Hukum keseimbangan pengguna atau dalam bahasa Inggerisnya, “law of diminishing marginal utility” merupakan satu hukum ekonomi yang menunjukkan bahawa di mana seseorang meningkatkan penggunaan sesuatu produk sambil mengekalkan penggunaan produk-produk lain yang tetap, terdapat penurunan utiliti marginal yang diperoleh oleh individu tersebut daripada menggunakan setiap unit tambahan produk tersebut.

Inilah kaedah bagaimana restoran gaya bufet beroperasi. Mereka menarik pelanggan dengan “semua anda boleh makan” dengan mengetahui dengan baik bahawa setiap makanan tambahan menyediakan utiliti yang kurang berbanding daripada yang sebelumnya. Di sebalik umpan itu, kebanyakan individu akan makan hanya sehinga utiliti yang mereka perolehi daripada makanan tambahan sedikit lebih rendah daripada utiliti asal.

Sebagai contoh, anda pergi ke sebuah bufet, dan hidangan pertama yang anda makan adalah sangat baik. Pada skala persepuluh, anda memberinya skala 10.

Sekarang, kelaparan anda agak telah dihilangkan, namun anda mendapat satu lagi hidangan penuh. Oleh kerana anda tidak selapar awal-awal tadi, kadar keseronokan adalah pada tahap 7 untuk tahap terbaik.

Kebanyakan individu akan berhenti makan sebelum utiliti mereka turun lebih banyak, namun katakan anda kembali untuk makan hidangan penuh ketiga dan utiliti anda turun kepada 3. Sekiranya anda terus makan, anda akhirnya akan sampai kepada satu tahap di mana makan membuatkan anda sakit, memberikan ketidakpuas hati dan tiada utiliti (disutiliy).

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.