Nisbah semasa yang juga dikenali sebagai nisbah kecairan, nisbah aset tunai atau nisbah tunai. Nisbah semasa merupakan nisbah kecairan yang mengukur keupayaan sesebuah syarikat untuk membayar kewajipan-kewajipan kewangan jangka pendek. Nisbah semasa dikira dengan membahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa.

Fungsi utama nisbah semasa adalah untuk menentukan keupayaan sesebuah syarikat untuk membayar semula liabiliti-liabiliti jangka pendek iaitu hutang dan pemiutang dengan aset-aset jangka pendek seperti tunai, inventori dan penghutang. Untuk itu, semakin tinggi nisbah semasa, semakin baik keupayaan sesebuah syarikat untuk membayar kewajipan-kewajipan kewangannya.

Sementara itu, nisbah yang bawah daripada 1 pula menunjukkan bahawa sesebuah syarikat itu berkemungkinan tidak dapat membayar kewajipan kewangannya sebelum tarikh tamat tempoh. Namun demikian, walaupun nisbah ini mungkin menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak berada dalam keadaan kewangan yang baik, ianya tidak bermaksud yang syarikat tersebut akan muflis. Ini kerana terdapat banyak cara untuk membiayai kewangan. Namun, ianya jelas sekali bukan satu petanda yang baik.

Selain itu, nisbah semasa juga dapat memberi gambaran kecekapan kitaran operasi sesebuah syarikat atau keupayaan sesebuah syarikat untuk menukarkan produk-produknya kepada tunai. Syarikat-syarikat yang menghadapi masalah dalam mengutip hutang-hutang mereka ataupun mempunyai perolehan inventori yang panjang, boleh menghadapi masalah kecairan ini.

Oleh kerana perniagaan berbeza mengikut industri, ianya adalah lebih baik untuk menggunakan nisbah ini untuk membandingkan syarikat-syarikat dalam industri yang sama. Nisbah ini sama dengan nisbah ujian asid, cuma nisbah ujian asid tidak menganggap inventori dan prabayar sebagai aset cair.

Di samping itu, komponen-komponen nisbah semasa iaitu aset semasa dan liabiliti semasa boleh digunakan untuk memperoleh modal kerja. Modal kerja diperoleh melalui perbezaan di antara aset semasa dan liabiliti semasa. Selain itu, modal kerja sering digunakan untuk mengira nisbah modal kerja, yang mana dirujuk sebagai nisbah jualan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.