Apabila menyebut tentang pelaburan emas pastinya persoalan tentang patuh syariah menjadi tanda tanya buat pelabur. Emas adalah komoditi dan ada juga yang menggunakan emas sebagai mata wang. Sifat semulajadi emas tersebut, sangatlah senang untuk ia jatuh riba.

Sebagai contoh, beli emas kena dapat tepat pada masa. Haram beli emas bertangguh, beli hari ini, bulan depan baru dapat. Banyak lagi kriteria yang mesti dipenuhi, baru layak dikatakan pelaburan emas tersebut sebagai patuh Syariah.

Di antara badan berautoriti adalah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) dan World Gold Council. Mereka ini yang boleh memutuskan sama ada sesuatu pelaburan emas itu patuh Syariah atau pun tidak.

Di HelloGold mereka percaya bahawa emas mampu melindungi simpanan anda. Oleh yang demikian HelloGold telah menjadikannya sebagai misi mereka agar setiap orang berpeluang mempunyai akses kepadanya dengan cara yang berpatutan dan selamat.

HelloGold merupakan permulaan yang menjadikan produk Emas mampu dimiliki oleh semua orang. Ditubuhkan pada 2015 dan beroperasi dari ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. HelloGold telah membina aplikasi digital emas mudah alih berlandaskan hukum Syariah pertama di dunia yang telah mengubah cara dan memberi kemudahan kepada anda untuk membeli dan menjual emas.

patuh syariah

HelloGold

Aplikasi HelloGold Patuh Syariah

Aplikasi HelloGold telah menerima pengiktirafan Patuh Syariah oleh Amanie Advisors. Semua operasi dan proses kami adalah selaras dengan Piawaian Syariah terhadap Emas. Piawaian Shariah terhadap Emas dibangunkan bersama dengan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), World Gold Council dan Amanie Advisors.

Ia sekali gus memberi akses syarikat tersebut kepada berjuta pelanggan Islam seluruh rantau.

“Dengan HelloGold, semua pengguna boleh membeli emas. Kami telah menjadikannya mudah dan mampu untuk semua orang untuk membeli, menjual, menghantar emas dan untuk menggunakannya sebagai cagaran dari serendah RM1.

“Pengguna juga mampu membeli pelaburan emas gred dengan mudah melalui telefon pintar mereka,”

Emas merupakan item Ribawi, yang mana sesiapa sahaja yang membelinya perlu berhati-hati dan memastikan ia memenuhi syarat-syarat tertentu di bawah undang-undang Syariah. HelloGold telah memenuhi dua syarat paling penting:

  1. Ia dijamin oleh emas secara fizikal serta diperuntukkan sepenuhnya, dan
  2. Proses membeli dan menjual emas secara fizikal dilengkapkan dalam masa yang dibenarkan oleh piawaian.

Aplikasi ini juga berlandaskan Syariah, dilengkapi ciri keselamatan dalam talian yang canggih, simpanan emas kami juga diaudit oleh juruaudit logam dan dilindungi insurans.

Mereka juga telah disahkan patuh Syariah meskipun menggunakan kaedah teknologi terbaru.

Pembelian produk HelloGold diyakini selamat, menjimatkan dan berpatutan, sekali gus membolehkan pelanggan menyimpan kewangan pada kadar minima.

“Anda tidak perlu bimbang memandangkan HelloGold turut mendapat pensijilan patuh syariah daripada Penasihat Amanie iaitu sebuah Pertubuhan Kewangan Islam Antarabangsa yang dianggotai Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi Majlis Syariah di Bank Negara Malaysia”.

Kenapa Urusniaga Aplikasi HelloGold Boleh Dipercayai

Jenis Emas Yang Digunakan Oleh Hellogold

HelloGold menggunakan jongkong emas 1 kilo gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% yang diperuntukkan sepenuhnya. Emas Hellogold bersumber daripada tukang emas antarabangsa yang dikenali sebagai Produits Artistiques Métaux Précieux (PAMP). Yang merupakan sebahagian daripada London Bullion Market Association (LBMA).

PAMP ialah satu daripada hanya tiga buah kilang penapis di seluruh dunia yang dilantik sebagai ‘Approved Good Delivery Referees’ oleh LBMA. Ini bermakna emas HelloGold dijamin berkualiti tinggi.

emas hellogold

Bagaimana Untuk Mendapat Tahu Bahawa Emas HelloGold Adalah Tulen?

Emas yang disimpan oleh pembekal emas HelloGold, Bullion Star International, telah diaudit secara berdikari oleh Bureau Veritas. Iaitu pengaudit yang diluluskan oleh badan LBMA setiap enam bulan. Sebagai sebahagian dari pengaudit, Bureau Veritas akan melakukan semakan tersebut:

1) Kesemua kewujudan fisikal logam berharga milik pelanggan yang disimpan oleh Bureau Veritas mewakili pelanggan dan sebagai tempat penyimpanan;

2) Nombor bersiri jongkong yang dipilih secara rawak berdasarkan senarai nombor bersiri dalam senarai jongkong BullionStar;

3) Keberatan jongkong yang dipilih secara rawak berdasarkan huraian jongkong yang disimpan.

Keselamatan Emas Anda

Keselamatan emas anda adalah keutamaan HelloGold. HelloGold memastikan bahawa emas anda disimpan di dalam bilik kebal tercanggih di Singapura atau Dubai. Dan dilindungi insurans sepenuhnya dengan nilai penggantian penuh jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

BullionStar diinsuranskan oleh penaja jamin terkemuka, XL Insurance Group, yang juga merupakan penaja jamin terbesar di dunia. Kesemua logam berharga BullionStar yang disimpan di dalam bilik kebal diinsuranskan pada nilai gantian penuh.

Setiap hari perniagaan, penyedia bilik kebal kami di Singapura, BullionStar International menghantar senarai jongkong (bar list) kepada HelloGoldi dengan menunjukkan simpanan yang berada di dalam bilik kebal. Senarai jongkong ini menunjukkan semua emas yang HelloGold menyimpan bagi pihak pelanggan kami dan dipaparkan setiap hari di laman web.

Mereka juga memaparkan senarai simpanan (customer list) yang menunjukkan jumlah emas yang telah dibeli oleh pelanggan daripada HelloGold.

Jangan khuatir, ia dinomborkan supaya anda boleh mengenali maklumat diri anda dan kekal tanpa diketahui. Anda boleh melihat pemegangan anda sendiri, memeriksa jumlah kami, dan menyemak silang jumlah senarai simpanan secara terus dengan senarai jongkong kami.

Penebusan

Anda boleh meminta emas anda dihantar terus kepada anda. Penebusan adalah dalam gram dan bermula dari 1 gram. Setiap jongkong emas CertiPAMP™ dimeteraikan dan disertakan dengan tandatangan ‘assayer’, nombor siri jongkong yang unik, ketulenan dan berat jongkong emas. Semak sendiri pada Aplikasi PAMP Veriscan untuk memastikan emas anda adalah jongkong berdaftar.

HelloGold hanya membeli emas menerusi platform atas taliannya (online) sahaja. HelloGold tidak membeli semula sebarang emas yang ditebus secara fizikal daripada pelanggannya.

Pelanggan seharusnya boleh menjual jongkong PAMP kepada mana-mana tukang emas kerana ia diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Emas yang dihantar kepada anda dihantar dalam bungkusan asal daripada penapis emas PAMP Suisse. Butiran maklumat kepingan emas boleh dilihat pada pembungkusan.

Emas anda dijamin sepenuhnya. Jika emas anda tidak dihantar, HelloGold akan menggantikan penghantaran baharu untuk anda.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.