Bermula dari bawah merupakan titik permulaan bagi usahawan wanita Malaysia yang berjaya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kuasa wanita pada hari ini memang tak dapat disangkal lagi. Buktinya, ramai daripada golongan wanita menjadi usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Bukan senang untuk menjadi senang, kesemuanya perlukan usaha, keberanian menghadapi risiko dan kebijaksanaan merancang strategi. Berikut adalah usahawan wanita Malaysia yang berjaya dan menjadi inspirasi wanita lain.

Usahawan Wanita Malaysia Yang Kini Menjadi Idola Ramai

Vivy Yusof

usahawan wanita Malaysia

Imej via Google

Siapa yang tidak kenal wanita kental ini. Ikon fesyen dan perniagaan yang mampu membuat setiap mata yang memandang terpukau dengan gayanya.

Vivy, graduan undang-undang yang bermula sebagai blogger. Nekad membuka Fashion Valet bersama suaminya, Fadzarudin Anuar, pada tahun 2010 dengan modal RM100 ribu. Kini setelah hampir 7 tahun, Fashion Valet telah berkembang ke Singapura dan Indonesia dengan lebih 400 jenama berpayung di bawahnya.

Selain Fashion Valet, Vivy cukup terkenal dengan tudung premium dUCk dan aksesori. Strategi pemasaran dan kelainan yang ditampilkannya cukup bijak sehingga koleksi terbaru  dUCk dinanti dan koleksi lama dicari.

Cabaran yang dihadapi oleh Vivy juga menjadi motivasi terbesarnya dalam mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan jenama-jenama tempatan ke tahap antarabangsa.

Daripada mula menghasilkan koleksi-koleksi FashionValet yang terjual habis sehinggalah melonjak naik menjadi rakan jenama pemakai hijab Louis Vuitton yang pertama.  Terbuktilah bahawa tiada apa yang boleh menghalang beliau daripada mengejar impiannya.

Neelofa

neelofa

Imej via NST

Beauty with brain. Gambaran paling sesuai untuk Neelofa. Selain bidang pengacaraan dan jurucakap produk, hos MeleTOP yang pernah terlibat dalam filem Azura 2016 dan Pilot Cafe. Serta drama Suri Hati Mr Pilot ini kini lebih memberi fokus kepada bidang perniagaan di bawah label Naelofar Hijab.

Neelofa menggunakan populariti serta 4.6 juta followers di Instagram untuk membantunya memasarkan produk. Antara produknya seperti hijab, kanta lekap, minyak wangi, pakaian muslimah dan aksesori di media sosial.

Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta. Jenama ini terjual di 38 negara dan berjaya memasuki pasaran Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat.

Walaupun banyak kontroversi namun ramai yang mengagumi Neelofa sebagai usahawan Wanita Malaysia yang sukses.

Beliau juga dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Pernahmemenangi Anugerah Grandeur and Elegante Antarabangsa di atas kejayaannya mengemudi jenama Naelofar Hijab.

Wanita ini turut disenarai antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Farah Khan

farah khan

Imej via Google

Bagi Dato’ Seri Farah Khan, menanamkan pepatah di dalam jiwanya iaitu wanita merupakan pemimpin semula jadi. Yang melambangkan karier fesyennya yang terkenal. Farah Khan adalah pengarah kreatif dan presiden label “Farah Khan”. Label yang kini berusia 10 tahun dan juga pengasas kepada Melium Group.

Kumpulan Melium adalah sebuah perniagan yang membawa lebih daripada 100 jenama fesyen antarabangsa ke Malaysia.

Label ini meraikan ulangtahunnya yang ke-10 dengan membuat pertunjukan fesyen di Jakarta, Marseilles, Versailles dan London. Ia dilakukan dalam tahun yang sama di mana butik pelbagai jenama “M” di Pavilion KL berkembang. Dengan menawarkan tawaran jenama eksklusif seperti Jonathon Simkhai, Maticevski dan Victoria Beckham.

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Faiza

Imej via The Vocket

Tidak salah menobatkan beliau sebagai usahawan wanita Malaysia yang berjaya kerana kegigihannya. Faiza Bawumi Sayed Ahmad berasal dari Mesir dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964.

Berkelulusan Diploma Jahitan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal hanya RM4.00. Selain itu, beliau membuat baju gaun untuk anak-anak jirannya yang masil kecil dan menghasilkan set sarung bantal.

Beliau pernah bekerja sebagai juruwang di kedai bapanya, menjual set ensiklopedia, melakukan bisnes pinggan mangkuk dan menjual pelbagai barangan dapur.

Kemudian, Puan Faiza mula membuat rempah kari jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai berdekatan.

Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. ini menghasilkannya sendiri di rumah. Melibatkan proses mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus hingga menghantarnya sendiri ke kedai untuk dikisar dan diedarkan.

Faridah Zakaria

Fareeda

Imej via BazarNiaga

Tudung Fareeda mencetuskan fenomena. Apabila peminat-peminatnya sanggup bermalam dan beratur di depan kedai semata-mata untuk membeli design terbaru.

Pengasas Fareeda ialah Puan Faridah Zakaria yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mula berniaga secara kecil-kecilan dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir. Kerjayanya ini  untuk mengurangkan beban kewangan suaminya.

Puan Faridah mula membuat tudung sendiri apabila dia tidak menjumpai tudung yang disukainya. Selepas tudungnya siap, ia telah menarik minat saudara-maranya dan rakan-rakan yang menyatakan berminat untuk membeli tudung tersebut.

Setelah itu, beliau memulakan bisnes ini dengan 2 buah mesin jahit untuk menjahit tudung sahaja. Beliau pernah tertidur di mesin jahit semata-mata ingin menyiapkan tudungnya. Mawar Abdul Karim, anak sulung Puan Fareeda turut membantunya sejak awal dengan melakukan kerja-kerja mengukur, menggunting dan menjahit kain

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.