Faedah terakru atau sebutan bahasa Inggerisnya, “accrued interest” boleh didefinisikan kepada dua definisi. Pertamanya, faedah terakru merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan kaedah perakaunan akruan apabila faedah daripada pemiutang atupun penghutang telah diiktiraf tetapi belum lagi dibayar atau diterima. Faedah terakru berlaku disebabkan oleh perbezaan tempoh masa aliran tunai dan pengukuran aliran tunai tersebut.

Yang kedua, faedah terakru merupakan kepentingan yang telah terkumpul pada sesuatu bon semenjak pembayaran faedah terakhir sehingga kepada tarikh penyelesaian tetapi tidak melibatkan tarikh penyelesaian.

Memahami Faedah Terakru

Oleh kerana faedah terakru mempunyai dua definisi, maka terdapat dua penerangan bagi memahami apa itu faedah terakru dengan lebih jelas dan tepat. Pertamanya, faedah terakru penghutang terjadi apabila faedah  ke atas penghutang tertunggak yang diperolehi oleh syarikat namun masih belum menerimanya lagi.

Pinjaman yang diberikan kepada pelanggan untuk barangan yang dijual akan mewujudkan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman. Sekiranya pinjaman dilanjutkan kepada 1 Oktober dan tempoh pinjaman syarikat berakhir pada 31 Disember, maka akan terdapat dua bulan faedah terakru yang direkodkan sebagai hasil faedah dalam penyata kewangan syarikat pada tahun tersebut.

Yang keduanya pula, apa yang dimaksudkan dengan kepentingan yang telah terkumpul pada sesuatu bon adalah faedah terakru ditambah kepada harga kontrak urus niaga bon, menunjukkan faedah yang diperolehi sejak pembayaran kupon terakhir.

Oleh kerana bon belum matang atau pembayaran berikutnya belum melebihi tempoh, pemilik bon tersebut belum menerima wang secara rasmi. Maka dengan itu, apabila bon berkenaan dijual, faedah terakru akan ditambah ke dalam harga jualan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.