Istilah “call” yang bermaksud panggil dalam terjemahan bahasa Melayu merujuk kepada beli di dalam ekonomi. Ia merupakan tempoh masa di antara pembukaan dan penutupan beberapa pasaran masa hadapan di mana harga ditentukan melalui proses lelongan. Selain itu, “call” juga merupakan satu kontrak opsyen yang memberikan pemilik hak, tetapi bukannya kewajipan, untuk membeli (“call away”) suatu jumlah “underlying security”** yang telah ditentukan pada harga yang telah ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

** “underlying security” merupakan sekuriti yang mesti dikeluarkan sekiranya opsyen jual atau opsyen beli dilaksanakan.

Pada sesetengah bursa saham, tempoh beli (call) adalah masa yang penting untuk menyesuaikan dan melaksanakan jumlah pesanan yang banyak sebelum pembukaan dan penutupan pasaran. Selain itu, beli (call) menjadi lebih bernilai apabila harga aset iaitu stok atau saham meningkat.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.