Pengkompaunan, perkataan yang diterjemahkan secara terus daripada istilah bahasa Inggeris, “compounding”, membawa maksud keupayaan aset untuk menghasilkan pendapatan, yang mana kemudiannya akan dilaburkan semula untuk menghasilkan pendapatannya sendiri. Dalam kata lain, pengkompaunan merujuk kepada proses penghasilan pendapatan daripada pendapatan sebelumnya. Pengkompaunan juga dikenali sebagai faedah kompaun, (compound interest).

Katakan anda melabur sebanyak RM10,000 di sebuah syarikat. Pada tahun pertama, saham tersebut meningkat sebanyak 20%. Ini bermakna saham tersebut sudah bernilai RM12,000. Pada tahun kedua pula, saham tersebut mengalami peningkatan sebanyak 20% lagi, maka nilai saham anda RM12,000 sudah menjadi RM14,400.

Keuntungan yang sepatutnya saham anda terima adalah sebanyak RM2000 untuk 20% seperti yang diperolehi pada tahun pertama, namun sebaliknya saham tersebut memperoleh keuntungan lebihan sebanyak RM400 oleh kerana RM2000 yang anda perolehi pada tahun pertama turut meningkat sebanyak 20%.

Sekiranya anda meramalkan atau cuba melakukan perkiraan terhadap proses tersebut, jumlah tersebut akan menjadi semakin besar oleh kerana keuntungan yang telah anda perolehi membawa pulangannya sendiri. Bahkan, RM10,000 yang anda laburkan dengan 20% pendapatan tahunan tersebut untuk tempoh selama 25 tahun boleh meningkat kepada RM1,000,000 tanpa anda perlu untuk melaburkan wang lain. Albert Einstein dikhabarkan telah melabelkan pengkompaunan sebagai keajaiban dunia kelapan.

Jemput juga bacaa artikel:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.