Modal adalah satu istilah yang merujuk kepada aset kewangan seperti dana yang disimpan dalam akaun deposit dan/atau dana yang diperoleh daripada sumber pembiayaan khas. Modal juga boleh dikaitkan dengan aset modal syarikat yang memerlukan satu jumlah modal yang besar untuk membiayai dan mengembangkannya.

Modal boleh dipegang dalam aset kewangan atau diperolehi daripada hutang atau pembiayaan ekuiti. Kebiasaannya, perniagaan menumpukan kepada tiga jenis modal perniagaan iaitu modal kerja, modal ekuiti dan modal hutang. Secara umumnya, modal perniagaan adalah bahagian utama dalam menjalankan perniagaan dan membiayai modal aset intensif.

Aset modal adalah aset perniagaan yang terdapat pada bahagian semasa atau jangka panjang dalam kunci kira-kira atau lejar perakaunan (balance sheet). Antara aset-aset modal termasuklah tunai, barang yang setara tunai, dan sekuriti yang boleh dipasarkan serta kelengkapan dan kemudahan pengeluaran, dan kemudahan penyimpanan.

Cara Memahami Modal

Dari perspektif ekonomi modal kewangan, modal merupakan bahagian penting dalam menjalankan perniagaan dan mengembangkan ekonomi. Sesebuah syarikat mempunyai struktur modal yang merangkumi modal hutang, modal ekuiti dan modal kerja untuk perbelanjaan harian. Individu memegang aset modal dan modal sebagai sebahagian daripada pendapatan bersih mereka. Cara dan kaedah individu atau syarikat membiayai modal kerja mereka dan melabur modal yang diperolehi adalah penting dalam pertumbuhan dan pulangan pelaburan.

Selain itu, modal biasanya aset tunai atau cair yang dimiliki atau diperolehi untuk perbelanjaan. Dalam kewangan ekonomi, istilah ini boleh diperluaskan untuk memasukkan aset modal syarikat. Secara umumnya, modal boleh menjadi kayu ukur kekayaan dan juga sumber yang disediakan untuk meningkatkan kekayaan melalui pelaburan lansung atau pelaburan modal projek.

Di samping itu, modal juga digunakan untuk menyediakan pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berterusan untuk menghasilkan keuntungan. Sesebuah syarikat menggunakan modal untuk melabur dalam pelbagai jenis perkara unutk tujuan mewujudkan nilai untuk syarikat. Perbelanjaan untuk buruh dan bangunan boleh menjadi perkara di mana modal sering diperuntukkan. Dengan melabur melalui penggunaan modal, perniagaan atau individu mengarahkan wang mereka ke arah pelaburan yang mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada kos modal mereka.

Tambahan lagi, definisi ekonomi modal kewangan boleh dianalisis oleh para ahli ekonomi untuk memahami bagaimana modal dalam ekonomi mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Ahli ekonomi merujuk beberapa metrik modal termasuk pendapatan peribadi dan penggunaan peribadi berdasarkan laporan daripada Jabatan Perdagangan Pendapatan dan Hasil Persendirian serta pelaburan yang tedapat dalam laporan suku tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kebiasaannya, modal perniagaan dan modal kewangan dilihat daripada perspektif struktur modal syarikat. Di Amerika Syarikat, bank-bank dikehendaki memegang satu jumlah modal tertentu sebagai keperluan mengurangkan risiko seperti yang diarahkan oleh bank pusat dan undang-undang perbankan. Perkara ini juga kadang-kadang dirujuk sebagai modal ekonomi. Syarikat-syarikat swasta lain mempunyai tanggungjawab untuk menilai permulaan modal mereka sendiri, aset modal dan keperluan modal untuk pelaburan korporat. Kebanyakan analisis modal kewangan untuk perniagaan dilakukan dengan menganalisis kunci kira-kira atau lejar perakaunan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.