Pasti ramai yang membaca artike ini ingin tahu tentang adakah zakat KWSP wajib dilunaskan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu institusi keselamatan sosial yang terbentuk mengikut Undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang memberi faedah persaraan untuk ahli melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

KWSP juga menyediakan manfaat tambahan lain seperti pra-persaraan pada usia 50 tahun di mana ahli boleh menggunakan 30% simpanan mereka untuk kegunaan seperti pemilikan perumahan, perubatan, pendidikan untuk anak-anak atau skim pelaburan. Manakala baki 70% yang ada hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 55 tahun.

Caruman Wajib

Ahli atau pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah pekerja Sektor Swasta dan juga Sektor Awam. Semua pekerja di Malaysia yang telah mencapai umur 16 tahun dan bekerja di bawah kontrak perkhidmatan mesti menyumbang atau mencarum kepada KWSP.

Kebiasaannya, majikan akan mencarum sejumlah peratusan daripada gaji pekerja dan pekerja juga akan mencarum sejumlah peratusan daripada gajinya kepada akaun pekerja. Jumlah peratusan caruman antara majikan dan juga pekerja untuk KWSP boleh dilihat dalam jadual di bawah;

Tahun Pekerja (%) Majikan (%) Jumlah (%)
1952 – Jun 1975 5 5 10
Jul 1975 – Nov 1980 6 7 13
Dis 1980 – Dis 1992 9 11 20
Jan 1993 – Dis 1995 10 12 22
Jan 1996 – Mac 2001 11 12 23
Apr 2001 – Mac 2002 9 12 21
Apr 2002 – Mei 2003 11 12 23
Jun 2003 – Mei 2004 9 12 21
Jun 2004 – Dis 2008 11 12 23
Jan 2009 – Dis 2020 8 12 20

Seperti yang dapat dilihat di dalam jadual di atas, kadar caruman menunjukkan perbezaaan dari tahun ke tahun. Perbezaaan ini wujud kerana keadaan ekonomi semasa dan juga keputusan kerajaan.

Dalil Zakat KWSP

Caruman atau simpanan KWSP diwajibkan untuk dikeluarkan zakat apabila simpanan tersebut dikeluarkan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya. Ia berkonsepkan zakat wang simpanan atau mata wang. Para ulama’ telah bersependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang apabila telah memenuhi syarat-syarat wajib zakat.

*Jemput juga untuk membaca syarat-syarat wajib zakat.

Di dalam surah at-Taubah, Allah S.W.T telah berfirman pada ayat ke 34 dan ke-35 yang bermaksud;

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.?”.

Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah S.A.W seperti di bawah;

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab).

Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

zakat kwsp

Imej via iLabur

Fatwa Zakat KWSP

Para ulama’ Islam mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza berkenaan dengan kewajipan untuk mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP. Ini kerana berkenaan dengan syarat pemilikan sempurna atau pemilikan sepenuhnya ke atas simpanan tersebut.

Terdapat tiga pandangan para ulama’ mengenai isu ini yang boleh diringkaskan seperti di bawah;

  1. Pendapat pertama ulama’ Islam berpendapat bahawa KWSP tidak dimiliki sepenuhnya oleh pemegang akau  sehinggalah umur tertentu. Oleh itu, mereka tidak mewajibkan pembayaran zakat ke atas pemegang akaun.
  2. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa wang tersebut dianggap sebagai pinjaman kepada pihak kerajaan. Justeru, tidak wajib zakat ke atas wang tersebut.
  3. Manakala pendapat ketiga ulama’-ulama’ Islam menyatakan bahawa KWSP sebenarnya dimiliki oleh pemegang akaun semenjak diwujudkan akaun untuknya. Selain itu, pemegang akaun sendiri memberi pinjaman kepada kerajaan untuk pelaburan bagi pihaknya.

Berdasarkan pandangan ketiga daripada ulama’-ulama’ Islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah memutuskan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut;

Pencarum atau pemegang akaun KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Jenis Zakat KWSP

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Dua pandangan tersebut adalah seperti di bawah;

  1. Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna). Iaitu 2.5% daripada jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira sama ada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
  2. Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna). Iaitu 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu, tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.

Nisab Dan Kadar Zakat KWSP

Nisab zakat KWSP adalah sama nilainya dengan nisab zakat mata wang iaitu bersamaan 85 gram emas. Manakala kadarnya pula adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah pengeluaran.

Kaedah Pengiraan Zakat KWSP

Pengiraan pertama berdasarkan pengeluaran sebelum umur 55 tahun. Sebagai contoh nisab zakat KWSP bagi tahun 2019 adalah RM 13,000. A yang berumur 35 tahun mengeluarkan simpanan KWSP sebanyak RM 30,000. Maka 2.5% x RM 30,000 = RM 750. Zakat KWSP yang perlu dikeluarkan oleh A adalah sebanyak RM750.

Contoh kedua juga berdasarkan pengeluaran sebelum umur 55 tahun. B yang berumur 30 tahun mengeluarkan KWSP sebanyak rm 11,000. Jadi, pengeluaran yang dilakukan tidak mencukupi nilai nisab maka perlu ditambah dengan pendapatan lain. (Rm 11, 000 + RM 2, 500 (gaji bulanan)) = RM 13,500 x 2.5% = RM 325. Justeru, zakat KWSP bagi B adalah RM 325.

Pengiraan terakhir adalah pengeluaran selepas umur 55 tahun atau waktu persaraan. Sebagai contoh C mengeluarkan KWSP sebanyak RM 125,000. Maka RM 125,000 x 2.5% = RM 3,125. Oleh itu, C perlu mengeluarkan zakat KWSP sebanyak RM 3,125.

Jemput juga baca artikel tentang zakat wang simpanan dan kelebihan bayar zakat secara online

Rujukan

 

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.