Mungkin ada yang tidak mengenali pelukis terkenal dan tersohor di Malaysia dan pernah memenangi Anugerah Seniman Negara pada tahun 1955. Beliau merupakan seorang pelukis yang serba boleh yang sememangnya sedari kecil bercita – cita untuk menjadi seorang pelukis. Siapa menyangka cita – citanya itu menjadi kenyataan sehinggakan beliau diangkat menjadi pelukis negara.
Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Syed Ahmad Jamal. Beliau dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Telah berkahwin dengan pasangannya iaitu Datin Hamidah Mohd Noor dan dikurniakan dengan dua orang anak lelaki.
Imej via theartspore
Datuk Syed Ahmad Jamal mendapat pendidikan di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan Sekolah Tambatan Tinggi pada tahung 1939. Kemudian bersekolah di Ngee Heng English School pada tahun 1940. Seterusnya Datuk Syed Ahmad Jamal melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga tahun 1949.
Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Birmingham School of Architecture pada tahun 1950 dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim. Setelah tamat pengajian di Birmingham, beliau telah mengikuti pengajian seni di Chelsea School of Art, London (1951 hingga 1955).
Beliau telah menerima biasiswa United States Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1963. Beliau juga mendapat biasiswa dari East-West Centre bagi menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di University of Hawaii pada tahun 1973.
Seorang yang berkebolehan dalam banyak bidang. Selain menjadi pelukis, beliau juga menulis, memimpin dan mentadbir persatuan tanpa gagal dan dilakukan dengan begitu cemerlang. Ketika di awal usia 20-an (tahun 1950-an), beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis di Johor Bahru. Bermula dari kemenangan inilah, beliau mula dikenali ramai.
Beliau menyambung pengajian di Chelsea School of Art pad atahun 1951. Seterusnya melanjutkan pengajian di University of London’s Institute of Education pada tahun 1955.
Pada mulanya Datuk Syed Ahmad Jamal menjadi guru di High School Batu Pahat, Johor. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Sebelum kembali mengajar di Maktab Perguruan Harian (1960), beliau menjadi pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirby, United Kingdom (1958-1959).
Beliau juga pernah mengetuai Wednesday Art Group dan Art Council Malaysia pada awal tahun 1960 an.
Beliau kemudiannya telah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras pada tahun 1961hingga 1963. Pernah dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas sehingga 1972 dan seterusnya berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
Imej via senishukri
Selepas menyambung pengajian di peringkat Sarjana, beliau telah kembali berbakti pada tanahair tercinta. Beliau menjadi pensyarah tamu di Universiti Malaya dari tahun 1975 sehingga tahun1979.
Datuk Syed Ahmad Jamal juga turut dilantik menjadi Pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (1979 – 1982). Beliau adalah individu yang mengasaskan penubuhan Muzium Seni Asia di Universiti Malaya.
Tugas rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983 hingga 1991. Ia merupakan merupakan peranan penting dalam perkembangan serta pembangunan Balai Seni Lukis Negara.
Beliau telah diberi kepercayaan dan penghormatan menjadi Ahli Lembaga Pengarah, Penasihat dan Pengerusi kepada pertubuhan dan agensi kerajaan yang berkaitan bidang seni visual. Buku bertajuk ‘Rupa dan Jiwa’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka turut dihasilkan ketika menjadi penulis tamu serta penyelidik di DBP pada tahun 1991 – 1992 yang menekankan unsur-unsur kesenian serta nilai dan kebudayaan Melayu.
Beliau berkebolehan melukis menggunakan pemikiran ilmu serta pengalaman berasaskan falsafah dan nilai-nilai Melayu. Turut terbabit dalam membuat ‘Dasar dan Pemikiran’ bagi program serta pentadbiran kepada masyarakat umum.
Karya berjudul ‘Mandi Laut’ pada tahun 1957 merupakan titik permulaan menempuh sejarah yang gemilang dalam bidang seni lukis. Manakala karya Bather by The Sea dan Duel in The Snow telah berjaya dihasilkan pada tahun 1957. Karya yang dihasilkan merupakan ekspresionisme abstrak oleh anak melayu berlatar belakang perkampungan Melayu hasil lenturan berus pengaruh barat.
Datuk Syed Ahmad Jamal sekali lagi berkarya gaya ekspresionis abstrak menggunakan idiom abstrak berasaskan gerak isyarat dan emotif. Melalui karya “Umpan” (The Bait), yang dihasilkan pada tahun 1959, beliau telah dianggap sebagai pelukis pertama teroka “Catan Non Objektif”. Karya “Chairil Anwar”(1958) merupakan karya seni lukis menggunakan minyak atas kanvas dengan tulisan jawi telah dihasilkan oleh beliau.
Beliau turut menghasilkan beberapa karya abstrak ekspresionistik yang menampilkan imej abstrak seperti ‘Starry Night’ (1961), ‘Relationship’ (1964), ‘Lost’ (1965) ‘19.9.65’(1965). Karya – karya ini memperlihatkan ledakan tenaga abstrak ekspressionistik memberi impak visual yang mempersonakan.
Pada tahun 1970an, beliau telah menghasilkan beberapa karya kreatif yang memperlihatkan transformasi dalam kebebasan berkarya. Antara karya yang dihasilkan adalah seperti ‘Conference of Soul’ (1970) hasil puisi ‘Sidang Roh’ karya penyair Kassim Ahmad. Beliau yang sentiasa menghasilkan karya seninya telah melakar siri ‘Gunung Ledang’ yang telah memuncakkan nama dalam penghasilan karya-karya besar kepada khazanah negara seperti dalam ‘Semangat Ledang’.
Sekitar tahun 1980an pula, Datuk Syed Ahmad Jamal telah melahirkan ‘Siri Songket’’ hasil imej seni kraftangan anyaman tikar mengkuang dan terciptalah ‘Energy Mat’ (1980), Terengganu (1986) dan ‘Siri Gunung Ledang’ (1987) yang memaparkan keunikan serta kecantikan tenunan tekstil Melayu tradisi yang diwarisi turun temurun.
Selain dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada tahun 1995, Datuk Syed Ahmad Jamal turut menerima pelbagai anugerah dan dianugerahkan sebagai Seniman Negara. Anugerah yang pernah diterima adalah seperti berikut :
Datuk Syed Ahmad Jamal telah meninggal dunia pada 30 Julai 2011 di usia 82 tahun dan meninggalkan seorang isteri Datin Hamidah Mohd Noor serta dua orang anak lelaki.
Jemput baca biodata Abdullah Ariff dan biodata Dato Seri Vida