“Alpha” merupakan huruf pertama di dalam perkataan Greek boleh didefinisikan kepada dua perkara. Yang pertama “alpha” merupakan ukuran prestasi berdasarkan dasar risiko yang disesuaikan atau “risk-adjusted basis”Alpha mengambil kemeruapan pada risiko harga dana bersama dan membandingkan prestasi dengan risiko yang disesuaikan menggunakan indeks penanda aras. Pulangan lebihan dana berbanding pulangan indeks penanda aras merupakan dana alpha.

Selain itu, alpha juga boleh didefinisikan sebagai kadar pulangan yang tidak normal ke atas sekuriti atau portfolio yang melebihi apa yang telah diramalkan oleh Model Penentuan Harga Aset Modal atau Capital Asset Pricing Model (CAPM).

Memahami Alpha

Berdasarkan definisi alpha yang pertama, alpha merupakan salah satu daripada lima langkah risiko teknikal yang digunakan dalam teori portfolio moden atau Modern Portfolio Theory (MPT) di mana yang lain merupakan beta, sisihan piawai (standard deviation), nisbah R-kuasa dua (R-squared), dan Sharpe. Petunjuk-petunjuk ini membantu para pelabur menentukan profil risiko dan ganjaran untuk dana bersama.

Secara ringkasnya, alpha sering dianggap mewakili nilai yang mana pengurus portfolio akan menambah atau menolak daripada pulangan dana. Alpha positif 1.0 menunjukkan dana telah mengatasi indeks penanda aras sebanyak 1%. Manakala alpha negatif 1.0 akan menunjukkan prestasi kurang daripada 1%.

Di samping itu, berdasarkan definisi kedua alpha, sekiranya analisa CAPM menganggarkan bahawa portfolio sepatutnya mendapat pulangan sebanyak 10% berdasarkan risiko portfolio itu tetapi portfolio itu sebaliknya membawa 15% pulangan, maka portfolio alpha adalah 5%. Dan 5% itu merupakan lebihan pulangan yang melebihi ramalan CAPM.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.