Biodata Nurul Izzah

Nurul Izzah lahir pada tanggal 19 November 1980. Beliau merupakan anak sulung YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10, iaitu Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail.

Imej via encikshino

Pendidikan

Nurul Izzah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Seri Hartamas, Kuala Lumpur serta Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya. Pada mulanya, Nurul Izzah telah menyambung pengajian di Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Namun, beliau telah bertukar ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Nurul Izzah mendapat Ijazah pertama pada tahun 2004. Beliau telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington. Bidang yang diceburinya adalah Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.

Keluarga

Pada tahun 2003, Nurul Izzah telah melangsungkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. Pernikahan beliau telah disempurnakan oleh bapanya, Dato’ Seri Anwar yang ketika itu masih di dalam Penjara Sungai Buloh. Pihak Penjara Malaysia telah memberi kebenaran kepada Dato’ Seri Anwar untuk menjadi wali kepada anak perempuannya, Nurul Izzah. Walau bagaimana pun, perkahwinan ini tidak bertahan lama dan akhirnya mereka berdua berpisah secara rasmi pada tahun 2015. Kedua pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.

Nurul Izzah telah berkahwin kali kedua dengan Yin Shao Loong pada tahun 2022. Suaminya merupakan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute. Perkahwinan kali kedua ini juga turut berwalikan bapanya sendiri.

Penglibatan Politik

Penglibatan Nurul Izzah bermula apabila bapanya ditahan oleh pihak polis atas tuduhan salah guna kuasa dan meliwat. Beliau telah berjumpa dengan Joseph Estrada, Presiden Filipina pada ketika itu dan meminta bantuan beliau. Nurul Izzah mula aktif dalam gerakan reformasi 1998, malah beliau pernah muncul dalam BBC dan CNN.

Sebaik tamat pengajian di perinkat universiti, Nurul Izzah telah menjadi penyelaras politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat. Beliau seterusnya menjadi sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) serta menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpusat di New York, Amerika Syarikat.

Sejak 2001, Nurul Izzah bersama teman-teman dari badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti seluruh dunia. Rapat umum ini bagi melontarkan isu hak asasi manusia, antaranya adalah tahanan ISA di Malaysia. 

Nurul Izzah merupakan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dahulu. Beliau menjadi Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai dari Mac 2008 hingga Mei 2018 dan Permatang Pauh dari Mei 2018 hingga November 2022.

Nurul Izzah juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR (Disember 2010-Nsehingga peletakan jawatannya dari November 2010 hingga peletakan jawatannya pada Disember 2018 dan sekali lagi sejak Julai 2022. Nurul Izzah juga telah dilantik berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Sekretariat Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan (ACFIN) Anwar Ibrahim sejak Januari 2023 yang merupakan Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dalam hal berkaitan Ekonomi dan Kewangan dari Januari hingga peletakan jawatannya pada Februari 2023.

Imej via Facebook

Sejarah Pilihan Raya Umum Malaysia

Pilihan raya umum 2008

Beliau telah bertanding dan menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon bebas N. Periasamy semasa PRU ke-12 bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai. Beliau berjaya memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi.

Pilihan raya umum 2013

Nurul Izzah terus mempertahankan kerusi Parlimen P121 Lembah Pantai dengan memperolehi undian majoriti 31,008 dan berjaya menewaskan calon parti BN, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebanyak 29,161 undi dan 167 bagi kerusi (Bebas) iaitu Rosli Baba.  

Pilihan raya umum 2018

Nurul Izzah telah bertanding bagi kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh pada PRU ke-14, yang sebelum ini disandang oleh ibunya, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Sebanyak 35,534 undian telah dimenangi serta memperolehi majoriti (15,688) undi. Beliau berjaya telah menewaskan calon BN, Mohd Zaidi Mohd Said (19866) dan calon PAS Ustaz Afnan Hamimi yang memperolehi (14,428) undi.

Pilhan raya umum 2022

Pada PRU ke-15, Nurul Izzah tidak berjaya mempertahankan kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh iaitu kubu kuat PKR dan telah berjaya dirampas oleh calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan.

Jemput baca biodata Rafizi Ramli dan biodata Haji Hadi

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.