat itu percuma, dapat ini percuma.

Tak kurang juga ada pemaju yang memberikan rebat atau diskaun untuk pembeli awal. Ada yuran guaman dan duti setem yang ditanggung pemaju. Malah, ada yang menawarkan skim bayaran ansuran 0% menggunakan Easy Payment. Tidak lupa juga diskaun buat pembeli bumiputera.

Ada rumah baru yang tak perlukan deposit pun untuk masuk rumah, semuanya dah termasuk dalam harga rumah dan juga pembiayaan bank. Kalau ada deposit pun, ada pemaju yang minta RM1,000 saja deposit dan selebihnya akan diproses oleh panel bank yang dilantik pemaju

Projek perumahan baru biasanya dibina mengikut citarasa terkini dan mengaplikasi teknologi-teknologi yang terbaru. Dan jika anda ada citarasa sendiri, boleh berbincang dengan pemaju terutamanya rumah yang sedang dalam pembinaan.

Masa Sesuai Membeli Rumah, Beli Rumah Subsale

Anda boleh beli rumah subsale untuk masa sesuai membeli rumah.

Subsale ni ada kelebihannya. Semuanya di bawah market value yang pastinya menguntungkan. Namun ilmu subsale kena tinggi .Jangan sampai anda rugi.

Apa yang menariknya mengenai rumah subsale ini ialah anda boleh merunding harga dengan tuan rumah. Sekiranya anda ternampak atau diberitahu mengenai kecacatan atau kekurangan rumah, catatkan dan gunakan ia sebagai point semasa ingin merunding harga.

Cuba cari rumah subsale yang sudah dilengkapi perabut dan semasa viewing perhatikan kualiti perabut yang penjual sediakan. Pastikan ia masih di dalam keadaan yang boleh diguna. Sekiranya anda berjaya jumpa rumah yang sudah dilengkapi perabut, anda pasti akan jimat banyak.

Selain itu, membeli rumah jelas sebagai salah satu instrumen pelaburan yang terbaik, dan ia susah terkesan oleh sebab luaran. Jadi, mulakan langkah anda untuk melabur seawal mungkin dalam hartanah terutamanya rumah. Jadi ini masa sesuai membeli rumah.

Antara kelebihan membeli rumah ketika muda boleh memanjangkan tempoh pinjaman kepada bank sehingga 35 tahun, sekali gus boleh mengurangkan pembayaran bulanan setiap bulan. Secara tidak langsung, ia mampu menjadi aset kepada pembeli. Yang mana, ia juga mampu mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dijual pada masa akan datang. Sehingga 50 peratus dalam tempoh lima tahun, bergantung kepada lokasi.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.