“Behavioral finance” atau dalam bahasa Melayunya adalah ekonomi tingkah laku merupakan satu bidang atau cabang kewangan yang mencadangkan teori-teori berasaskan psikologi untuk menerangkan kelainan dalam pasaran saham. Di dalam ekonomi tingkah laku, struktur maklumat dan ciri-ciri peserta pelaburan secara sistematik mempengaruhi keputusan pelaburan individu serta hasil pasaran.

Terdapat banyak kajian yang telah mendokumenkan fenomena sejarah jangka panjang dalam pasaran-pasaran sekuriti yang bercanggah dengan hipotesis pasaran yang cekap / Efficient Market Hypothesis (EMH)” dan tidak boleh dirumuskan secara logik di dalam model-model yang berdasarkan kepada rasionaliti sempurna para pelabur. Justeru, ekonomi tingkah laku cuba mengisi kekosongan itu.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.