Siapa Rafizi Ramli di kalangan rakyat Malaysia? Beliau merupakan Menteri Ekonomi Malaysia dan baru sahaja dikurniakan anugerah Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri. Jom kita semak biodata beliau.
Rafizi Ramli atau nama penuh beliau, Mohd Rafizi bin Ramli merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau telah memenangi undian semasa Pemilihan Keadilan 2022. Dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman pada tahun 1984 hingga1989 dan kemudian bersekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1990 – 1994. Beliau seterusnya meneruskan pengajian di University of Leeds, England dari tahun 1996 hingga 1999. Rafizi telah berkahwin dengan pasangannya iaitu Afizsa Ashak dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Rafizi memulakan kerjaya pertamanya di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London pada tahun 1999 hingga 2003 sebaik sahaja menamatkan pengajian. Beliau kemudiannya dilantik menjadi ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) pada tahun 2003 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) setelah pulang ke Malaysia. Malah, beliau juga dilantik menjadi felo ICAEW (FCA).
Pada tahun 2003, Rafizi telah dilantik sebagai Pengurus, Prorapne Dehydrogenation Plant di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd sehingga tahun 2005 dan merupakan pengurus termuda ketika dilantik. Kemudian, beliau telah dilantik pula sebagai Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) yang bertanggungjawab menguruskakn kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan nilai aset melebihi RM 30 bilion.
Rafizi juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) pada tahun 2007 hingga 2009 di Petronas Carigali Sdn Bhd. Semasa menjawat jawatan ini, beliau bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa yang membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.
Rafizi kemudiannya telah dilantik menjadi Pengurus Besar di Pharmaniaga Berhad sebelum menjadi Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2012 hingga 2018, Rafizi telah menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif di National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW).
Selain itu, Rafizi juga telah menubuhkan syarikat pertubuhan bukan keuntungan Malaysia dengan nama Invoke Malaysie (INVOKE) yang bertempat di Sungai Besi pada tahun 2016. INVOKE ditubuhkan sebagai pusat untuk analisis statistik politik di Malaysia yang membangunkan kepakaran dalam bentuk aplikasi dan teknologi yang membawa kepada perubahan politik, ekonomi serta sosial.
Imej via buletintv3
Sebelum dilantik menjadi Timbalan Presiden Parti PKR, beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung, Naib Presiden dan juga Pengarah Strategi PKR. Pada tahun 2013, beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Pandan, Selangor sehingga 2018. Semasa Pilihanraya Umum ke-13 diadakan pada tahun 2013, Rafizi telah memenangi undian sebanyak 48,183 di kawasan Parlimen Pandan. Namun, beliau telah tewas
Semasa Pemilihan PKR 2018, Rafizi telah dikalahkan oleh Dato’ Seri Azmin Ali dengan undian sebanyak 68,730 berbanding undian Dato’ Seri Azmin Ali iaitu 71,635 bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Beliau kemudiannya ‘bercuti’ seketika dari dunia politik setelah kekalahan tersebut. Namun pada tahun 2022, Rafizi telah kembali aktif dalam dunia politik dan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR semasa Pemilihan PKR 2022 dan berjaya memenangi undian sebanyak 59,678 dengan mengalahkan calon lawan iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan undian sebanyak 43,010.
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
University of Leeds (1996 – 1999)
Jom baca biodata Nurul Izzah dan biodata Haji Hadi