Zaman sekarang ini banyak benda mudah sangat nak buat. Semua boleh dibuat di hujung jari. Ini termasuklah cara nak semak KWSP online dengan i-Akaun.
Kalau anda cari cara nak buat semakan KWSP atas talian, artikel ini ada cara yang lengkap dan mudah.
Cara Buat Semakan KWSP i-Akaun
Sebelum anda boleh masuk ke dalam i-Akaun KWSP anda, anda perlu mendapatkan beberapa informasi daripada KWSP.
ID dan Kata Laluan Sementara.
Daftar i-Akaun anda dahulu sebelum anda cuba log in ke dalam i-Akaun. Anda perlu mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.
Selain itu, anda juga boleh ke kaunter atau mana-mana kiosk KWSP untuk mendapatkan ID dan kata laluan sementara ini.
Aktifkan i-Akaun
KWSP akan berikan butiran anda melalui SMS selepas verifikasi dibuat. Gunakan I.D pengguna dan kata laluan sementara untuk mengaktifkan i-akaun anda di laman web KWSP.
- Layari http://www. https://www.kwsp.gov.my/ dan klik pada login ke i-Akaun
- Isikan ID sementara anda dan klik pada butang “Seterusnya”
- Isikan kata laluan sementara anda dan klik pada butang “Login”
- Baca terma dan syarat, kemudian klik pada “Setuju dan Seterusnya”.
- Anda boleh ubah ID dan kata laluan anda. Tetapi ID ini hanya boleh diubah sekali sahaja semasa pengaktifan.
- Selesai anda isi kata laluan baru, pilih imej sekuriti untuk mengesahkan sebagai langkah keselamatan.
- Masukkan frasa rahsia. Tulis dan simpan frasa ini. Klik pada butang seterusnya.
- Anda akan dibawa pada skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.
- Anda hanya boleh buat pengaktifan ini menggunakan ID dan kata laluan sementara dalam tempoh 30 hari. Jika pengaktifan tidak dibuat dalam tempoh ini, anda perlu dapatkan semula yang baru dengan KWSP.
Dapatkan Penyata KWSP
Log in semula ke dalam i-Akaun dengan menggunakan ID dan kata laluan baru. Klik pada “My Account” dan muat turun penyata KWSP yang terkini.
Gunakan Aplikasi i-Akaun
Kalau nak lagi mudah, anda boleh gunakan aplikasi i-Akaun KWSP.
Untuk pengguna Android anda boleh muat turun aplikasi di sini.
Untuk pengguna Apple IOS, muat turun di sini.
Selepas log in dan isikan kata laluan, maklumat baki akaun anda akan dipaparkan terus pada skrin telefon anda. Mudah sahaja kan?
Fungsi Lain KWSP i-Akaun
Antara fungsi lain yang anda boleh dapatkan dengan KWSP i-Akaun adalah:
- Pohon untuk e-pengeluaran
- Semak penyata KWSP terkini dan tahun tahun sebelum.
- Semak status permohononan pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
- Kemaskini profil
- Semak transaksi caruman KWSP
- Buat temu janji online untuk permohonan pengeluaran
Macam Mana Kalau Terlupa Kata Laluan KWSP i-Akaun?
Mudah sahaja, anda hanya perlu klik pada lupa ID Pengguna / Kata Laluan. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP. Klik pada permintaan TAC dan sahkan menggunakan nombor TAC.
Akhir sekali anda perlu mengisikan kata laluan baru dan sahkan. Klik Hantar.
Pengeluaran KWSP
Kalau anda nak tahu, ada 17 jenis pengeluaran KWSP.
- Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
- Pengeluaran Umur 55 Tahun KWSP
- Pengeluaran Umur 60 Tahun KWSP (Akaun Emas)
- Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Hilang Upaya
- Pengeluaran Meninggalkan Negara
- Pengeluaran Pendidikan
- Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
- Skim Pelaburan Ahli
- Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
- Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
- Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Kematian
- Pengeluaran Kesihatan
- Pengeluaran Haji
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel
- Pengeluaran Perumahan PR1MA
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke laman web rasmi KWSP di sini.
Elakkan Kecurian Maklumat
Anda masih perlu berjaga-jaga kerana maklumat peribadi anda ada pada i-Akaun. Jadi ini adalah sedikit tips untuk mengelakkan kecurian maklumat daripada i-Akaun anda.
i. Simpan ID pengguna dan kata laluan anda di tempat yang selamat. Jangan dedahkan kepada sesiapa.
ii. Jangan konsgikan ID pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon.
iii. Tukarkan kata laluan anda secara kerap.
iv. Semasa anda log masuk kepada akaun anda menggunakan desktop, jangan tekan “Remember Password”. Ini kerana selepas itu, sesiapa sahaja mempunyai akses kepada akaun anda jika menggunakan desktop anda.
v. Selesai urusan anda, tekan “Log Out”. Jangan tinggalkan akaun anda tidak keluar.
Kalau anda ingin baca lagi artikel kami tentang KWSP, anda boleh klik di sini dan sini.
Kongsi dan simpan maklumat ini untuk rujukan masa hadapan. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang KWSP, anda boleh sahaja layari laman web rasmi di sini.
